Hari demi hari berlalu, kini tiba hari dimana Iman bakal menjadi isteri yang sah kepada Adrian Hyder. Sewaktu di Edinburgh, semua staf terkejut dengan khabar berita itu namun mereka semua berasa gembira untuk Iman dan Adrian. Semua staf diterbangkan dari Edinburgh ke Malaysia bagi menghadiri majlis perkahwinan mereka berdua.
Jantung mula berdegup kencang. Kaki digerakkan dengan laju. Wajah yang sudah siap disolek dipandang pada cermin. Tangan menggenggam erat bunga tangan. Sakit perut. Mahu muntah. Pening. Tangan mula berpeluh. Semuanya bercampur-baur. Kedengaran suara-suara yang riuh di ruang tamu. Pintu bilik dikuak dari luar menjelmakan wajah ibu dan along.
"Kenapa ni? Macam kucing nak beranak dah ke hulu ke hilir... Rosak make up tu nanti berpeluh." Ibu bersuara. Dia tahu bahawa Iman sedang gementar. Ibu dan along menghampiri Iman dan mengusap belakang Iman untuk mengurangkan rasa resah.
"Insya-Allah, tak ada apa. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Okey?" Along pula memujuk Iman.
"Iman takutlah..." Iman mencebik. Tubir mata mula berkaca. Bibirnya mencebik. Jari-jemarinya yang berinai merah itu ditatap.
"Nak takut apa? Bukannya nak pergi berperang. Dah, jangan menangis. Rosak make up tu... Dahlah along bayar mahal MUA tu khas untuk Iman." Nak menangis along dibuatnya sekiranya solekan Iman dirosakkan dengan air mata.
Sewaktu sesi pujuk-memujuk berlangsung, pintu diketuk. Emir sudah tersenyum di sebalik pintu.
"Pengantin lelaki dah sampai. Majlis pun dah nak mula. Dah boleh bawa akak turun."
Makin cuak Iman dibuatnya. Mereka yang berada di dalam bilik itu tertawa melihat Iman yang mula gelabah itu. Along dan Emir turun dahulu meninggalkan ibu dan Iman di dalam bilik.
"Iman... Lepas ni, Iman dah jadi tanggungjawab Adrian. Jadi isteri yang taat. Hormat suami. Tapi, kalau Iman ada masalah. Kalau dia sakitkan Iman, baliklah ke pangkuan ibu dengan ayah. Kami akan sentiasa ada dekat sini untuk sambut Iman. Ibu sayang Iman."
Masing-masing menahan sebak. Tubir mata bertakung. Pelukan dieratkan.
"Terima kasih, ibu."
Ibu mula memimpin Iman untuk turun ke ruang tamu. Perlahan-lahan Iman duduk di atas sebuah kusyen berwarna putih. Pandangan yang ditundukkan sebentar tadi diangkat perlahan-lahan. Mata bertembung dengan mata redup Adrian. Si bakal suami memandangnya tidak lepas. Bibir mengukir senyuman manis. Aiman dan Lina pula sudah tersengih seperti kerang busuk melihat pasangan itu.
"Belum sah lagi encik abang oi... Sabar, kita akad dulu. Lepas ni nak tenung sampai tembus pun tak apa dah." Tok kadi bersuara menyedarkan Adrian daripada lamunannya. Iman dan Adrian kedua-duanya menunduk. Pipi terasa bahang dan bertukar merah.
"Okey, semua dah bersedia ke?"
Semua tetamu yang hadir menganggukan kepala. Tangan Adrian bertaut dengan tangan tok kadi.
"Adrian Hyder bin Muhammad Hilman, aku nikahkan dikau dengan Iman Liyana binti Raihan Iskandar dengan mas kahwin sebanyak lima ribu ringgit tunai." Tok Kadi melafazkan akad.
"Aku terima nikahnya Iman Liyana binti Raihan Iskandar dengan mas kahwin sebanyak lima ribu ringgit tunai." Giliran Adrian pula melafazkan akad. Tok kadi melihat para saksi.
Dengan sekali lafaz, Iman Liyana sah menjadi seorang isteri kepada Adrian Hyder. Tubir mata mula bertakung. Tangan ditadah dan doa dibaca. Mata Adrian tidak lekang memandang gadis yang sudah sah menjadi miliknya itu.
Selesai doa dibaca, Adrian bangun dan duduk di hadapan Iman. Dia tersenyum kepada isterinya itu. Bahagianya hati hanya dia sahaja yang tahu.
