"Oh, saya datang sini sebab tak lama lagi saya nak graduate. Jadi, saya tengah cari photographer untuk ambil gambar saya masa hari graduasi nanti. Tapi, saya tak jumpa mana-mana jurugambar yang available pada hari tersebut. Lepas tu, saya tak sengaja terdengar perbualan awak dengan wanita tu. Kalau tak keberatan, boleh saya hire awak untuk ambil gambar saya nanti?" terang lelaki itu dengan panjang lebar.
"Hmm... Saya belum rasmikan lagi studio saya. Boleh saya tahu, bila tarikh hari graduasi awak ya?"
"Dalam masa empat minggu lagi. Jadi, macam mana? Boleh ke?" soal lelaki itu.
Iman berfikir sejenak. Dalam masa kurang beberapa minggu, Iman bakal melancarkan majlis pembukaan studionya. Jadi, mungkin dia boleh pertimbangkan untuk mengambil tempahan pertama daripada lelaki ini.
"Saya rasa boleh je. Kiranya, awak ini customer pertama saya lah ya. Hahaha. Apa kata awak ambil kad saya ini dulu? Apa-apa, awak boleh telefon nombor yang ada pada kad itu. Nanti, kita bincang lebih lanjut. Boleh?" katanya sambil menghulurkan kad bisnes kepada si lelaki itu.
"Baik, terima kasih sangat-sangat. Saya pergi dulu, ya? Hati-hati."
Lelaki tersebut berlalu dengan bagasinya yang banyak itu. Katanya, dia datang ke sini untuk majlis graduasinya. Tapi, gayanya macam tidak mahu pulang ke Malaysia. Sambil Iman merenungnya dari belakang, dia berasa seperti ada sesuatu yang agak pelik pada lelaki tersebut.
"Kenapa aku rasa macam pernah nampak eh lelaki tadi itu?" fikirnya sambil mengetuk kepala dengan jari telunjuk. Sibuk memikir, namun tiada sesiapa yang terlintas di dalam otak.
30 minit telah pun berlalu dan Linda akhirnya sampai di lapangan terbang tersebut untuk menjemput dirinya.
"Assalamualaikum akak, sorry lambat. Linda kena settle anak-anak dulu tadi. Si bongsu tu demam lah pula."
"Tak apa, tak lama mana pun. Jom kita gerak. Sebelum Linda drop akak dekat rumah, boleh tak kita pergi tengok studio kejap?" pinta Iman.
"Boleh akak. Jom, Linda bawa akak pergi studio. Akak mesti tak sabar nak launch studio itu nanti kan?"
"Betul, tak sabar sangat rasanya. Tapi, nervous pun ada."
"Alaa... Tak apa, akak. Kita orang akan pastikan yang bisnes akak berjalan dengan lancar. Asalkan dapat payment... Hahaha."
"Hahaha, mestilah akak akan bayar semua orang. Tak akan lah buat kerja tapi tak bayar kot."
Kereta Linda meluncur laju menuju ke studio. Jarak studio daripada lapangan terbang tidaklah jauh mana. Sekejap sahaja mereka telah sampai di hadapan studio milik Iman. Iman berjalan-jalan melawat setiap ruang di dalam studio. Dalam beberapa minggu lagi, dia bakal melancarkan pembukaan studio ini. Setelah puas melawat kawasan, dia dihantar oleh Linda ke kondominiumnya.
Sampai sahaja di rumah, Iman mula mengemas segala barangan yang dibawa dari Malaysia. Rumah yang disewa di Edinburgh sudah lengkap dengan segala keperluan harian. Tirai di ruang tamu diselak dan terserlah pemandangan kota Edinburgh pada pagi itu. Pagi yang sudah bersuhu sejuk itu ditemani hujan yang lebat. Iman hanya membuang pandangan ke luar tingkap dan melihat setiap titisan air hujan yang mengalir pada tingkap. Ini adalah salah satu sebab kenapa dia memilih untuk berhijrah ke kota Edinburgh. Edinburgh sangat terkenal sebagai kota yang kerap hujan. Suasana hujan sentiasa membuatkan dirinya berasa tenang.
Kriuk...
Perut mula berbunyi. Baru dia tersedar bahawa dia belum bersarapan. Dia terus menyarungkan tudung, kot, dan kasut but sebelum keluar menuju ke sebuah kafe berdekatan dengan kawasan perumahan. Setibanya di kafe itu, dia terus menuju ke kaunter untuk membuat pesanan. Dia memesan secawan kopi sahaja kerana tiada hidangan di situ yang menarik perhatiannya.
