Bab 20: Hanya Illusi

115 5 1
                                    

Maniac tergamam apabila dia ditarik semula ke dalam realiti. Aidi sekadar tersenyum melihat reaksi lelaki itu. Suasana bertukar sunyi di antara mereka. Sebelum tiba-tiba Maniac bertepuk tangan teruja. Akhirnya ketawanya meletus. Tapi bukan ketawa mengejek, sebaliknya ketawa yang penuh dengan rasa kagum, selepas menyelam dalam cerita kenangan seorang Aidi Roslan, penembak tepat dari Akademi Hulubalang yang akhirnya karier tenteranya membawa kepada menjadi boydguard kepada anak perempuan perdana menteri Malaysia, Perdana Menteri Khairy.

Untuk kebanyakan orang, kisah cinta sebegini akan dipisahkan dengan cliché antara dua darjat. Si bapa dari keluarga kaya, tak akan pernah merestui anak gadisnya disatukan dengan Aidi yang datang dari latar belakang keluarga miskin. Tetapi untuk Aidi, mereka dipisahkan oleh satu wabak zombie yang mengubah keseluruhan manusia hanya dalam 1 malam. Dan Tiara gugur, dan kisah cinta mereka ditamatkan oleh alam yang sangat kejam, hanya memikirkan siapa yang kuat dan lemah, tidak sekuat mana cinta mereka berdua.

"Selain dengan Gulam, kau rapat dengan siapa?" soal Maniac. Dia memilih untuk tidak membangkitkan lagi luka paling berdarah antara Aidi dan belahan jiwanya, Tiara yang sudah tiada itu.

"Aku! Dia dengan aku survive sama-sama sampailah Faris dengan Shakila jumpa kami," ungkap Rick Wong tiba-tiba.

"Jadi, boleh tak aku nak gunakan memori kau pulak?" soal Maniac.

***

Malam itu, cahaya bulan yang redup menyinari jalan-jalan yang sunyi di kawasan Teratai Mewah, Setapak. Di kejauhan, papan tanda besar BIG Pharmacy yang telah rosak masih menyala samar-samar, menandakan lokasi farmasi yang menjadi sasaran Aidi, Tiara, dan Rick Wong. Dari jauh, mereka bersembunyi di sebalik semak belukar, memerhatikan dengan berhati-hati kumpulan Rider yang menjaga pintu masuk.

"Dua orang berkawal di luar," bisik Aidi sambil menunjuk ke arah pintu depan yang terkunci rapat dengan rantai besi.

Rick Wong mengangguk, kapak besar berkilat di tangan.

"Tiara, kau tahu apa nak buat?"

Tiara tersenyum, mengangguk penuh keyakinan. "Aku tahu."

Mereka bergerak perlahan-lahan dari belakang, menyelinap melalui lorong sempit yang dipenuhi sampah dan dinding bangunan yang berlumut. Sampai di belakang farmasi, mereka berdiri di hadapan pintu kecemasan yang juga terkunci. Aidi menyentuh pintu dengan berhati-hati, cuba mendengar jika ada pergerakan di dalam.

"Tak ada sesiapa," katanya perlahan.

Rick Wong mengeluarkan penggali besi dari beg galasnya dan dengan cepat memecah gembok pintu. Bunyi gembok yang retak menyebabkan Aidi dan Tiara segera bersembunyi di sebalik tong sampah berhampiran. Setelah memastikan tiada sesiapa yang datang, Rick Wong membuka pintu dan memberi isyarat kepada mereka untuk masuk.

Di dalam, keadaan farmasi itu penuh dengan habuk dan debu, seolah-olah sudah lama tidak dikunjungi. Rak-rak ubat diisi dengan kotak dan botol yang telah dikosongkan oleh Rider. Lampu neon yang masih berfungsi memberikan cahaya samar-samar, membuatkan bayang mereka kelihatan panjang dan aneh.

"Aidi, sini," panggil Tiara dari belakang rak Vitamin dan Supplement. Di bawah rak tersebut, dia menemui peti bekalan yang tertutup rapi.

Aidi membuka peti itu dan menemui pelbagai jenis ubat-ubatan penting. "Antibiotik, bandage, painkiller. Semuanya ada."

"Bagus," Rick Wong segera memuatkan ubat-ubatan itu ke dalam beg galasnya. "Kita perlu cepat sebelum Rider lain datang."

Ketika mereka hampir selesai mengisi beg, terdengar bunyi langkah kaki menghampiri pintu kecemasan. Dua lelaki Rider berkaca mata hitam dengan jaket kulit menolak pintu dengan kasar, masuk ke dalam farmasi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 31 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now