Bab 14: Saudagar Memori

97 11 7
                                    

"Komander Azzmel... akhirnya kau sampai juga ke tempat aku bertakhta..." tutur seorang lelaki yang sedang duduk di atas sebuah kerusi pejabat lama bersama dengan sebuah laptop yang masih terbuka. Di atas meja itu, terdapat beberapa buah botol yang airnya berwarna biru, di mana pada setiap label botol itu merupakan nama orang yang agak asing pada pandangan mereka. Dia memakai kelubung yang menutupi sebahagian wajahnya.

"Maniac... lama... kita tak berjumpa," tutur Azzmel sambil tersenyum. Maniac terus bangkit berdiri lalu menanggalkan kelubung yang menutupi wajahnya. Riak anak-anak buah Azzmel terdapat perubahan melihatkan betapa lelaki disebalik kelubung itu ialah seorang lelaki berkepala botak, di mana separuh wajahnya hancur seperti pernah dijilat oleh api.

"Qisteena bagitahu... yang Nizam hantar kau orang ke sini..." tutur Maniac.

"Nizam kata dia berhutang nyawa dengan kau. Dia kata dengan hantarkan kami ke sini, dapat membalas hutang lama dia dengan kau. Dia nak kami pinjamkan memori hidup kami untuk kau," kata Azzmel.

"Oh ya, projek aku. Aku sedang mengumpulkan memori setiap antara kita untuk sebuah buku. Tajuknya Memori Para Survivor," kata Maniac. Meski wajahnya agak menakutkan, tetapi suara Maniac kelihatan lembut, dan luar biasa tenangnya.

"Siapa nak baca?" soal A700, tidak dapat lagi mengawal dirinya.

"Nama kau?" soal Maniac, merenung penuh minat A700.

"A...."

"Helmi," pintas Qisteena.

A700 menoleh ke arah Qisteena yang sedang berdiri disebelahnya.

"Helmi... soalan kau bagus. Sebenarnya aku percaya dalam tempoh 100 tahun lagi, manusia akan menjadi raja kembali di dunia. Aku percaya, nanti vaksin dapat ditemui. Tamadun manusia yang hancur ini akan kembali berdiri. Jadi, segala yang aku tulis ini adalah sebagai catatan sejarah. Aku mahu anak cucu kita belajar dari kesilapan kita. Aku ialah pencatat sejarah bagi period kita ini," kata Maniac.

"Komputer riba tu... kau tulis semua yang berlaku kat situ?" soal Rick.

"Nama?" soal Maniac.

"Rick Wong," balas Rick, pendek.

"Setakat ni, aku dah siap catatkan semua memori mereka yang sukarela serahkan kepada aku. Selain daripada memori pemilik tengkorak dan rangka yang merata dekat atas Genting ni," kata Maniac, setia melayan setiap soalan yang ditanyakan kepadanya.

"Macam mana boleh bertahan sampai sekarang laptop tu? Tenaga solar?" soal Ammar.

"Nama kau?" soal Maniac.

"Ammar," balas Ammar.

"Bukan tenaga solar. Aku guna tenaga lain. Tenaga yang aku akan gunakan untuk selami memori kau jugak," kata Maniac sambil tersenyum.

"Tenaga apa?" Ammar masih belum berpuas hati.

"Dari pakaian kau, kau... saintis?" soal Maniac. Ammar sekadar mengangguk. Ilmu firasat Maniac bukan calang-calang.

"Saudara Ammar... aku tak rasa saintis macam kau akan percaya pada tenaga aku cakapkan," balas Maniac sambil menggeleng.

"Try me. Aku dah tengok macam-macam sepanjang 10 tahun ni. Jadi skeptik bukan lagi diri aku," kata Ammar.

"Aku pakai satu ilmu hitam, di mana aku serap tenaga-tenaga yang ada pada roh yang baru sahaja mati. Aku hanya mampu bagi kau rasa dan... kau tak akan pernah meragui lagi apa yang aku cakapkan," kata Maniac.

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now