RAKAMAN video soal siasat berdurasi lima belas minit oleh tiga orang anggota TUDM mengelilingi Hamira menimbulkan kemarahan aku. Jawab acuh tak acuh, sombong lagi. Muka minta penyepak. Jangan sampai aku bagi betul-betul karang. Biar kena sampai senget mulut.
Pelbagai ugutan telah Yumna lakukan. Jawapan yang Hamira beri tak kena dengan apa yang aku mahukan. Rakaman CCTV dah cukup jelas membuktikan dia bersubahat bersama anggota sekerjanya yang serba bertutup litup termasuk topeng di wajahnya. Tidak didedahkan siapakah gerangannya, Hamira masih menafikan tuduhan Yumna.
Kesabaran aku tak dapat dibendung lagi. Disebabkan dialah aku kehilangan abang aku. Rumah aku. Kalau nyawa boleh dibeli dekat kedai runcit tak apa juga. Memakan masa untuk aku move on sepenuhnya atas pemergian arwah. Yad inginkan keadilan, begitu juga dengan aku. Nyawa haruslah dibalas dengan nyawa!
Nak dekat dua jam aku dan Yumna berbicara dalam talian sebelum mematikan panggilan. Stres! Tak cukup lagi ke Hamira nak sakiti Yad yang cukup ikhlas mencintakan dia? Apa yang membuatkan Hamira tergamak nak buat kerja gila seperti itu?
Andai kata jenayah membunuh tidak membawa dosa, memang aku hancurkan lumat-lumat jasad Mai dengan Hamira. Dua-dua bawa penyakit hati. Jenis dengki memanjang. Nak bernafas pun kena kutuk. Duduk diam pun kena kutuk. Apa yang salah di mata mereka, aku tak tahu.
Kejamnya dunia sekarang. Itulah realiti.
Rasa hendak menangis sambil meraung kuat macam kena histeria dekat pondok ini. Telefon dicampak ke tepi meja, aku menekup wajah dengan telapak tangan. Kecewa.
"Semua orang yang aku kenal macam apa perangai. Tak boleh tengok aku senang. Hati lebih hitam daripada arang, benci!" bebelku sendirian.
"Tapi aku tak kan?"
Tersekat nafasku sesaat lalu aku menoleh untuk melihat umat manusia yang sergah mengejut belakang aku. Jejaka yang mengenakan baju kelabu berlengan panjang dan seluar seragamnya bersama dua cawan Zus Coffee dalam genggaman plastik mengambil tempatnya berhadapan denganku. Punggung mendarat pada kerusi, menolak air manisan itu kepadaku. Dengan riak tak bersalah, tersengih macam kambing tengok aku.
Mamat ini tenung aku macam tengah laparkan perhatian. Aku mencerlung sekilas terus berkata, "Apa tengok-tengok? Bagi salam tidak, mesej saya lagilah tak nampak bayang. Tahu-tahu terpacak depan mata. Ish!"
Fajar ketawakan aku dengan senyuman nakal dia. Macam tahu aje aku healing lepak seorang. Sah Fajar tak balik rumah lagi, katanya ada mesyuarat lepas habis kuliah. Nak dekat tiga petang sudah.
"Ada orang bagitahu aku kau broken sebab Mai. Then I decided to be a hardware tool to fix broken things like... Your heart? Umph... Rawr! Anyways... Coffee for you." Dia mengeluarkan salah satu air dari plastik lalu dihulurkan kepadaku. Pantas aku menyambut, membelek-belek air tersebut dan meneliti nama menu ini pada pelekatnya.
"Err... Espresso Frappé? Tak pahit ke? Awak punya apa?" Fajar punya gelap semacam rupa airnya. Mesti cocoa punya.
"Aku punya Cocoa Mocha. Asal?"
Aku tayang muka kesian. Minta simpati. Hujung jari telunjukku bersatu antara satu sama lain. "Tukar? Boleh? Tak suka espresso. Dengar nama macam pahit rasa,"
"Pahit lagi masa lalu aku berbanding espresso tu."
Bidasan Fajar menjadikan lidahku kelu. Nak marah, macam ada betulnya. Tapi memang betul. Astaghfirullahalazim berdosanya rasa.
Nak tak nak, aku paksa diri untuk menerima seadanya air yang tak kena dengan tekak aku. Plastik yang membaluti penyedut minuman itu dikoyakkan lalu dicucuk pada permukaan cawan. Baru nak sedut buat taste test masuk mulut, laju tangan Fajar bertukar air dengan aku. Eh?
YOU ARE READING
Di Lautan Biru [C]
RomanceKata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah ke...