Special Chapter: 13

1.8K 133 21
                                    

"Abang Qai kenapa?" Soal Damia. Abangnya yang sedang duduk di atas sofa kulit di ruang tamu itu ditatap bingung. Dah lama dia tengok abangnya duduk termenung begini. Dah tu, lagi pelik abangnya selalu saja lekat di rumah. Selalu malam-malam begini abang Qai keluar merayau. Tak sorang, keluar dengan Kak Ivy. Ini dah lama dia perhati abangnya terperap di rumah macam anak dara. Dah tak betul ke abangnya ini? Pelik.

"Kenapa apa?" Soal Danish pelik.

"Dah lama Mia tengok abang Qai macam orang tak betul je. Abang Qai kenapa?" Soal Damia.

"Mana ada la, abang Qai okay je." Jawab Danish malas. Tubuh disandar pada sofa. Tangan dibawa berpeluk tubuh. Mata jauh pandang ke depan. Macam tengah fikirkan masalah besar.

"Mesti abang Qai gaduh dengan Kak Ivy kan?"

"Mana tahu?" Soal Danish. Deras dia bangun tegak bila adiknya tanya begitu. Kedua-dua adik kembarnya yang sedang duduk bersila di atas karpet di meja kecil yang berada di tengah sofa dilihat. Sibuk saja mahu buat kerja sekolah di dekatnya, bukan apa, senang mahu tanya dia. Padahal abang mereka ini boleh tahan bengap juga. Dekat sekolah dia selalu dapat nombor belakang setiap kali exam. Tapi dalam tak berapa nak pandai pun, dia tolong juga. Ini sajalah adik beradik yang dia ada. Mummy pernah cerita yang mummy dulu susah mahu pregnant, mereka bertiga ini pun hasil IVF. 

"Tengok muka pun dah tahu," Jawab Damia.

"Tak pernah-pernah abang Qai gaduh dengan Kak Ivy, kenapa tiba-tiba boleh gaduh?" Soal Dania pula. Bukan apa, abangnya ini rapat gila dengan Kak Ivy. Macam isi dengan kuku. Tak boleh berenggang. Bila bergaduh begini, pelik jugalah dia. Mesti abangnya ada buat hal. Kak Ivy susah nak gaduh kalau orang tak buat hal.

Diam.

"Ha Nia tahu, mesti Kak Ivy menyampah dengan skandal abang Qai kan?" Soal Dania kembali.

"Semua tahu!" Jeling Danish sekilas. Tubuhnya kembali disandar pada sofa ruang tamu. Kedua tangan disilang rapat ke dada. Muka cemberut. Kenapa lah adiknya ini terlebih bijak? Tahu saja dia ada masalah apa sekarang. Ini lah masalah dia sekarang. Dia bergaduh dengan Ivy. Lepas dari kes Ivy bergaduh dengan skandalnya Shera itu, Ivy terus tak contactnya. Nasib Ivy tak block dia. Kawannya itu bukan boleh dibuat main bila dia sudah sakit hati. Kawan pun dia buang gitu saja. Puas dia cuba chat dan call tapi langsung tak dilayan. Nak pergi rumah Ivy tak berani pula, takut kena halau. Dan sekarang dia dapat tahu Ivy duduk di Kelantan pula. Lagi susah dia nak pujuk Ivy. Ivy makin jauh darinya. Ini yang buat dia susah hati dari tadi. Dia mana biasa begini dengan Ivy. Dia sudah terbiasa adanya Ivy.

Mulut dicebik sedikit. "Mummy nyaris-nyaris nak warded sebab stress dengan skandal abang Qai. Dalam seminggu ada saja perempuan macam- macam rupa dan gaya datang cari abang Qai dekat rumah. Mesti Kak Ivy pun sama nasib macam mummy. Kalau Nia jadi Kak Ivy pun, Nia menyampah juga kalau kena mengadap semua skandal abang Qai tu." Ucap Dania selamba.

Deras Damia angguk tanda setuju. "Mia pelik lah, Abang Qai ni menurun perangai siapa entah lah. Papa setia je dekat mummy. Datang abang terus perangai macam buaya tembaga pencen. Betul ke abang Qai anak papa dan mummy? Entah- entah abang Qai anak orang lain. Anak pungut ke. Sebab itu tak macam papa." Kata Damia selamba. Deras Dania angguk tanda setuju.

"Nia sokong!"

"Hoi!" Bantal petak kecil yang berada di atas sofa diambil dan dilempar pada kedua adiknya. Dasar si kembar ini, selamba saja kutuknya. Si kembar ini bila dah bergabung, memang akan kalah dia.

Kepala Damia dan Dania diluku kuat.

"Ish, abang Qai!" Marah Dania. Kepalanya digosok-gosok lembut. Danish dijeling tajam. Suka hati saja abang Qai luku kepalanya. Dia nak beritahu papa nanti. Biar abang Qai kena marah.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now