Bab 49

4.5K 222 12
                                    

HARI yang tenang bertukar menjadi tragedi. Hampir jadi kes lemas gara-gara ada setan merasuk Mai. Ingat lawak 'bergurau' kasar bilamana orang tengah sibuk nak belajar ilmu atas air?

Hampir empat lima jam berada atas kapal, banyak ilmu yang telah kami peroleh. Cara menentukan arah mata angin berpandukan matahari dan kompas, membaca peta perairan, membaca koordinat dan sebagainya. Otak aku sudahlah jenis lembab bab nombor, dipertemukan semula dengan koordinat. Nampak senang, tapi susah.

Hari menjelang tengah hari, tiba masanya untuk pulang ke sarang semula. Rezeki dapat bawa balik tuala mandi dengan ada logo ATM. Rare tau nak cari barang ada hak milik begini. Bekalan keperluan peribadi sememangnya ada orang sudah sediakan khas untuk anggota TLDM.

Badan rasa melekit bagaikan ada gam cair disapu ke seluruh badan. Lepas mandi, barulah segar sikit. Terus hilang rasa melekit. Tuala putih berlogo ATM disidai pada almari, membiarkan ia kering sebelum dilipat masuk ke dalam almariku. Dah macam pengumpul barang artifak pula.

Usai makan tengah hari, aku bersiap diri untuk pergi ke Pulau Pangkor. Gaun putih dan tudung warna ungu pastel membaluti keseluruhan auratku. Fajar sendiri menjemput aku depan asrama perempuan dengan kereta Bezza hitamnya. Baju sama tema kerana kami berdua yang rancang bersama. Kenapa pula kami nak pergi Pulau Pangkor? Hm... Ada orang tu nak buat confession lagi.

Penat seharian serabut dengan perangai Mai tak tengok situasi nak cari pasal dengan aku. Mujur masalah Fajar membuatkan perasaan ingin tahu aku curiga untuk mengorek lebih dalam. Lebih berfokus padanya. Tak puas dengar dia bercerita sekerat jalan, Encik Redza dah panggil Fajar masuk tugas sewaktu berada di kabin. Ingatkan dia akan tuduh aku buat benda bukan-bukan dengan Fajar, ternyata Encik Redza sudah mengetahui terlebih dahulu hubungan antara kami.

Kawan atau lebih daripada kawan?

Sebelum beredar keluar dari kabin, sempat dia berbisik di telingaku untuk makan angin di Pulau Pangkor. Tak lama, sekadar cuci mata di tempat orang.

Kini, aku dan Fajar menjejakkan kaki masuk ke ruangan feri. Penuh sesak dengan kehadiran orang ramai berpusu-pusu masuk untuk mendapatkan tempat duduk sebelum penuh. Aku dan Fajar duduk bersebelahan di barisan bahagian tengah feri. Tak terlalu depan, tak juga terlalu belakang. Cukup kami berdua santai duduk di kerusi sambil melemparkan pandangan ke luar tingkap. Perjalanan tidak lama mana, hanya memakan masa sepuluh minit sahaja.

Setelah tibanya di Pulau Pangkor, serasa masuk ke alam baru. Penuh teksi diparkir di ruangan menunggu bersama beberapa orang pelancong luar negara sedia keluar dari kenderaan tersebut.

Fajar ingin membawa aku pergi ke Pantai Pasir Bogak. Katanya sesuai dibuat tempat healing di pusat peranginan Pulau Pangkor. Boleh tahan sejuk ditiup bayu laut dengan pokok redupnya. Segala urusan perjalanan pergi dan balik Fajar yang uruskan. Kami ke sana menaiki teksi kerana jaraknya yang agak jauh dari tempat kami berada. Gila ke nak jalan kaki sampai tercabut segala urat dan sendi.

Kami melabuhkan punggung di kawasan kering yang jauh dari pesisir pantai. Tidak juga duduk atas pasir, bukannya Fajar ada bawa alas tikar bersama. Duduk atas tempat bersimen sambil layan suasana indah pantai tersebut.

"Sambunglah pasal cerita awak pagi tadi. Belum habis kan?" Aku mulakan perbualan setelah kami berdiam diri untuk beberapa saat.

Dia berpaling padaku, terjungkit kedua-dua keningnya sebagai respon terhadap pertanyaanku. "Oh... Hm... Mana satu? Aku lupa,"

"Lepas awak jejakkan kaki masuk universiti. Masa jumpa Yad semua tu lah."

Termenung seketika sebelum dia tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Mengangguk kecil, terus sebelah kaki naik berpangku pada pahanya. Pergelangan kaki tempat dia merehatkan tangannya, mencampakkan pandangan jauh ke perairan laut.

Di Lautan Biru [C]Where stories live. Discover now