"Raya raya raya raya..."
Lagu raya yang dinyanyi oleh sebuah kumpulan penyanyi tanah air bergema di dalam studio. Iman sedang menyiapkan beberapa kerja pengeditan yang perlu diselesaikan secepat mungkin. Petang ini, dia bakal pergi ke luar untuk sesi penggambaran bagi seorang klien penting yang dia jumpa sewaktu di Malaysia.
Minggu ini merupakan minggu terakhir untuk umat Islam berpuasa. Maka, lagu raya pun didendangkan pada setiap siaran radio. Salah satunya adalah radio milik si Linda yang terletak di kaunter.
Iman berjalan keluar daripada pejabat menuju ke arah Linda. Sahaja hendak berbual kosong kerana tidak ramai pelanggan yang datang pada hari ini. Cuma, Ben dan Erica sahaja yang berada di luar untuk sesi penggambaran.
Iman yang sampai di kaunter melihat Linda yang sedang sakan berjoget sambil mendengar lagu raya itu. Mentang-mentanglah tidak ada ramai pelanggan hari ini.
"Sakannya dia berjoget. Tak padan dengan puasa."
Linda yang leka membuat kerja itu menoleh ke arah Iman sebelum tersenyum lebar.
"Hahaha, biasalah Kak Iman. Kan dah nak raya. Tak sabar nak balik jumpa keluarga."
Hari ini, studio akan ditutup sedikit awal kerana keluarga Erica mengadakan sesi makan malam selepas berbuka di rumahnya. Walaupun berbeza agama, keluarga Erica sangat mengalu-alukan kedatangan Iman dan Linda ke rumah mereka. Mereka juga sentiasa memastikan makanan yang dihidang adalah daripada sumber yang halal.
"Malam ini, Linda pergi rumah Erica dulu ya? Kak Iman pergi lepas habis photoshoot nanti."
Linda menganggukkan kepala.
"Linda balik ambil anak kejap sebab si bongsu itu nak ikut pergi jumpa kawan dia."
Iman menganggukkan kepala sahaja. Anak bongsu Linda semakin akrab dengan Amy. Beberapa kali Linda membawa anaknya itu pergi ke rumah Erica lalu mereka berdua menjadi sahabat baik. Selepas kejadian buruk antara Alex dan Alice, Alice disahkan kemurungan. Banyak kali juga dia cuba untuk mencederakan anaknya sendiri kerana teringatkan si bekas suami yang tidak berguna itu. Namun, kondisinya semakin baik setelah menerima rawatan di hospital. Ada beberapa hari di mana Iman mengambil cuti untuk membawa Alice pergi ke hospital.
"Laparnya... Perut rasa pedihlah hari ini." Iman berkata sambil menekan perut yang sakit itu. Dia hanya menjamah secawan susu kurma kerana terlalu mengantuk untuk memasak makanan yang lebih berat untuk sahur.
"Biasalah itu, dah hujung-hujung ini. Mulalah perut nak buat perangai. Tak sabar nak raya lah itu." Linda bersuara sambil tertawa.
"Hmm... Mungkin jugalah." Iman mengiyakan kata-kata Linda.
Kriuk...
"..."
"HAHAHAHA!"
Tawa Iman dan Linda terletus apabila perut Iman mengeluarkan bunyi meminta untuk diisi dengan makanan.
Pintu studio dibuka lalu wajah Ben dan Erica menyapa pemandangan. Kedua-duanya kelihatan letih. Mereka berjalan ke arah kaunter dengan longlai. Beg berisi peralatan mengambil gambar diletakkan di atas kaunter.
"How's the photoshoot going?" soal Iman.
"Slay as always." Ben bersuara.
"That's good, then. Since we're not busy today, you guys should go and take some rest. Leo and Linda too." Iman memberi arahan kepada mereka untuk pergi berehat kerana mereka bekerja terlalu kuat untuk beberapa minggu ini. Semuanya disebabkan studio akan ditutup untuk beberapa minggu kerana dia ingin memberikan peluang untuk semua staf bercuti panjang. Jadi, segala kerja yang tertangguh perlu disiapkan dengan kadar segera.
Dia masuk kembali ke dalam pejabat untuk meneruskan kerja yang tertangguh. Seusai duduk di atas kerusi, telefon pintar dicapai dan dihidupkan. Terdapat panggilan yang tidak dijawab daripada ibu. Nombor telefon ibu didail lalu telefon itu ditekapkan pada telinga.
Beberapa saat kemudian, panggilan dijawab dan suara ibu menyapa gegendang telinga. Tetapi, suara ibu sangat tidak menyenangkan hati yang sudah pun gusar ini.
"Kamu memang suka tak angkat telefon ke?!" suara ibu memetir kuat.
