Special Chapter: 9

1.9K 130 49
                                    

"Mommy..." Senyuman manis tersungging di bibir mungil Inara sebelum tubuh Iris dipeluk kejap. Mommy? Ya, mereka semua gelar ibu bapa Ian dengan panggilan Mommy dan juga Daddy. Sudah kenal lama jadi sudah terbiasa. Mommy Ian dipandang. Cantik! Masih langsing walau umur makin meningkat. Daddy Ian pun apa kurangnya. Makin tua makin handsome!

Sekarang mereka berada di satu event.

"Mommy sihat?" Soal Inara lembut.

"Alhamdulillah sihat. Ara?" Soal Iris pula.

"Alhamdulillah sihat." Jawab Inara perlahan  sambil tersenyum manis pada Iris.

Angguk. Senyuman manis diberi pada Inara.

"Lama Mommy tak jumpa Ara."

"Ara busy sikit sekarang. Nanti Ara datang rumah ya?" Ucap Inara lembut. Mereka biasa juga pergi ke rumah Ian. Tak ada buat apa pun. Saja jenguk Mommy Iris. Lepak-lepak sambil berbual kejap.

Hanya anggukan yang dibalas oleh Iris. Anak mata dialih pada Orked yang dari tadi berdiri di sisi Inara. Gadis cantik yang bermata coklat cair itu tersenyum saja sambil pandangnya. Mungkin memberi ruang padanya untuk bercakap dengan Inara dahulu. Gadis cantik ini sentiasa sopan.

"Orked, sihat sayang? Lama Mommy tak jumpa Orked..." Tubuh Orked dipeluk erat kejap. Erat Orked membalas pelukan Iris sebelum dilerai.

"Sihat Mommy..." Jawab Orked lembut.

"Orked datang dengan siapa?" Soal Iris. Kalau Inara, dia ada nampak ibu bapa Inara tadi, Orked tak nampak pula ibu bapa Orked di mana tadi. Itu yang dia tanya soalan ini kepada Orked.

"Orked datang dengan abang Aril, Mommy. Mama dan papa tak dapat datang." Jawab Orked. Abang Aril itu abangnya. Biasa kalau mama dan papa tak dapat datang ke jemputan, dia dan abang Aril akan datang dan gantikan.

"Oh." Anak mata kemudian diliar ke sekeliling dewan. Mencari kelibat anaknya. "Mana pula perginya Ian. Tadi dia duk tercari Orked dekat mana." Ucap Iris biasa. Terus pudar senyuman di wajah Inara bila terbit kata-kata itu di bibir Iris.

Orked saja ke? Dia?

"Ha, tu pun Ian." Ian yang santai berjalan ke arahnya dipandang hingga Ian berdiri di sisinya.

"Pergi mana?" Soal Iris.

"Jumpa kawan kejap," jawab Ian. Anak matanya kemudian terpaku ke depan. Pada Orked. Orked yang cantik memakai dress berwarna coklat cair itu ditatap tak berkelip. Cantik! Orked memang suka warna begini. Dia tahu sebab apa. Sebab warna ini memang sesuai dengan kulit Orked yang putih bersih itu. Ditambah pula dengan rambut panjang dan beralun, lagi buat Orked nampak cantik. Terpaku kejap dia melihat.

Ian yang asyik kerling Orked itu dilihat. Orked pula dilihat. Tak seperti Ian, Orked tak pandang Ian tepat. Anak mata Orked tak betah melihat wajah Ian. Gaduh ke mereka berdua ini? Dah lama dia perasan akan hal ini. Entah kenapa dia rasa antara anaknya dan Orked ada sesuatu yang sedang 'melingkar' mereka. Pernah dia tertanya, apa mungkin ada rasa cinta dalam hubungan persahabatan ini? Tidak mustahil. Lelaki dan perempuan memang tak boleh bersahabat kerana mungkin timbul rasa cinta.

Kalau ia, dia tiada masalah.

"Hai senyap pula. Tadi Ian duk tercari-cari Orked dekat mana. Ni Orked depan mata senyap pula."

"Mommy..." Tersenyum kejap Iris. Tahu yang anaknya malu. Sama saja macam bapaknya.

"Ehem...Orked datang dengan siapa?"

"Dengan abang Aril." Jawab Orked ringkas.

"Oh," belakang tengkuk diusap. Tak lama, anak mata Ian terhenti di sisi Orked. Ara? Tak perasan pula dia Ara ada berdiri di samping Orked tadi. Terlalu fokus pada Orked sampai tak perasan ada lagi seorang sahabatnya di sisi Orked.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now