Kring!
Loceng kecil yang tergantung pada pintu kafe itu berbunyi apabila pintu dikuak luas.
"Hi, welcome!" sapa seorang barista perempuan berambut kemerahan itu.
Mereka bertiga hanya tersenyum kepadanya dan berjalan ke arah sebuah meja. Seorang pelayan lelaki datang untuk mengambil pesanan. Iman dan Adrian hanya memesan sepinggan spageti manakala Aiman pula memesan hidangan penuh. Ada pembuka selera, menu utama, dan juga pencuci mulut. Adrian hanya menggeleng melihat adiknya yang sedang membuat pesanan itu. Gelagat Aiman itu seperti orang tidak makan setahun.
"Boleh habis ke? Banyak betul yang awak pesan," kata Iman.
Takut juga melihat Aiman yang seperti kebuluran itu. Aiman hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu.
"Mestilah habis. Ini Aiman lah. Jangan pandang sebelah mata, tahu?" kata Aiman sambil mendabik dada.
"Ya lah itu. Kalau kau tak habiskan, abang tinggal kau dekat sini." Adrian pula bersuara.
Setelah menunggu beberapa minit, pesanan mula tiba di meja satu per satu. Pelayan lelaki itu meletakkan tisu di atas meja lalu mendaratkan sudu dan garfu di atasnya. Dia tersenyum manis kepada Iman namun riaknya membuatkan Iman tidak selesa. Setelah semua makanan sudah sampai, mereka mula untuk menjamah makanan masing-masing. Sebelum memulakan santapan, Iman mengambil tisu itu untuk mengelap sudu dan garfu yang bakal digunakan itu. Namun, ada sesuatu yang menarik perhatiannya.
Terdapat contengan berwarna hitam di bahagian bawah tisu itu. Coretan pada tisu itu dibaca lalu kening Iman bertaut.
"Call me, sweetie."
Tertera nombor telefon pelayan lelaki tersebut di bawah tulisan itu. Satu perasaan menyapa hati. Geli. Itulah perasaan yang Iman rasa saat ini. Dia bukannya jenis perempuan yang mudah tergoda dengan kata-kata manis daripada lelaki yang tidak dikenali malah dia akan berasa takut dan akan masuk ke dalam mod berwaspada.
"Wah! Iman ada peminat. Wuu..."
Aiman bersuara manakala Adrian merenung ke arah tisu itu lalu mendongak melihat Iman. Iman juga melihat ke arah Adrian. Kening Adrian berkerut menunjukkan rasa risau dengan riak yang Iman tunjuk setelah membaca tulisan pada tisu itu.
"Awak okey?" Adrian bertanya.
Iman hanya mengangguk dan tersenyum. Aiman memandang pelik ke arah mereka berdua sebelum memulakan santapannya. Melihat Aiman yang sedang makan dengan berselera itu, Iman dan Adrian pun mula menjamah spageti yang dipesan tadi. Suasana menjadi senyap-sunyi antara mereka bertiga. Hanya terdengar bunyi titisan hujan yang jatuh di atas bumbung.
Iman melihat Aiman yang sedang leka menyuap makanannya ke dalam mulut.
"Grilled Chicken accompanied with sauteed vegetables."
Dua pasang mata itu melihat ke arah Iman.
"Oh, maaf. Saya cuma teringatkan zaman belajar dulu."
"Awak belajar bidang apa dulu? soal Aiman.
"Hotel management." Iman menjawab sebelum menyuap spageti ke dalam mulut.
"Aik, hotel management pun tahu masak semua masakan macam ni ke?" soal Aiman lagi.
"Hahaha. Mesti awak ingat kami hanya belajar kemas bilik dan front office kan?" Iman ketawa apabila melihat reaksi Aiman.
"Ya lah. Bukan itu ke kerja perhotelan?"
"Kami belajar banyak benda lagi selain kemas bilik dan daftar masuk tetamu hotel. Kami belajar secara menyeluruh untuk kendalikan industri-industri berkaitan customer service. Dalam bidang ini, kami belajar cara untuk grooming penampilan kami, memasak masakan Barat dan macam-macam lagi, mengemas bilik, dan juga pengurusan berkaitan kewangan hotel. Disebabkan kami didedahkan dengan banyak benda, peluang pekerjaan agak luas bagi kami.
"Banyak undang-undang melibatkan industri perhotelan dan pelancongan yang perlu kami belajar. Jadi, bidang pengurusan hotel dan pelancongan ini tidaklah semudah yang disangka oleh masyarakat. Banyak cabaran yang kami perlu lalui terutamanya sewaktu latihan industri. Saya pernah kena fitnah dengan supervisor masa experiential learning semester dua, tahu? Masa semester satu pula, saya kena maki dengan pengurus besar hotel," kata Iman lagi.
