BAB 24

29 1 0
                                    

Di hadapan Iman adalah sebuah bangunan yang berdiri megah. Tempat di mana dia bakal berjumpa dengan para pembaca. Kaki hanya berdiri pegun di hadapan pintu masuk bangunan itu.

Pesta buku akan berlangsung di bangunan PWTC ini pada setiap tahun. Ada ramai juga penulis-penulis terkenal yang menjadi idola sewaktu di zaman sekolah dahulu. Iman melihat pembaca beratur panjang untuk berjumpa dengan penulis masing-masing. Dia berjalan ke sebuah bilik tertutup.

Sampai di dalam bilik itu, dia menunggu di belakang pentas bersama-sama beberapa orang staf. Mereka melayan Iman dengan penuh mesra. Iman menunggu dengan perasaan gugup apabila pengacara majlis menjemput para pembaca masuk ke dalam bilik itu.

Kedengaran suara-suara pembaca berbual dengan pembaca yang lain. Salah satu perkara yang dia suka apabila ada program sebegini adalah diri sendiri dapat berkenalan dengan orang baharu. Ia akan menjadi lebih mudah untuk bergaul kerana rata-rata mempunyai minat yang sama iaitu membaca.

Beberapa minit kemudian, pengacara majlis memanggil Iman untuk bersua muka dengan para pembaca. Kedengaran para pembaca bersorak menyambut kedatangannya. Iman berjalan perlahan-lahan naik ke atas pentas kecil itu sambil menunduk beberapa kali kepada pembaca.

Mikrofon diberikan kepada Iman lalu dia mula bersuara untuk menyapa para pembaca.

"Assalamualaikum semua. Sihat ke?"

"SIHAT!!!" laung mereka.

Kelihatan semuanya sangat bertenaga dan tidak lekang senyuman di bibir mereka. Rata-ratanya kelihatan seperti pelajar sekolah menengah. Kecil dan molek sahaja semuanya. Mungkin juga kerana kebanyakan buku Iman adalah buku fantasi yang lebih digemari oleh anak-anak muda sebegini.

"Terima kasih sebab datang dan sudi baca buku saya. Saya ada hadiah untuk kalian semua. Nanti lepas kita jumpa, awak semua pergi claim hadiah dekat abang yang handsome itu."

Iman berkata-kata sambil menuding jari telunjuknyake arah seorang staf lelaki yang berdiri bersebelahan dengan pintu masuk. Para pembaca bersorak ke arahnya. Muka staf lelaki itu bertukar merah padam sebelum dia menutup muka.

Sesi berjumpa dengan pembaca pun bermula. Ada pembaca yang datang bersama-sama keluarga dan ada juga yang datang bersama-sama kawan. Iman terus-menerus menyapa para pembaca dan mengambil gambar kenangan bersama-sama mereka.

Dia senang hati untuk berjumpa dengan mereka. Tanpa sokongan daripada mereka, Iman tidak akan mampu untuk berada di sini pada hari ini. Segala kejayaan yang dikecapi sekarang adalah hasil daripada sokongan mereka semua.

Tibalah masanya untuk berjumpa dengan pembaca terakhir. Iman memberi salam kepadanya dan mengucapkan terima kasih kerana sudi datang untuk berjumpa. Iman tidak dapat mengenal pasti mukanya kerana dia memakai topi sehingga hampir menutup keseluruhan dahinya.

"Assalamualaikum, terima kasih sebab sudi datang jumpa saya. Nama awak siapa?"

Iman menegurnya dengan ramah sebelum bukunya diambil untuk menurunkan tandatangan. Iman mendongak kembali untuk melihat wajahnya. Dia pun memperbetulkan topinya sehingga wajahnya kelihatan lebih jelas.

Mata Iman hampir tersembul keluar. Lelaki di hadapannya ini memang tidak sayangkan nyawa agaknya. Bagaimana dia boleh ada di sini?

"Nama saya Adrian, akak."

Tawa hampir terletus apabila mendengar dia memanggil Iman dengan gelaran itu. Si tua bangka ini memang tidak dapat dijangka perbuatannya. Iman pun melayan sahaja kerenahnya itu.

"Oh, sedap nama awak. Adrian, ya?"

Dia mengangguk sambil tersenyum lebar. Dia berperwatakan seperti anak-anak remaja yang berada di situ. Terlebih gula agaknya hari ini.

