EPILOG (TAMAT)

44 2 2
                                    

*SUGGESTED SONG: A THOUSAND YEARS BY CHRISTINA PERRI*

Kata-kata penutup daripada Adwa: Dengan ini, tamatlah sudah kisah Iman Liyana dan Adrian Hyder dalam mencari erti cinta dalam hidup. Maaf jika ada tersalah dan terkurang. Harap kalian semua tenang membaca karya pertama saya yang ini, Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... Actually, Adwa sendiri banyak menangis masa tulis cerita ni. Maaf juga sebab lambat update. Happy reading! Assalamualaikum semua. Doakan saya datang dengan penulisan yang lebih baik untuk cerita akan datang. InsyaAllah.

...

"Ya Allah! Iman Hyder! Turun sayang! Jatuh nanti! Bukan macam itu caranya nak main taman permainan!"

Termengah-mengah Iman cuba mengejar anak sulungnya itu. Tangan naik mencekak pinggang yang terasa sengal. Perut yang semakin membesar melambatkan pergerakannya. Dia hanya mampu melihat Hyder yang sedang memanjat papan gelongsor. Orang turun ikut lubang, dia turut ikut atas papan gelongsor itu. Turun siapalah perangai buas si Hyder ini? Pening kepala Iman mahu menjaga.

Sibuk dia membebel kepada Hyder, ada tangan yang memeluknya daripada belakang. Ada dagu yang mendarat di atas kepalanya. Dek kelelahan, dia menyandarkan badan pada dada bidang si suami.

"Membebel apa tu sayang? Hmm?" Lembut Adrian bersuara.

"Tengoklah anak sulung abang tu. Memanjat sana sini. Entah turun perangai siapalah agaknya jadi buas macam ni?"

Terletus tawa Adrian. Dia pun tergeleng melihat Hyder yang berusia 5 tahun itu memanjat ke sana sini. Adrian mengucup kepala Iman sebelum berjalan mendekati Hyder.

"Hyder anak papa. Sini datang dekat papa."

Bukan makin mendekat malah Hyder berlari mengelilingi taman permainan itu cuba menjauhkan diri daripada Adrian. Adrian sudah masuk mod bapa-bapa. Dia berlari mengejar langkah kecil Hyder lalu menangkap si kecil yang lincah itu. Pipi putih yang tembam dan kemerahan itu dicium geram lalu dibawa anaknya kepada Iman.

Sebaik sahaja Adrian meletakkan Hyder di bawah, si kecil itu terus memeluk perut mamanya. Dia mula berbual dengan adiknya yang belum lahir itu.

"Hyder tak sabar nak jumpa adik. Nanti boleh main sekali. Kan, mama?" Mata bundar itu naik menatap wajah mamanya. Iman mengusap rambut anaknya yang basah dengan peluh itu dengan penuh kasih sayang. Tak lama lagi mereka bakal menimang seorang puteri.

"Nanti kalau adik lahir... Mama dengan papa nak Hyder tahu yang Hyder akan sentiasa bertakhta dalam hati kami termasuk adik. Hyder penghuni rahim pertama mama. Jadi, kita sama-sama sayang adik juga okey?"

"Okey mama! Sayang adik. Muah!" Ciuman dilabuhkan ke perut Iman. Adrian memeluk erat keluarga kecilnya.

"Abang cintakan sayang. I have loved you since I first saw you at the hotel. Dan Allah makbulkan doa abang untuk berjumpa dengan sayang kembali. Akhirnya, sayang menjadi hak milik abang yang mutlak. Abang akan terus cintakan sayang."

"Sayang pun cintakan abang. Hyder dan adik dalam rahim sayang ni adalah bukti cinta sayang pada abang. I have loved you for a thousand years. And I will love you for a thousand more. Semoga Allah pelihara cinta kita sehingga ke syurgaNya kerana hanya syurga destinasi terakhir untuk aku ingin bersama-samamu wahai suamiku."

Mereka berbalas renungan. Ketenangan mereka adalah ketika mereka berdua. Dua insan yang mempunyai luka dan hidup di dalam kekosongan kini telah dipenuhi hati mereka dengan cinta halal. Bersama-sama mereka menjaga anugerah Allah dan berusaha menuju ke syurganya kerana dunia hanya sementara dan di syurga cinta mereka kekal selamanya.

TAMAT

Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)Where stories live. Discover now