Bab 48

4.2K 226 8
                                    

"APA nak jadi dengan kau Mai? Kau gila ke nak bunuh Eleanor? Apa yang kau benci sangat dekat dia sampaikan kau tergamak buat benda bodoh atas kapal!?"

"Kenapa kau agungkan sangat perempuan tu? Kau baru kenal dia dua bulan lebih. Mana tahu Eleanor lebih teruk daripada aku. Depan kau dia buat baik. Jangan tertipu dengan muka suci dia,"

"Enough with all your nonsense, Humaira!"

Suara bingit dari kabin sebelah mengejutkan aku daripada tidur. Serentak mataku dilayangkan, terlihat Fajar lalu dihadapan bilik aku berada tanpa menoleh memeriksa keadaanku. Tangan meraba tubuh, tuala putih tebal membaluti tubuhku dengan tertera logo ATM. Tersedar pakaian seragam digantung pada kaki katil tingkat atas. Hanyalah baju lengan panjang berwarna kelabu dan seluar seragam yang masih basah lencun bersama tudung.

Aku bangun dari pembaringan. Tuala itu dililit untuk memerangkap haba. Sejuk betul dengan penghawa dingin masih terpasang bak di Antartika. Berganda-ganda bekunya.

Nampaknya aku seorang sahaja di sini. Mai mungkin ditempatkan di bilik sebelah kerana terdengar perbalahan antara mereka. Pasti Fajar yang mengarahkan Encik Redza supaya pisahkan kami berdua sebelum bergaduh lagi sampai bermain dengan nyawa.

Kaki mengorak langkah menuju ke pintu kabin. Kepala dijenguk keluar dan terlihat bilik aku berada di tengah antara tiga kabin lain yang ada. Maknanya Fajar di bilik pertama? Bersama Encik Redza?

Perlahan aku berjalan dan berhenti beberapa jarak daripada pintu bilik tersebut. Hm... Tiada perbualan antara dia dan Encik Redza. Sangkaan aku, Encik Redza dekat bilik tempat Mai berada? Eh tak mungkin, privasi perempuan kut. Aku pun dibiar sendiri tidur berapa minit tak tahu sudah.

Aku pun menghampiri pintu yang ternganga luas itu. Menggigil kena belai angin penghawa dingin dari kabin itu. Makin ketat lilitan tuala putih ini melekat pada tubuhku. Bersandar pada dinding, corong telinga dipasang. Sunyi. Tiada sebarang suara didengar. Aku mengintai sedikit dari tepi, terlihat kelibat Fajar menunduk seraya memegang tisu putih dalam genggamannya. Tergamam hebat apabila aku sedar Fajar telah melakukan perkara yang tidak aku sangka.

Beberapa kesan torehan pada lengan kirinya dilap Fajar hingga kering menggunakan tisu. Masih ada sisa darah yang melekat pada fabrik putih itu. Tangannya menggepal penumbuk hinggakan urat hijau timbul di permukaan kulit. Kemudian dia menggeledah beg galas berwarna hitam di sebelah, membawa keluar pembalut luka lalu dililit pada lengannya di tempat torehan itu.

Pandanganku bertukar redup. Inikah yang Fajar selama ini sorok daripada aku? Patutlah dia satu-satunya anggota lelaki yang mengenakan pakaian seragam berlengan panjang. Tak pernah sama sekali aku melihat dia pakai baju berlengan pendek. Fajar ada masalah mental ke? Macam mana boleh lulus masuk TLDM?

"Eleanora? Kenapa kamu di sini?" Teguran suara garau Encik Redza hampir membuatkan jantungku gugur. Satu badan Encik Redza macam kena balut kulit popia, sama menahan sejuk.

Encik Redza memanjangkan lehernya ke dalam kabin, bersabung mata padaku semula. "Nak jumpa Encik Fajar ke?"

"Ya saya? Eleanor ke?" tegur Fajar dari dalam. Cepat menarik tuala yang disangkut pada bahu melitupi lengan kirinya.

Bibirku bergetar melawan rasa kekok. "Err... Y-ya. Saya nak jumpa dia. Nak ucap terima kasih... Sebab selamatkan saya."

Encik Redza mengangguk berkali-kali lalu beredar dari situ dengan wajah ketatnya. Nak tergelak aku tengok dia jalan sebiji macam popia tergolek dalam minyak masak. Sejuk-sejuk pun gigih menjalankan tanggungjawab dia sebagai jurulatih. Tetapi Fajar...

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now