"Saya dah lama minat akak, tahu? Saya dah borong buku-buku akak daripada zaman sekolah lagi."

Iman tengah sengsara menahan tawa sehingga otot-otot perut semakin sakit.

"Berapa umur awak sekarang? Tak macam budak sekolah pun."

Adrian mencebik.

"Mana ada. Saya budak sekolah lagi lah. Baru enam belas tahun."

"Hahaha. Okey, akak percaya. Nanti ambil SPM elok-elok, ya?"

Dia tersenyum gembira sebelum mereka mengambil gambar bersama-sama. Sekarang, sudah tiba masa untuk semua orang mengambil gambar beramai-ramai.

Sebelum semua orang bersurai, Iman sempat mengucapkan terima kasih kepada para pembaca yang hadir kerana sudi beratur lama untuk berjumpa dengannya. Masih banyak kekurangan dia dalam dunia penulisan namun dirinya bersyukur dengan sokongan yang dia dapat daripada mereka semua.

Usai selesai semuanya, Iman pulang ke hotel untuk berehat. Separuh harinya dihabiskan di bangunan PWTC itu. Sempat juga dia berjalan-jalan di dalam bangunan itu dan membeli beberapa buah buku daripada penulis yang diminati.

Masih dalam keadaan bertelekung, Iman melabuhkan duduk di atas katil. Buku yang ditulis oleh Adrian itu dicapai lalu dibuka membaca beberapa helaian terawal.

Daripada sehelai muka surat menjadi beratus-ratus muka surat. Akhirnya, dia sampai ke halaman terakhir. Ayat terakhir di dalam buku itu dibaca.

"Aku pergi dulu. Maafkan aku, sayang."

Hati rasa sesak ketika ayat itu dilafazkan. Kenapa ada satu rasa yang kurang menyenangkan menusuk hati apabila dia membaca ayat itu. Dia tidak suka akan perasaan itu.

Tanpa sedar, air mata mengalir dengan sendiri. Tiba-tiba, telefon pintar berbunyi. Telefon itu dicapai dan panggilan itu dijawab. Panggilan itu adalah daripada tuan empunya buku itu. Adrian Hyder. Air mata yang mengalir sempat diseka.

"Assalamualaikum, adik Adrian. Macam mana boleh dapat nombor akak?"

Kedengaran Adrian tertawa lepas di hujung talian.

"Waalaikumussalam. Bukan main awak perli saya, ya?"

"Yalah. Dah tua bangka pun berangan nak jadi budak sekolah. Kalau awak cakap awak itu pelajar universiti, boleh lah juga orang nak percaya."

Iman ketawa apabila teringatkan peristiwa tadi. Betapa teruknya lakonan seorang Adrian Hyder.

"Manalah saya tahu. Dah saya tengok semuanya budak-budak, saya pun jadilah budak-budak."

"Hahahaha. Tak ada siapa yang percaya kalau awak cakap awak budak sekolah, Adrian. Muka awak itu terang-terang dah nampak matang."

Kedudukan diubah dan belakang disandarkan pada kepala katil.

"Hei, mana ada. Muka I ni baby face, okey? Hmph!"

Terletus tawa Iman mendengar suara yang dilakukan oleh Adrian. Suara yang dikecilkan itu terngiang-ngiang dalam kepala. Geli rasanya mendengar suaranya garau itu bertukar lembut.

"Ish! Gelilah awak buat suara macam itu."

Adrian hanya tertawa. Iman memarahi Adrian kerana dia berasa geli apabila Adrian bertindak sebegitu.

"Sampai hati you geli dengan I? Kenapa you perlu berubah sehingga sebegini rupa? Dimanakah salah dan silap I? You dah ada orang lain ke?" Adrian meneruskan lakonannya. Iman rasa seperti sedang diseksa.

"Adrian, nasib baik saya tak boleh tampar awak dalam telefon ni tahu? Kalau tidak, memang melekat lima jari saya dekat muka awak. Gelilah!"

"Hahaha. Okey, saya minta maaf. Janji buat lagi lepas ni." Adrian tidak berjanji untuk tidak melakukannya lagi pada masa akan datang.

"Malaslah saya nak layan awak." Iman pasrah. Sesungguhnya, dia sedang kepenatan untuk melakukan apa-apa pun. Badan yang disandarkan perlahan-lahan turun dan dibaringkan di atas katil yang empuk itu.

Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)Where stories live. Discover now