"Seriuslah, Iman? Apa yang jadi? Cuba cerita dekat kami."
Aiman dan Adrian kelihatan berminat dengan penceritaannya. Maka, Iman pun meneruskan penerangan kepada mereka.
"Okey, macam ini ceritanya. Universiti kami akan menghantar pelajar-pelajar jurusan pengurusan hotel untuk mengambil pengalaman bekerja di syarikat perhotelan waktu cuti semester. Program ini dipanggil sebagai proses experiential learning. Kiranya, kami ibarat intern tiga kali sepanjang tempoh belajar iaitu semester pertama, semester kedua, dan semester terakhir iaitu semester keenam."
"Masa semester pertama, saya pilih untuk intern dekat sebuah hotel tiga bintang dekat dengan rumah saya. Semuanya okey masa saya mula-mula masuk kerja. Nak dijadikan kisah, pada suatu hari ini, ada seorang tetamu hotel datang ke hotel untuk check-in dengan keluarganya. Saya masih baru, jadi saya kurang pasti dengan sistem dekat komputer itu."
Aiman dan Adrian hanya mengangguk seperti burung belatuk. Mata mereka semakin bundar dan masing-masing sangat fokus dengan cerita Iman.
"Saya minta maaf kepada tetamu itu dan minta dia untuk tunggu sebentar. Saya baru sahaja nak masukkan booking number dia ke dalam sistem. Tiba-tiba, dia telefon seseorang sambil marah-marah. Isteri dia pula menjeling saya. Saya terkejut sebab dia tiba-tiba mengamuk macam itu. Lepas itu, pengurus besar hotel masuk dalam group Whatsapp hotel dan mula maki saya. Banyak kata-kata kesat yang disebut kepada saya."
Aiman menutup mulutnya yang ternganga luas itu.
"Rupanya, tetamu hotel itu ialah kenalan rapat pengurus hotel saya itu. Dan... Dia duduk secara percuma. Makan di hotel pun secara percuma. Bukan dia sahaja, tapi ramai lagi kenalan rapat pengurus hotel saya yang mengambil kesempatan untuk duduk di hotel secara percuma. Hotel rugi banyak sejak itu."
Iman berhenti seketika untuk menyuap makanan ke dalam mulut. Seusai menelannya, dia kembali bersuara.
"Masa saya semester dua, saya masuk dalam department food service. Sepatutnya, saya tidak perlu masuk ke dalam bahagian dapur tetapi mereka suruh saya masuk kerana kekurangan staf. Pada masa yang sama, saya kena jaga kaunter di luar untuk ambil pesanan dan menghantar makanan ke meja tetamu hotel. Pernah sekali, masa itu sepatutnya syif saya dah habis. Tapi, staf dan supervisor saya tinggalkan saya seorang diri untuk ambil pesanan, hantar room service, dan masak di dalam dapur."
"Apa yang kelakarnya, pengurus besar hotel boleh kata saya tak buat kerja langsung dan hanya main telefon. Supervisor saya tak bela pun saya. Sebab dia takut gajinya dipotong dan dikenakan surat amaran. Sedangkan, kerja budak public area pun saya buat. Saya sapu area luar dan dalam kafe sehingga tiada sehelai daun dan sebutir habuk pun. Dua hari saya menangis, tahu?"
Mereka berdua tergamam. Riak masing-masing menunjukkan simpati. Ini yang Iman malas bercerita kepada orang. Tidak suka dengan simpati yang mereka tunjukkan.
"And guess what? Elaun saya dipotong separuh atas sebab kesalahan yang saya tak lakukan. Tetapi, sikap toksik staf-staf di situ membuatkan saya menjadi seseorang yang tidak berguna."
Tubir mata mula terasa hangat. Rasa pedih difitnah seperti itu masih kekal di dalam hati.
"We're very sorry, Iman,"kata Aiman lagi.
"Nah... Small matter."
"Jadi, sebab itu ke awak pilih untuk buka bisnes sendiri?" soal Adrian.
"Ya. Sebab saya tak suka bekerja di bawah management yang toksik. Jadi, I chose to lead my own team," kata Iman dengan senyuman ikhlas.
YOU ARE READING
Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)
General FictionIman Liyana ialah seorang gadis sunyi yang suka memendam rasa bagi menjaga hubungannya dengan orang lain. Kebiasaannya itu telah memakan diri apabila dia disahkan mengalami penyakit Major Depressive Disorder (MDD). Setelah berjumpa dengan beberapa k...