Habislah dia lepas ini dibebel oleh ibu. Dia tidak perasan bahawa telefon pintarnya diletakkan di dalam mod kapal terbang bagi menghalang sebarang gangguan sewaktu bekerja.
"Sorry, ibu. Iman tak perasan tadi. Iman sibuk dengan kerja."
"Sibuk memanjang. Sampai lupa ibu dengan ayah dekat sini," tuduh ibu.
Iman melepaskan keluh yang berat.
"Mana ada Iman lupa. Kan Iman ada juga telefon bila tengah free?"
Dia membalas dengan lembut. Tidak mahu menimbulkan lagi kemarahan ibu yang tidak kedengaran seperti mahu reda itu.
"Orang cakap sikit nak sentap. Mengeluh saja kerjanya."
Bibir diketap. Belum apa-apa lagi sudah kena marah.
"Mana ada sentap. Ibu telefon Iman kenapa?" soalnya lembut.
"Ibu nak tanya, bila kamu nak balik rumah untuk raya? Tak akanlah sibuk sampai tak balik raya langsung?" soal ibu.
"Iman balik dua hari sebelum raya. Ada kerja yang nak kena siapkan. Kan nanti Iman nak tutup studio lama sikit." Dia menerangkan kepada ibu dengan penuh kesabaran.
"Lambatnya! Siapa yang nak tolong ibu dekat rumah?" Suara ibu kembali memetir di hujung talian.
"Emir kan ada? Iman ada kerja nak kena siapkan. Kalau tak, memang Iman akan balik awal untuk tolong ibu."
Ibu mengeluh dengan kuat menandakan bahawa dia tidak berpuas hati dengan keputusan anak perempuannya itu untuk pulang lewat ke rumah.
"Emir itu kan lelaki. Kamu itu perempuan."
Kesabarannya menipis apabila ibu membeza-bezakan antara dia dan Emir. Entah apa yang dimanjakan sangat anak lelaki itu.
"Kenapa? Lelaki tak boleh buat kerja? Lagi pun, Emir tengah cuti sekolah kan?" balas Iman dengan suara yang semakin tinggi secara tidak sengaja.
"Biadab kan kamu. Ibu tak pernah minta apa pun. Semua yang kamu nak, ibu belikan. Tapi, kamu langsung tak bersyukur sampai kerja pun berkira nak buat."
Iman mengeluh lagi. Penat dengan segala tuduhan yang dilemparkan tanpa asas itu.
"Mana ada Iman tak bersyukur. Dah lah... Iman malas nak bergaduh dengan ibu."
Tanpa balasan daripada ibu, panggilan terus dimatikan oleh ibu. Dia memandang sayu pada skrin telefon pintar yang bertukar hitam itu. Telefon pintar dilempar ke atas meja lalu badan disandarkan pada kerusi.
Dia melihat ke arah bingkai gambar di atas meja. Bingkai gambar itu menyimpan kenangannya bersama-sama sahabat di Pulau Pinang sebulan yang lalu. Bingkai gambar itu dicapai lalu diusap perlahan.
"Iman rindu nak cakap dengan korang. Iman harap sangat korang akan ada dekat sini dengan Iman."
Bingkai gambar kembali diletakkan di atas meja sebelum bangun daripada duduk dan menuju ke bilik air untuk mengambil air wuduk. Dia mahu menunaikan solat zohor. Dia menunaikan solat di dalam pejabat. Seusai selesai solat, badan yang terasa lelah direbahkan di atas sejadah yang lembut itu.
Kepala yang berdenyut dipicit perlahan bagi menghilangkan sakit kepala itu. Memandangkan sekarang waktu untuk berehat, mata yang berat dipejamkan sebentar bagi menghilangkan rasa mengantuk yang menemani diri.
"Petang ini kena keluar pula. Malasnya! Tak larat!"
Iman melepaskan rasa geram yang terbuku di dalam hati. Hilang sudah tenaganya untuk keluar mengambil gambar setelah berbalah dengan ibu sebentar tadi. Emosi sedikit terganggu apabila teringatkan perbualan antara mereka berdua. Badannya yang masih bersarungkan telekung itu berguling-guling di atas sejadah lalu kaki ditendang ke awangan bagi melepaskan geram.
"Argh! Benci! Benci!"
![](https://img.wattpad.com/cover/370836505-288-k317690.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Mahu Mati, Cuma Mahu Menghilang... (C)
General FictionIman Liyana ialah seorang gadis sunyi yang suka memendam rasa bagi menjaga hubungannya dengan orang lain. Kebiasaannya itu telah memakan diri apabila dia disahkan mengalami penyakit Major Depressive Disorder (MDD). Setelah berjumpa dengan beberapa k...