Special Chapter: 16

1.9K 159 47
                                    

"Adik..."

"Hmm..." Balas Ivy tak ada mood. Coklat bar di tangan digigit sedikit. Anak mata fokus melihat apa yang terpapar di screen telefon bimbitnya.

"Adik..."

"Hmm...apa?" Tanya Ivy keras. Abangnya yang duduk di tepinya bersama atas sofa dikerling sekilas. Kacau saja. Dia dah lah tak ada mood.

"Adik—"

"Ish, abang Ian nak apa?!" Marah Ivy.

Belakang tengkuk diusap laju. Marahlah pulak. Macam mommy, cepat betul mood swing. Dia malu sebenarnya nak cakap tapi itulah kadang idea adiknya bernas juga. Tanya Lukman kan kena gelak pula nanti. Lagi satu belum tentu lagi Lukman akan sokong apa yang dia mahu buat.

"Err, abang Ian nak tanya boleh?"

"Tanya apa?"

"Ivy tahu tak yang Kak Orked dah bertunang?" Soal Ian perlahan. Terus terhenti mulut Ivy yang sedang asyik makan coklat bila dengar kata itu.

Deras Ivy toleh ke tepi. "What?!"

"Kak Orked dah bertunang." Ulang Ian kembali.

"Omg! Serious?! Dengan siapa abang Ian?!" Sebelah tangan dibawa menekup mulutnya. Sumpah dia tak tahu menahu tentang berita ini. Dah lama dia tak contact dengan Kak Orked. Selalu juga contact Kak Orked sebab dia rapat juga dengan Kak Orked. Dia suka Kak Orked sebab Kak Orked macam abang Ian. Selalu layan dia dengan baik. Rasa macam ada kakak pun ada juga bila ada Kak Orked. Tapi Kak Orked dah bertunang? Serious? Rasa macam tak percaya.

"Anak kawan papa dia katanya."

Mulut ditekup kuat. "Oh my gosh! Handsome tak tunang Kak Orked tu?" Bulat kedua mata bundar Ivy lihat wajah tampan abangnya. Terkelip-kelip mahukan jawapan. Mesti handsome! Kak Orked cantik mesti tunangnya pun good looking juga.

Ivy dijeling. "Handsome lagi abang Ian."

Ivy mencebik. "Mesti laki tu lagi handsome, kalau tak, tak ada lah Kak Orked setuju."

"Abang Ian lagi handsome dari—"

"Handsome saja kalau otak lembap tak ada guna juga." Balas Ivy laju. Senyuman mengejek diberi pada abangnya. Bukan dia tak tahu abangnya suka Kak Orked. Dia kenal sangat abangnya ini.

Tak berkedip mata Ian tengok wajah Ivy. What? Adiknya kata dia apa tadi? Adiknya kutuk dia ke?

"Ivy kata apa tadi?"

"Handsome tapi otak lembap tak guna juga."

"Ivy kutuk abang Ian ke?"

"Tak tahu. Abang Ian terasa, betul la tu kot."

Deras dahi adiknya dijentik.

Bahu Ian ditampar kuat. "Ish! Ivy bagitahu Daddy!" Rajuk Ivy. Walaupun tak sakit, tetap dia tak suka. Abangnya dijeling tajam bak belati.

"Sikit-sikit mengadu dekat Daddy. Manja!"

"Biarlah! Daddy sayang Ivy..."

Mata Ian guling ke atas. Sikit-sikit nak beritahu Daddy. Manja sungguh dengan Daddy. Dah terus lupa pula dia apa dia nak tanya adiknya apa tadi.

"Adik boleh tolong abang Ian tak ni?"

"Tolong apa? Pertolongan Ivy bukan free ya. Abang Ian kena offer Ivy something baru Ivy akan pertimbangkan." Kening diangkat-angkat tinggi pada abangnya. Walaupun dia ada duit sendiri tapi dia tetap materialistik. Peduli apa.

Mata diguling ke atas. Dasar ada adik pun mata duitan. Buat sesuatu tak pernah ikhlas. Ada saja helahnya. Padahal duit berlambak-lambak. Tak cukup duit hasil adiknya kerja sebagai model, elaun dari daddy tiap-tiap bulan tu pun tak habis guna. Tapi itulah tetap juga mata duitan. Haish, menurun perangai siapalah adiknya seorang ini.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now