A700 tidak sedarkan diri ketika tubuhnya yang lengkap dalam pakaian serba hijau persis pesakit hospital dipapah oleh Aidi dan Ben memasuki sebuah pekan yang dikelilingi oleh sebuah tembok kayu setinggi 10 kaki, yang padanya tumbuh sejenis lumut aneh, seolah-olah dibiarkan sengaja oleh penduduk pekan tersebut. Masing-masing membawa senjata mereka, sama ada tersarung di tepi pinggang, tergantung pada tubuh atau juga dibawa bersama di tangan.
Ammar yang tubuhnya dipegang oleh Gulam dan juga Rick pula merenung tajam wajah setiap ahli mercenaries tersebut. Ternyata perkiraannya salah untuk percaya kepada kumpulan yang sudah lama membuat kerja kotor untuk sang gila kuasa yang berebutkan takhta neraka pada zaman dunia zaman ais seperti itu. Sepertinya, pekan yang kononnya dipanggil sebagai Pekan Rimau itu mengenali kumpulan mercenaries itu sehingga membenarkan mereka masuk tanpa banyak soal. Hanya perlu Komander Azzmel melambai dari kejauhan, terus pintu gerbang yang dijaga oleh beberapa orang lelaki bersenjata di atasnya terbuka.
Isi disebalik tembok kayu itu adalah beberapa buah rumah kayu yang mengapit sebuah rumah agam setinggi tiga tingkat. Entah bagaimana rumah agam tersebut boleh berdiri tidak jauh dari lebuhraya yang sudah ditinggalkan orang itu pun, tiada siapa yang mempunyai jawapan, sekurang-kurangnya buat waktu itu. Kebanyakan ahli kumpulan mercenaries yang sedang menjadikan A700 sebagai tebusan itu pula seperti setuju dengan idea yang dilahirkan oleh ketua kumpulan mereka.
"Selamat datang Komander Azzmel... apa yang buat kau kembali semula?" soal seorang lelaki India yang berjaga di pintu masuk rumah agam itu.
"Aku nak jumpa ladyboss korang... Aishah!" arah Azzmel.
"Atas alasan apa?" soal pula lelaki cina yang berjaga bersama dengan lelaki India itu.
"Aku nak gunakan Colloseum dia! Aku nak uji seseorang yang nak sertai kumpulan aku!" kata Azzmel.
"Ohh, ahli baru ya?" soal lelaki India itu pula sambil merenung ke arah A700 yang tidak sedarkan diri manakala Ammar sekadar membersut marah.
"Mereka tak macam lelaki kacukan Yahudi-Melayu dengan perempuan muda tu. Kali ini, mereka nampak terpaksa," tutur lelaki cina tadi pula.
"Mana Aishah? Aku nak jumpa dia! Urusan aku bukan dengan kau!"
"Aishah menunggu kau di atas sana. Jemput masuk," kata lelaki India itu lalu membuka pintu gerbang yang sebaik sahaja terbuka, menampakkan dalamannya yang agak mewah jika dibandingkan dengan betapa bangsatnya keadaan di luar sana. Ammar terus menapak masuk. Wajahnya kelihatan kosong, tetapi pengerakkan matanya tidak dapat menyembunyikan lagi betapa perabot-perabot antik, arca-arca yang mempunyai seni dari zaman Yunani, lukisan-lukisan yang tergantung di dinding ruang tamu dan juga betapa tapak rumah agam itu yang seperti diperbuat oleh kristal, benar-benar menjentik rasa takjub pada jiwa Ammar.
"Tempat ini sama cantik macam dulu," tutur Qisteena sambil menanggalkan penutup kepala yang bersambung dengan sweater.
"Secantik awak," kata Gulam pula.
"Yalah pakcik... saya dah imun dengan ayat-ayat pakcik tu!" kata Qisteena, bosan.
"Saya tahu... jauh di sudut hati awak, ada seribu cinta untuk saya!" tutur Gulam sambil mendepakan kedua-dua tangannya di udara.
"Perasannya pakcik ni!" tutur Qisteena lalu sekadar disambut oleh ketawa daripada Gulam.
Di sudut lain yang sedang memanjat tangga berpilin-pilin yang dihamparkan karpet merah di atasnya, betapa Ben Mazalan dan Reen seperti biasa, sentiasa diselimuti suasana dingin yang seolah-olah sudah serasai dengan pasangan itu. Betapa babak geli hati antara Gulam dan Qisteena, langsung tidak mampu menghalau aura aneh yang menyelubungi mereka.
"Saya harap tempat ni tak kembalikan memori awak pada ayah awak," tutur Ben Mazalan.
"Saya dah lupakan Bukit Bintang dengan Mayor Syazwan. Dia... dia bukan ayah saya lagi," balas Reen.
YOU ARE READING
Malaysia Sesudah Kiamat
HorrorTamadun runtuh. Manusia tinggal dalam tembok batu dan besi yang sempat dibina, memisahkan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan kesejukan yang menggigit dan juga zombie yang meliar dalam pelbagai spesis yang menakutkan. Setiap koloni yang dibi...