Bab 8: Perempuan Melayu Terakhir

75 10 7
                                    

"Menarik... Azzmel.. dengan mercenaries terbaik dunianya datang berlutut untuk aku," gumam Nizam Gtz sambal memandang Azzmel yang setia melutut sambal Aisyah sedang melutut disebelahnya dengan air mata yang sedang mengalir lebat. Pandangan Aisyah tidak menentu. Sekejap fokusnya pada dua orang pegawal peribadi Nizam Gtz yang berbadan kekar itu, sekejap pula dia memandang penuh gerun pada harimau bintang yang sedang berbaring manja di sebelah Nizam Gtz.

"Kenapa pentingnya... Naim itu sampaikan kau sanggup serahkan musuh azali kau si Aisyah kau ini pada aku?" soal Nizam Gtz.

"Bolehkah kalau maklumat itu... kekal antara anak buah aku sahaja?" pinta Azzmel, mengangkat sedikit wajahnya.

"Azzmel... dengan kau... sepatutnya tiada rahsia. Kau sendiri yang masuk ke dalam, tentunya kau harus faham juga prinsip aku," gumam Nizam Gtz.

"Aku sanggup buat apa sahaja untuk kau. Nyatakan misi paling mustahil sekalipun. Aku tak ada masalah," tutur Azzmel lagi.

Nizam Gtz tiba-tiba bangkit dari tempat duduknya. Serentak itu, harimau bintangnya turut berdiri berserta dengan dua orang pegawal peribadi yang berkepala botak itu. Dia merenung wajah Azzmel dan Aisyah silih berganti.

"Aku ada dua misi. Tapi... misi itu agak... berbahaya. Tapi aku tak tahu kredibiliti Patriots. Apakah sehebat seperti yang disebutkan oleh semua orang..."

"Aku benarkan kau menguji setiap anak buah aku. Kau tak akan menyesal memilih mereka," balas Azzmel lagi.

Serentak itu, bunyi sorakan bergema di seluruh masjid tinggal itu. Senyuman lantas terukir pada wajah Nizam Gtz.

"Bawah sana... Badang. Aku jadikan tempat ni untuk para manusia dari seluruh pelusuk tamadun yang runtuh datang, pertaruhkan diri mereka. Kalau mereka berjaya kalahkan Badang, aku sebagai Nizam Gtz bersumpah untuk memenuhkan permintaan mereka. Aku akan pilih salah seorang daripada anak buah kau Azzmel, dan kalau mereka mampu untuk kalahkan Badang, aku akan pertimbangkan untuk rekruit untuk dua misi aku ini," jelas Nizam Gtz.

"Aku tak boleh... pilih?" soal Azzmel. Nizam Gtz menggeleng. Dia kemudian melangkah perlahan dihadapan setiap ahli mercenaries Patriots yang sedang melutut.

"Dongak... setiap orang," suruh Nizam Gtz.

"Azzmel.. siapa yang kau dabik terkuat dalam kumpulan kau?" soal Nizam Gtz.

"Shakila..." jawab Azzmel tanpa berbasa-basi.

"Mana satu?" soal Azzmel.

"Yang berparut di kening tu," kata Azzmel.

Nizam Gtz kini sedang berdiri menghadap seorang Shakila yang memakai jaket kulit hitam yang bersarung pada singlet hijau. Terdapat parut cakaran pada wajahnya yang diperhatikan penuh minat oleh Nizam Gtz.

"Mata kiri kau... kenapa?" soal Nizam Gtz.

"Kena cakar dengan beruang," gumam Shakila.

"Kau... pernah berlawan dengan beruang?"

"Dan aku menang," balas Shakila.

Dengan wajah yang bertukar bengis tiba-tiba, Nizam Gtz melangkah lagi sebelum berhenti di hadapan Qisteena dan Reen.

"Aku pasti ahli wanita dalam kumpulan kau pun bukan calang-calang Azzmel," tutur Nizam Gtz.

"Semestinya..."

"Nama penuh kau!" arah Nizam GTZ dihadapan Reen yang sedang melutut.

"Reen Azzurina binti Syazwan," balas Reen.

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now