Special Chapter: 17

2K 141 31
                                    

"Orked benci Ian! Orked benci Ian!" Ucap Orked kuat sambil teresak-esak. Tangannya pula dari tadi tak henti-henti memukul dada bidang Ian.

Pedulikan amarah Orked, tubuh langsing Orked dibawa ke dalam dakapannya. Awalnya Orked menolak, namun tak lama kemudian Orked menangis tersedu-sedu di dalam pelukannya.

Mana tak marahnya Orked, tadi dia buat kerja gila cakap dekat family Orked supaya putuskan pertunangan sebab dia pernah tercuba untuk buat benda bukan-bukan pada Orked dan dia mahu bertanggungjawab atas itu sedangkan pada hakikatnya dia tak pernah berbuat begitu pada Orked. Hampir saja dia mahu ditumbuk oleh papa Orked tadi tapi sempat dihalang oleh mama Orked. Dia pun tak tahu kenapa dia boleh ikut juga idea gila adiknya ini. Dia tahu apa yang dia buat ini salah. Tak sepatutnya dia guna cara ini. Sebagai lelaki yang baik dia sepatutnya guna cara yang elok tapi entah kenapa dia jadi bodoh.

Dia seolah telah mencemar maruah Orked. Ya, tak ada wanita di dunia ini yang patut dicemari maruahnya dan dia dengan bodohnya guna cara ini untuk dapatkan Orked. Ini bukan novel yang perkara ini boleh diromantisasikan. Selepas ini, dia akan betulkan semuanya balik. Dia tahu dia bodoh. Sepatutnya dia berfikiran lebih waras.

Ah! Menyesal pula dia.

"Ian minta maaf, Ian buat semua ini sebab Ian cintakan Orked. Memang cara Ian salah, tapi Ian tak kisah asalkan Ian dapat jadikan Orked milik Ian." Ucap Ian lembut. Pelukan makin dieratkan.

"Orked benci Ian..." Ucap Orked sambil teresak.

"Orked boleh benci Ian lama manapun Orked nak, Ian sanggup tunggu. Ian tak kisah. Ian sanggup tunggu kalau orang itu Orked Rania."

"Kenapa Ian buat Orked macam ni?"

Wajah Orked yang dipenuhi air mata itu disapu lembut dengan ibu jari. Rambut Orked yang terjuntai di dahi dan di pipi dialih ke belakang telinga. Mata coklat itu penuh dengan air mata.

"Ian minta maaf. Ian tak ada cara lain selain cara ini. Ian cuma nak Orked jadi milik Ian saja. Dan Ian terpaksa buat semua ni. Ian minta maaf..."

"Kenapa Ian permainkan hati Orked? Kenapa Ian buat Orked macam Orked ni pilihan kedua Ian?"

"Ian minta maaf...Ian sebenarnya dah lama sukakan Orked tapi Ian tak berani nak beritahu Orked. Ian takut Orked tak suka Ian. Ian tak nak bila Ian beritahu nanti, Ian akan hilang Orked dari hidup Ian. Ian tak nak semua tu terjadi. Tapi, bila Ian dapat tahu yang Orked akan jadi milik orang lain, Ian tak boleh tahan diri Ian lagi. Ian tak rela. Sebab itu Ian terpaksa guna cara ni untuk dapat kan Orked. Ian minta maaf..." Jawab Ian lembut.

Diam.

"Orked maafkan Ian kan?"

Diam.

"Tak apa, Ian akan tunggu sampai Orked maafkan Ian. Tapi Ian tak akan tarik balik apa yang Ian dah buat tadi. Apa pun Orked akan jadi milik Ian nanti. Ian nak hidup bersama dengan Orked selamanya. Boleh kan?" Soal Ian lembut.

Diam.

Kedua tangan Orked dicapai dan digenggam lembut. Tangan mulus itu diusap-usap lembut.

"Orked tak suka?"

Diam.

"Orked boleh terus terang dengan Ian."

"Orked tak tahu..." Jawab Orked sebak.

"Boleh Ian tahu kenapa?"

"Ara..."

"Kenapa dengan Ara?"

"Ara suka Ian. Orked tak nak disebabkan hal ini, Ara benci Orked nanti." Jawab Orked sayu.

Ian tersenyum tipis. Dari kata-kata Orked tadi, maknanya Orked setuju. Tapi macam biasalah gadis kesayangannya ini suka pentingkan orang lain dibanding diri sendiri. Haish, ini yang buat dia makin suka pada Orked. Tapi kadang sifat ini tak bagus juga. Kadang Orked kena sedar untuk bahagiakan dirinya dahulu dibanding orang lain.

Flower Path 2 (Complete)Where stories live. Discover now