Bab 4: Femme Fatale

137 11 10
                                    

Aisyah terpisat-pisat membuka mata apabila Ben Mazalan mencurahkan air sejuk ke arah wajahnya. Dia terus memandang sekitarnya sebelum menyedari bahawa dia kini dalam keadaan berikat tangan dan kaki, sambil seluruh ahli Patriots yang lama dan baru seperti A700 dan Ammar sedang mengelilinginya, memerhati dirinya dengan penuh minat. Azzmel paling menonjol antara semua, dalam pakaian uniform tentera lautnya itu.

"Pembohong... kau gunakan aku!" tutur Aisyah sambil meludah tepat ke arah Azzmel. Namun, ludahannya hanya mendarat beberapa inci daripada kasut tentera yang sedang tersarung di kaki Azzmel.

"Benda yang sama yang kau buat kat aku 10 tahun dulu. Aku tertipu dengan rasa sayang kau janjikan dulu. Ternyata kau hanya jual rasa cinta kau demi sesuatu yang lebih materialistik," kata Azzmel sambil berjalan menghampiri Aisyah. Aisyah terus melarikan wajahnya sebaik sahaja Azzmel menjentik kembali jendela kenangan.

"10 tahun jer masa pisahkan kita, tak akanlah kau dah lupa?" soal Azzmel.

"Bila kau nak lepaskan aku? Anak-anak buah aku bukan lagi ancaman untuk mercendaries kau," kata Aisyah, menukarkan topik perbualan.

"Aku akan lepaskan kau... tapi sebelum tu, aku nak kau bagitahu aku, dekat mana yang aku boleh cari Ahmad Naim, saintis hebat tu?" soal Azzmel.

"Ahmad Naim? Untuk apa?" soal Aisyah.

"Aku nak tunaikan janji aku pada A700. Kami bersetuju untuk mengiringi dia dan melindungi dia sehinggalah kami berjumpa dengan Ahmad Naim dan serahkan dia pada saintis tu macam yang A700 minta," ucap Azzmel.

"Teri...ma kasih," ucap A700 yang terharu mendengar ikrar yang baru sahaja diungkapkan di hadapan Aisyah.

"Macam mana kau tahu aku tahu sesuatu pasal dia?" soal Aisyah.

"Kau tu sentiasa pasang mata-mata kau di merata tempat. Kau ada spy kau dimana-mana. Sebab tu aku nak tanya pada kau!" kata Azzmel.

"Jadi... dia ni macam Littlefinger dengan Lord Varys lah ya?" Qisteena bersuara tiba-tiba.

"Siapa tu?" Rick disebelah bertanya.

"Cerita legenda Game Of Thrones tu. Tak akan kau tak kenal?" soal Qisteena sambil memandang Rick yang terus menggeleng.

"Ahmad Naim... sejak dia berpaling tadah daripada Shafrizal... dia sentiasa ada di mana-mana," kata Aisyah tiba-tiba, memilih untuk tidak mengendahkan Qisteena.

"Maksud kau apa?" soal Ammar, yang semakin berminat untuk mendengarkan khabar angina

"Tak ada siapa tahu dia di mana, tapi setiap orang sentiasa bercakap pasal dia. Banyak tempat yang dikaitkan pasal dia. Kononnya, dia dah jumpa satu-satunya penawar kepada virus yang tengah melanda dunia sekarang. Konon dia dah jumpa kunci untuk selamatkan dunia daripada kiamat. Mula aku tak percaya, tapi si A700 yang tengah berdiri depan aku, aku rasa aku kena jadi kurang skeptikal dan harapan TUHAN ke atas umat manusia masih lagi wujud," tutur Aisyah.

"Tak mungkin. Zombie tu Yakjuj Makjuj dalam ramalan akhir zaman dalam hadis Rasulullah S.A.W dulu. Kita cuma kena tunggu Nabi Isa A.S jer datang..." kata Qisteena bersuara membuatkan Aisyah terdiam, merenung penuh curiga ke arah Qisteena.

"Abaikan dia... dia tu tak betul sikit," kata Azzmel.

"Saya cakap benda betul! Komander jer yang tak open minded!" kata Qisteena sebelum melangkah meninggalkan kumpulan manusia itu lalu merajuk berpeluk tubuh di tempat duduk penumpang.

"Aku temankan dia Komander. Boleh?" pinta Gulam. Azzmel mengangguk.

"Boleh beritahu aku... maksud aku kami... mana perginya si Naim tu?" soal Ammar.

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now