Special Chapter : 12

1.7K 134 33
                                    

"Tia minta maaf ibu, Tia tak sengaja cakap kasar dengan ibu tadi. Maafkan Tia..." Ucap Tia sedih. Matanya yang bergenang dengan air mata redup saja memandang wajah ibunya. Sumpah, dia tak sengaja berkata begitu pada ibunya di dapur tadi. Dia terlampau emosi waktu itu, sebab itulah dia boleh berkata begitu. Bila masuk tenangkan diri dalam bilik barulah dia sedar yang dia tak sepatutnya berkata begitu pada ibunya. Ibu tak ada buat salah pun dengannya. Dia saja yang tak boleh kawal emosinya dan rasa cemburunya pada sepupunya. Dia rasa berdosa sangat pada ibunya. Tak sepatutnya dia kata ibu begitu tadi.

"Ibu maafkan. Tia tak nak share dengan ibu?" Soal Zara lembut. Rambut anaknya yang separas leher itu dibelai lembut. Hari ini baru dia sedar, dia tak pernah tanya kenapa anaknya tak suka pada Ivy selama ini. Dia fikir itu sekadar perkara biasa saja. Biasalah sepupu kan. Rupanya sudah lama anaknya ini memendam rasa. Dia sebagai seorang ibu, tak tahu langsung tentang hal ini.

Diam. 

"Sebab itu ke Tia tak suka Ivy datang sini?"

Diam.

"Tak apa, beritahu ibu. Ibu cuma nak tahu saja perasaan anak ibu macam mana. Tia boleh luah pada ibu. Ibu janji ibu tak akan persoalkan. Tia tahu kan yang ibu sayang Tia sangat-sangat?"

Angguk.

Terus tersenyum Zara. "Beritahu ibu..."

"Tia jealous dengan Ivy..." Ucap Tia perlahan. Wajah menunduk sedikit ke bawah. Air mata makin bertakung di tubir matanya. Sudah lama dia memendam rasa ini. Hari ini baru terluah.

"Jealous?" Soal Zara lembut.

Angguk.

"Tia cemburu. Ivy ada semua yang Tia tak ada. Ivy cantik, Ivy kaya, Ivy pandai. Dari kecil sampai besar Tia selalu dibandingkan dengan Ivy. Bila balik Johor, saudara mara belah sana selalu lebihkan Ivy dari Tia. Bila masuk universiti pula, kawan-kawan Tia selalu puji Ivy depan Tia bila mereka tahu Ivy tu sepupu Tia. Tia ingat lagi, pernah sekali kawan Tia tanya, kenapa Tia tak sama macam Ivy? Kenapa beza Tia dengan Ivy terlalu jauh? Tia penat ibu...Tia penat hidup sebagai bayang-bayang Ivy. Tia tak suka bila orang selalu bandingkan Tia dengan Ivy."

Makin kuat air mata jatuh menimpa pipi Tia.

"Kenapa Tia tak macam Ivy? Kenapa Tia tak cantik, kaya dan sempurna macam Ivy? Kalau Tia ada semua itu, mesti orang semua tak akan bandingkan Tia dengan Ivy. Tia penat ibu..."

Keluhan berat Zara lepaskan.

"Sayang..."

"Tak baik Tia cakap macam itu. Bila Tia cakap macam itu, ia seolah-olah Tia tak bersyukur dengan takdir hidup Tia. Semua ini kerja Tuhan."

"Tak bolehlah Tia salahkan Ivy. Ivy tak salah apa pun dekat Tia. Ibu cakap macam ini dekat Tia, bukan sebab ibu sokong Ivy, tak, ibu cakap ni supaya anak ibu sedar yang apa yang anak ibu fikir selama ini salah. Ivy tak minta pun sayang lahir dalam keadaan kaya, cantik dan pandai macam itu. Tuhan sudah tetapkan hidup Ivy macam itu, dan itulah yang Ivy jalani. Tak adil kalau Tia salahkan Ivy sedangkan ia bukan kemahuan Ivy langsung. Kenapa Ivy yang harus bertanggungjawab dengan semuanya pula?"

Diam.

"Tia tak rasa jadi Ivy pun penat?" Soal Zara.

Terus terangkat wajah Tia. Ibunya dipandang bingung. Tak faham apa maksud ibunya itu.

"Orang semua cemburu dengan Ivy atas semua yang Ivy miliki. Dan Ivy harus bertanggungjawab atas rasa itu sedangkan Ivy tak buat salah apa pun. Tia pun kena tengok dari sudut pandang Ivy juga. Kalau Tia jadi Ivy, Tia tak rasa penat ke?"

Diam.

"Hidup ini bukan hanya tentang kita sayang. Sekali sekala kena fikir perasaan orang juga,"

"Kita selalu anggap orang jahat dalam cerita kita, tapi pernah tak kita fikir kita pun boleh jadi jahat dalam cerita orang juga? Macam itulah dengan Ivy. Tak adil Tia benci Ivy hanya atas sebab ini."

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now