BAB 9

24 1 0
                                    

"Now, I would like to call Miss Iman Liyana, the founder of the amazing 'Snapshot!' to cut this ribbon and allow us to enter the door!"

Suara Erica bergema di hadapan pintu studio.

Iman hanya tersenyum kecil dan memotong reben berwarna merah jambu itu. Bunyi sorakan daripada staf-staf menyapa gegendang telinga. Iman melihat papan tanda studio yang tergantung megah itu dengan perasaan terharu dan sebak.

"I've made it...We made it, Iman."

Iman tersenyum menahan air mata daripada mengalir. Hari ini merupakan hari yang paling ditunggu-tunggu. Alangkah bahagianya kalau keluarganya turut ada bersama-sama hari ini.

"Me first! Me first!"

Erica menjerit sebelum berlari masuk ke dalam studio dengan lompatan riangnya. Seperti yang diceritakan kepada kalian, dia ialah pekerja yang paling aktif. Mereka semua tertawa gembira sebelum mengekori Erica untuk masuk ke dalam studio.

Sebenarnya, sudah ada beberapa orang pelanggan yang datang ke studio sewaktu majlis perasmian sebentar tadi. Sebelum bermulanya majlis tersebut, Iman sempat berborak dengan beberapa orang daripada mereka. Mereka ke sini untuk mengambil gambar untuk pakej 'self-taking photo' yang ditawarkan di studio itu. Pakej itu menawarkan harga yang lebih murah kerana target dia mewujudkan pakej itu adalah untuk pelajar-pelajar yang ingin mengambil gambar kenangan bersama-sama ketika waktu bercuti atau pada waktu lapang. Pakej ini tidak memerlukan mereka untuk membuat tempahan.

Berbeza dengan pakej mengambil gambar dengan seorang jurugambar khas. Pakej ini lebih difokuskan kepada pasangan pengantin baru, pelajar graduasi, dan bayi yang baru lahir. Iman harus mengikut perkembangan semasa lebih-lebih lagi yang melibatkan generasi lebih muda.

"Harap kita orang tak lambat untuk celebrate your opening?"

Ada suara lelaki yang menyapa dari belakang sewaktu Iman sedang berbual dengan Linda di kaunter pembayaran. Dia menoleh untuk melihat gerangan tersebut.

"Eh! Awak!"

Iman bersuara dengan riak yang terkejut. Kenapa lelaki ini boleh berada di sini? Macam mana dia boleh tahu lokasi studio ini?

"Ya,saya. Saya ada bawakan bunga untuk awak. Sebagai hadiah untuk meraikan pembukaan studio awak. Harap awak sudi terima."

Lelaki itu memberikan sejambak bunga ros merah. Mesti mahal harga jambangan bunga ini. Iman mengambil jambangan bunga itu dengan senyuman manis.

"Terima kasih sangat-sangat. Susahkan awak saja. Mesti mahal kan bunga ini? Macam mana awak tahu saya lokasi studio saya dan ada majlis pembukaan studio hari ini? Awak ikut media sosial studio saya, ya?"

Ramah dia berbual dengan lelaki itu.

"Tak ada lah mahal mana. Biasa saja. Dan saya dapat tahu sebab kan awak bagi kad bisnes awak dekat saya masa di airport hari itu?"

Ya, betul juga itu. Macam mana Iman boleh terlupa. Dia menepuk dahi sebelum tertawa kecil.

"Alamak! Maaf...Saya betul-betul lupa. Hahaha."

"Nama saya Aiman Hyder. Umur dua puluh dua."

"Saya pula Iman Liyana. Umur dua puluh empat tahun."

Semakin rancak mereka berinteraksi antara satu sama lain.

"Ehem..."

Baru Iman perasan bahawa ada lagi satu gerangan di sebelah Aiman. Iman dan Aiman menoleh ke arah pemilik suara itu. Dari atas sampailah ke hujung kaki, semuanya berwarna hitam pakaiannnya. Dia memakai pelitup muka yang juga berwarna hitam. Lama Iman menilik si tuan empunya suara sehinggalah dia tersedar sesuatu. Senyumannya mati.

Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)Where stories live. Discover now