Bunyi jeritan kesakitan yang berselang-seli dengan jeritan kesakitan bergema diseluruh makmal itu. Seorang lelaki berkaca mata yang berambut ikal yang disikat tepi, dengan dahi yang agak luas terserlah, dengan janggut sejemput di hujung dagunya, yang ditubuh tinggi lampainyanya tersarung jubah putih pada paras kaki, berkemeja hitam dan berseluar slack kelihatan sedang memegang lengan seorang lelaki yang berambut panjang sehingga paras bahu, yang dalam pakaian serba hijau, yang saling tak tumpah seperti pekaian pesakit asasi di mana-mana buah hospital. Kalau diamati mata lelaki yang berambut paras bahu itu, ianya berwarna hijau dengan corak aneh yang tidak kelihatan pada mata manusia biasa.
Mereka berdua sedang meredah sebuah makmal yang sedang dilanggar oleh zombie yang sedang mengganas, menyerbu ke serata penghuni makmal itu yang kebanyakannya berpakaian seperti lelaki berkaca mata tadi. Di tangan lelaki berkaca mata itu pula terdapat sepucuk pistol jenis M1A11. Bahan kimia yang pecah dari balang dan tiub kaca kelihatan memenuhi lantai.
Begitu juga perabot kayu yang terbalik bersama dengan almari-almari besi yang menyimpan ribuan fail tentang kajian makmal itu. Tentunya selain keadaan makmal seperti tongkang pecah dilanggar zombie itu, darah, otak, daging-daging malahan anggota badan yang putus bersepah, menjadi pemandangan yang yang mengitari
"Dr Ammar... tolong bawa... bawa A700 pergi dari sini. Bawa dia ke Dr Naim... lelaki tu akan membantu untuk meneruskan lagi kajian kita walau hari ini kita tewas. A700 ialah jawapan kepada tragedi yang melanda dunia kita!" Suara Dr Leow yang ketua saintis untuk makmal rahsia yang dibina berdekatan dengan kawasan rehat RNR Banjaran Titiwangsa, yang terletak jauh dari kota dan juga penempatan manusia itu begitu terngiang-ngiang di anak telinga Ammar.
"Ke tepi!" Lelaki berambut ikal yang panjang ke paras bahu tadi menolak tubuh Ammar jatuh tergolek ke tepi. Tubuhnya juga tergolek di atas lantai, mengelakkan serangan yang datang tiba-tiba tatkala Ammar sedang lalai untuk beberapa ketika. Rupa-rupanya dia mahu menyelamatkan Ammar daripada seekor zombie yang melompat seperti cicak, sambil menghulurkan lidah panjangnya yang begerak seperti lidah cicak juga daripada menyambar tubuh Ammar.
"Terima... terima kasih!" ucap Ammar sambil bangkit lalu melepaskan tembakan tepat membaham kepala zombie tadi. Dia kembali mendapatkan lelaki tadi dan menyuruhnya untuk berdiri.
"Kita... kita nak ke mana?" soal lelaki tadi apabila dipaksa untuk berdiri semula oleh Ammar.
"A700... bawak kau lari dari sini!" balas Ammar.
A700 merentap tangannya daripada pegangan Ammar.
"Dr Leong, Dr Jamlus... semua hidup lagi kat dalam tu! Aku nak selamatkan diaorang!"
"Kau gila ke celaka? Zombie tengah serang tempat ni!" balas Ammar.
"Belakang kau!" teriak A700 memberi amaran membuatkan Ammar memalingkan tubuhnya, melepaskan tembakannya mengenai dua ekor zombie yang berpakaian sekolah sebelum berpaling menghadap A700.
"Kenapa mesti aku?" soal A700.
"Sebab kau satu-satunya manusia yang disuntik virus Tyran dan tak bertukar jadi zombie! Kau ialah kunci untuk menyelamatkan peradaban! Tentunya kau lebih berharga daripada semua dalam ni!"
"Tapi..." A700 masih berkeras.
"Dengar sini... kau anggap semua dalam makmal ni sebagai pejuang yang syahid untuk pastikan kau kekal bernyawa. Mereka adalah orang yang sedang berkorban untuk selamatkan tamadun manusia!" Ungkapan daripada Ammar itu membuatkan akhirnya, A700 mengangguk dengan berat hati. Mereka berdua kemudian bergandingan bersama keluar daripada makmal tadi. Selepas hampir 10 minit bergelut menghadap lautan zombie yang sedang membanjiri makmal tadi, akhirnya mereka berdua dapat keluar daripada makmal tadi.
YOU ARE READING
Malaysia Sesudah Kiamat
TerrorTamadun runtuh. Manusia tinggal dalam tembok batu dan besi yang sempat dibina, memisahkan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan kesejukan yang menggigit dan juga zombie yang meliar dalam pelbagai spesis yang menakutkan. Setiap koloni yang dibi...