BAB 16

16 1 0
                                    

Iman meregangkan badan setelah lama duduk menghadap komputer di dalam pejabat. Cawan kopi di atas meja dicapai dan diangkat mendekati mulut lalu dihirup kopi hitam yang panas itu. Cuaca agak sejuk hari ini memandangkan di luar sedang hujan lebat. Renungan kosong dilempar ke luar tingkap menghayati setiap titisan air hujan yang jatuh menyembah bumi.

Sudah seminggu Iman dan Adrian tidak bertegur sapa. Selepas keadaan Alice disahkan kembali stabil, mereka berdua pulang membawa hala tuju masing-masing. Tanpa kehadiran dia, hari-hari Iman terasa kosong.

"Awak dekat mana sekarang, Adrian?"

Sedang sibuk melayan perasaan sendiri, pintu pejabat diketuk daripada luar.

Tok...Tok...Tok...

Iman memusingkan kerusi menghadap pintu. Siapa lagi yang nak mengganggunya ini?

"Come in." Arahan diberikan.

Senyap sunyi. Hanya bunyi hujan yang kedengaran.

"Haih... I said, come in."

Iman mengeluh. Dia tiada masa ingin melayan perangai kebudak-budak seperti ini. Masih tiada jawapan.

Malas menunggu, dia terus menghampiri pintu dan membukanya sedikit kasar. Dia melihat ke luar dan tiada sesiapa di situ. Kening berkerut. Siapa pula yang membuat jenaka pada siang hari ini? Pintu kembali ditutup dan badan dipusingkan untuk kembali ke meja kerja.

"Awak marah ke?"

Suara kecil menyapa gegendang telinga. Iman mencari tuan empunya suara itu. Terpusing-pusing mencari dan tiba-tiba muncul seorang kanak-kanak perempuan di hadapannya.

"MAK!!!"

Jantung terasa seperti ingin tercabut. Dia menyangkakan bahawa itu suara Amy namun bukan. Suara itu milik kanak-kanak perempuan di hadapannya ini. Ya Tuhan, seram macam dalam cerita hantu.

"Anak siapa pula ni? Macam mana boleh terlepas sampai belakang? Linda dengan Leo tak nampak ke?"

Sedang dia masih terpinga-pinga dan geram dengan Leo dan Linda yang membuat kerja sambil lewa sahaja, budak perempuan itu bersuara.

"Awak okey tak ini?"

Mata Iman terbuka luas. Budak itu boleh bercakap bahasa Melayu! Iman memandang lama ke arahnya sebelum bersuara.

"Ya, saya okey. Awak ini anak siapa? Macam mana boleh sampai ke belakang ini? Sini tak boleh masuk."

Kanak-kanak perempuan itu hanya diam sambil melihat gambar keluarga Iman di atas meja. Rasa seperti berbicara dengan tunggul.

"Cantiknya awak dalam gambar ni."

"Terima kasih. Tapi, awak ni anak siapa? Mana emak dengan ayah awak?"

Soalan yang sama ditanya kepadanya kerana dia langsung tidak menjawab persoalan Iman.

"Mama dengan papa saya kerja. Saya selalu duduk dengan nenek saja. Saya bosan duduk seorang diri. Sebab itu saya datang sini."

"Okey... Awak duduk dekat mana? Bahaya awak jalan seorang macam ini."

Dia duduk di atas kerusi Iman sambil memusing-musingkan kerusi itu.

"Saya duduk dekat dengan rumah awak. Saya selalu nampak awak keluar pergi kerja. Hari itu, saya ikut awak datang studio ini. Sebab itu saya datang sini."

Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)Where stories live. Discover now