Setelah mendapat pesanan, dia terus bergerak ke sebuah pasaraya mini untuk membeli bahan-bahan untuk memasak di rumah. Walaupun baru sahaja tiba di bumi asing ini, dia sudah merindui masakan-masakan di Malaysia.
Hujan sudah semakin reda. Jalan-jalan dibasahi air hujan yang turun menyembah bumi. Orang-orang sedang berjalan ke sana dan ke sini. Sedikit berbeza budaya di sini berbanding Malaysia. Kebanyakkan penduduk di sini lebih memilih untuk berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam untuk kemana-mana.
Sambil menikmati bayu sejuk itu, kopi yang dia beli sebentar tadi dihirup. Setelah beberapa minit berjalan, dia tiba di pasaraya mini tersebut. Banyak bahan masakan yang dibeli sebelum dia bergerak pulang ke rumah.
Sewaktu kusyuk memasak di dapur, telefon pintarnya mengeluarkan nada dering menandakan ada gerangan yang menelefon. Api di atas dapur ditutup sebelum bergegas ke meja makan untuk mendapatkan telefon pintarnya. Tertera 'Ayah' pada skrin telefon pintar.
"Assalamualaikum, ya ayah? Ada apa telefon akak?"
Iman menjawab panggilan ayah dengan memberi salam.
"Kenapa? Tak boleh nak telefon anak sendiri?"
Iman kaget. Bukan suara ayah yang menyapa gegendang telinga.
"Eh, ibu. Bukan itu maksud Iman. Kenapa ibu telefon guna telefon ayah?"
"Dah kamu itu tak tahu nak angkat bila ibu telefon."
Iman mengetap bibir mendengar sindiran ibu. Dia melihat senarai panggilan masuk. Rupanya, ibu sudah menghubungi hampir lima kali. Memang patut pun ibu marah.
"Oh, maaf ibu. Iman tak perasan tadi. Iman keluar beli barang masak tadi."
"Hmm... Okay lah kalau macam itu. Kamu sampai pukul berapa tadi?"
"Dalam pukul 9.20 macam itu, ibu. Ibu dengan ayah buat apa? Emir mana?"
"Emir ada itu haa... Tengah melayan Rayyan main. Ayah kamu pula tengah tengok cerita mat saleh dia itu lah."
"Oh, along balik rumah ibu ke? Dengan abang Man sekali?"
"Ya. Tidur sini katanya. Kamu dah makan ke belum? Jangan nak buat perangai tak makan pula. Sakit nanti, tak ada orang nak jaga kamu dekat sana."
Haih, cakap saja lah yang ibu risaukan Iman. Janganlah marah-marah macam itu.
"Okey, ibu. Iman dah masak tadi. Baru je nak makan. Ibu jangan risau, tahu? Iman akan jaga diri. Nanti, Iman selalu balik rumah ibu dengan ayah."
"Hmm... Yalah, jaga diri. Jaga solat, jaga ikhtilat. Assalamualaikum."
"Baik, ibu. Ibu pun jaga diri, ya? Waalaikumussalam."
Iman menamatkan panggilan. Dia tersenyum kecil. Dapat dia rasakan bahawa ibu sangat-sangat merisaukannya. Cuma, cara ibu meluahkan rasa risaunya agak lain daripada yang lain. Tipikal seorang emak. Mereka menunjukkan rasa risau mereka dengan bebelan yang panjang. Tetapi, dia tidak mengambil hati. Sekurang-kurangnya, dia tidak bergaduh dengan ibu seperti selalu semasa bercakap di atas talian tadi.
Dia kembali ke dapur untuk mengambil hidangan yang dimasak sebentar tadi dan membawanya ke ruang tamu. Televisyen dihidupkan sebelum memulakan santapan.
"Bosannya siaran televisyen dekat sini. Tak pernah aku tengok pun cerita-cerita ini dekat Malaysia dulu. Baik aku tengok drama Korea dekat laptop aku."
Televisyen dimatikan sebelum mencapai komputer riba. Drama Korea yang terkini dimainkan di layar skrin komputer riba. Dengan penuh fokus, dia menonton drama Korea tersebut. Pinggan yang dipenuhi dengan makanan tadi sudah dikosongkan.
"Alhamdulillah, kenyang sudah perutku. Hihihi." katanya dengan bahagianya.
Dia bergerak ke dapur untuk mencuci pinggan yang digunakan lalu mematikan komputer riba. Lantas, dia masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
YOU ARE READING
Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)
Ficción GeneralIman Liyana ialah seorang gadis sunyi yang suka memendam rasa bagi menjaga hubungannya dengan orang lain. Kebiasaannya itu telah memakan diri apabila dia disahkan mengalami penyakit Major Depressive Disorder (MDD). Setelah berjumpa dengan beberapa k...