Bab 10: Mukjizat Akhir Zaman

224 14 9
                                    

Semua anak-anak buah Azzmel sedang merenung tidak percaya pada Azzmel yang sedang duduk sambil meraup wajahnya. Kemudian, mereka menoleh serentak ke arah A700 yang sedang berdiri merenung kosong ke arah mata-mata yang sedang merenungnya. Kemudian terdengar bunyi seperti keluhan yang datang dari beberapa antara mereka. Ada pula yang tiba-tiba menunduk dinding bas, ada yang terduduk sambil meraup wajah seperti mana Azzmel.

"Kenapa... jual memori aje kan? Kenapa semua orang macam susah hati sangat?" soal A700.

"Kau senang cakap... kau tu Amnesia!" Aidi bersuara.

"Semua antara kami yang survive dunia ini memori hitam. Kami tak akan hidup sampai sekarang kalau tak ada kehilangan, tragedi semua..." Gulam yang kini sudah berada di tempat duduk pemandu bersuara.

"Aku masih tak faham," luah A700 jujur.

"Aku dengar... kalau Maniac curi memori kita. Ada ritual yang akan buat kita hidup balik dalam dunia tu sebelum akhirnya, dia akan simpan salinan memori kita. Kita akan hidup dua kali dalam memori kita sebelum ni," tutur Qisteena.

"Jadi, kau orang semua tak nak ulangi babak paling... sedih dan ngeri dalam hidup kau orang?" soal A700.

"Beruntung jadi kau ni A700, kau tak ada apa-apa ingatan tentang syurga yang wujud sebelum tercampak ke neraka ni," kata Rick sambil menepuk belakang A700.

"Jadi, aku anggap yang kau orang setuju untuk berjumpa dengan Maniac?" soal Azzmel.

Untuk seketika, mereka semua saling berkongsi pandangan sebelum akhirnya Gulam bersuara.

"Jangan malam ni. Kita bermalam dekat Bayu dulu. Esok baru gerak. Bahaya jalan kat luar sana," kata Gulam lalu mencondongkan tempat duduknya.

"Aku nak tidur jugak. Kau orang kalau nak jalan kat Bayu, dipersilakan. Tapi pastikan esok kembali ke sini... sebelum jam 8 pagi. Boleh Gulam?" soal Azzmel. Gulam tidak menjawab sebaliknya dia mengangkat ibu jarinya ke udara. Beberapa saat kemudian, Gulam sudah lena manakala bunyi dengkuran dia mula kedengaran.

"Saya... nak mandi," tutur Reen pada Ben Mazalan.

"Oh... awak berpeluh lawan Badang tadi..." tutur Ben Mazalan.

"Saya akan carikan mana-mana public bath atau Inn kat dalam Bayu. Mungkin boleh sewakan satu bilik untuk awak," tutur Ben Mazalan lalu terus meninggalkan bas itu, lalu menghilang. Tidak lama kemudian, Reen turut bangkit dari tempat duduknya sebelum turut menghilang. Mungkin mahu mengejar langkah kaki Ben Mazalan.

A700 tiba-tiba berdiri.

"Kau nak ke mana?" soal Ammar disebelahnya.

"Jalan-jalan... aku tak boleh tidur," luah A700.

"Aku ikut kau," kata Ammar lalu bangkit. Mereka berdua kemudiannya meninggalkan bas sekolah itu, meninggalkan separuh isinya memilih untuk tidur lena. Bas tersebut diparkirkan hanya beberapa meter daripada pintu gerbang yang memisahkan dunia yang lebih aman di dalam Bayu dan dunia luar yang lebih berkecamuk.

Selepas berjalan untuk beberapa meter, mereka berdua sudah memasuki kawasan rumah kedai yang berderat panjang sambil jalanraya memisahkan setiap rumah kedai. Di atas setiap bumbung rumah kedai itu, terdapat banyak rumah panas yang didirikan. Mungkin bekalan makanan datang daripada rumah kedai tersebut. Selain daripada khalayak yang sedang mundar-mandir menuju ke destinati masing-masing, pada setiap bahu jalan itu terdapat banyak orang berniaga.

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now