"Assalamualaikum sayang." Salam diberikan dan tangan dihulurkan.
Iman meraih tangan Adrian lalu dicium dengan penuh rasa hormat. Dia juga tersenyum melihat Adrian. Lelaki itu segak berpakaian baju melayu putih dengan samping bercorak keemasan.
"Waalaikumussalam... abang." Makin merah pipi Iman mendengar panggilan mereka yang sudah berubah itu. Badan Adrian longlai apabila dipanggil dengan panggilan itu.
Cincin kahwin disarungkan pada jari. Tapak tangan Adrian mendarat di atas kepala Iman lalu dia membaca doa sebelum dahi Iman dicium dengan penuh rasa sayang. Cahaya dipancarkan daripada kamera-kamera yang ada di situ. Jurugambarnya ialah Ben dan Erica. Sambil mereka mengambil gambar, mereka bersorak dengan gembira.
Setelah mengambil gambar di dalam rumah, mereka bergerak ke sebuah taman untuk bergambar di luar. Pelbagai gaya dilakukan untuk mendapatkan gambar yang cantik. Video juga dirakam oleh Erica. Adrian memeluk erat pinggang Iman lalu dahinya disatukan dengan dahi Iman. Dia berbisik lembut kepada Iman. Hanya mereka berdua yang mendengar.
"Sayang nampak cantik sangat hari ni. Macam bidadari syurga abang."
"Abang pun nampak kacak sangat hari ni. Macam putera raja."
Gaya diubah dan kini hidung mereka pula yang bersentuhan.
"Terima kasih sebab sudi terima abang dalam hidup sayang. Abang janji... Abang akan bahagiakan sayang dengan anak-anak kita nanti."
"Sayang yang patut ucapkan terima kasih sebab abang sudi terima sayang yang banyak kekurangan ni. I'm broken, abang. Ada banyak lagi yang abang tak tahu pasal Iman. You know that too..." Iman bersuara. Dia berasa takut. Takut jika traumanya akan menyakitkan insan yang dia sayang ini.
"Well, I love solving puzzles. It's okay, sayang. Kita ada masa seumur hidup untuk mengenali diri masing-masing. Just so you know, sekali abang dah akad nama sayang... Abang tak akan lepaskan sayang sampai bila-bila." Adrian memujuk Iman dengan senyuman manis.
Lama Iman merenung mata Adrian. Wajah dijarakkan dan tangan naik mengusap pipi Adrian. Senyuman ikhlas diberikan.
"I love you, Adrian Hyder bin Muhammad Hilman." Ayat cinta itu dituturkan dengan lancar sekali. Kini, dia boleh mencintai Adrian tanpa rasa resah kerana lelaki itu sudah sah menjadi miliknya dan dia tidak akan sesekali melepaskan Adrian pergi.
"I love you even more, Iman Liyana binti Raihan Iskandar." Mereka berbalas senyuman. Hidung digeselkan sebelum jari telunjuk Adrian mencuit manja pipi Iman.
Setelah beberapa jam berlalu, sesi penggambaran mereka selesai. Erica dan Ben sudah mula meninggalkan kawasan itu meninggalkan pasangan pengantin itu. Iman dan Adrian berjalan perlahan-lahan menuju ke kereta milik Adrian. Tangan bersulam erat dan dihayunkan ke depan dan ke belakang. Adrian memberikan senyuman nakal kepada Iman. Mata Iman membulat. Dia tahu ada sesuatu yang berada di dalam fikiran lelaki itu.
"Abang dah kenapa? Takutlah pandang orang macam tu." Iman menjarakkan tubuhnya. Tanpa sebarang amaran, tubuh kecilnya sudah melayang ke udara. Tubuhnya disauk lalu digendong sehingga ke kereta. Iman memukul bahu Adrian manakala Adrian hanya tertawa lepas. Sesungguhnya, jiwa mereka berdua sangat tenang hari ini. Mereka berasa seperti kembali bernyawa dengan bebas dan kali ini ada rasa cinta yang bertakhta di dalam hati.
YOU ARE READING
Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)
Narrativa generaleIman Liyana ialah seorang gadis sunyi yang suka memendam rasa bagi menjaga hubungannya dengan orang lain. Kebiasaannya itu telah memakan diri apabila dia disahkan mengalami penyakit Major Depressive Disorder (MDD). Setelah berjumpa dengan beberapa k...