"Haih, mesti aku akan rindukan suasana tenang di Langkawi ini nanti," keluhnya.
Setelah puas berehat, Iman bergegas ke bilik mandi untuk bersiap dan mengambil air wuduk untuk menunaikan solat. Setelah selesai semua persiapan untuk pulang, kedengaran bunyi hon daripada luar. E-hailing yang ditempah sudah berada di luar rumah. Iman bergegas memasukkan bagasi-bagasi ke dalam but kereta tersebut. Kakak sulung Iman dan abang iparnya sudah mengambil kereta itu seminggu yang lepas. Kereta yang digunakan sepanjang tempoh latihan industri adalah milik mereka.
Tepat pada jam 5.30 petang, Iman sampai di lapangan terbang tersebut. Sebelum dia turun daripada teksi, ada juga diselitkan beberapa keping duit bernilai RM20 sebelum diberikan kepada pemandu itu. Pemandu tersebut menolak tetapi Iman ikhlas untuk membantunya memandangkan dia sudah agak berumur.
Iman berasa bangga dengan pakcik tersebut. Walaupun sudah tua, namun dia masih kuat mencari rezeki untuk keluarga. Jadi, tidak salahkan untuk berkongsi rezeki dengan pakcik tersebut? Lagipun, duit elaun yang dia dapat daripada pihak hotel itu lebih daripada cukup. Setelah mengucapkan terima kasih, dia terus masuk ke dalam lapangan terbang tersebut untuk uruskan segala urusan sebelum terbang pulang ke Pahang.
Iman berlegar-legar di dalam kawasan lapangan terbang tersebut sebelum mencari tempat duduk di dalam sebuah kafe. Waktu menunggu masih panjang, jadi dia membuat keputusan untuk mengadakan perbincangan secara atas talian bersama-sama beberapa orang staf di Edinburgh. Ya, dia sudah mencari beberapa orang staf di Edinburgh untuk berkerja di bawah pimpinannya nanti. Dia bakal terbang ke Edinburgh dalam tempoh beberapa bulan lagi untuk bekerja di sana sebagai seorang jurugambar.
Segala urusan di Edinburgh telah diselesaikan sebaik sahaja tamat latihan industri di hotel. Iman memilih untuk tinggal di bumi Langkawi untuk beberapa bulan kerana mahukan sedikit privasi dan ketenangan untuk menyiapkan segala kerja. Dia telah terbang ke Edinburgh beberapa minggu yang lepas untuk menguruskan urusan pembukaan studio di sana. Dia bersyukur kerana mendapat bantuan daripada kenalannya di Edinburgh. Dialah yang membimbing Iman dalam menyiapkan segala proses. Setelah itu, Iman juga telah mencari beberapa orang staf di Edinburgh untuk bekerja dengannya.
Setelah berasa selesa di dalam kafe tersebut, Iman mengeluarkan komputer riba untuk memulakan perbincangan. Dalam masa beberapa minit, staf-staf yang dipilih sendiri mula muncul seorang demi seorang. Ben, Leo, Erica, dan Linda.
"Heyo, Miss Iman! How are you today? Feeling good?" kata seorang staf Iman dengan suara yang sangat kuat. Memperkenalkan staf Iman yang paling aktif, Erica namanya. Iman hanya menggeleng sambil tersenyum.
"Feeling good. How are you, Erica? How's your study?"
Erica membalas, "Yeah, not that bad. But I can't wait to see you again."
Erica ialah seorang pelajar universiti di Edinburgh. Dia ialah seorang pekerja separuh masa yang Iman pilih. Pada awalnya, dia tidak mahu mengambil Erica bekerja kerana dia lebih memilih untuk melantik pekerja sepenuh masa. Namun, Iman berasa kasihan dengannya kerana dia sedang berada di dalam fasa kesusahan dan memerlukan wang tambahan untuk menampung keluarganya. Ibunya disahkan menghidap penyakit kanser hati beberapa bulan yang lepas. Jadi, atas belas ihsan Iman mengambilnya bekerja dengan Iman.
"How's everyone else? How are you doing? Sorry to disturb your weekend but I would like to discuss a few things with you guys before the opening."
Semua staf hanya mengangguk sambil tersenyum.
"We're fine, Miss Iman. Actually, we are very excited to work with you. Can't wait to see you again, miss," kata Ben.
![](https://img.wattpad.com/cover/370836505-288-k317690.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)
General FictionIman Liyana ialah seorang gadis sunyi yang suka memendam rasa bagi menjaga hubungannya dengan orang lain. Kebiasaannya itu telah memakan diri apabila dia disahkan mengalami penyakit Major Depressive Disorder (MDD). Setelah berjumpa dengan beberapa k...