Bab 13: Kubur Terbuka

134 11 6
                                    

"Tempat yang kau jejak tu adalah urban legend zaman post-apocalypse ni. Kononnya ada sebuah kubur terbuka yang terhasil apabila manusia dalam kelompok yang ramai dimakan hidup-hidup oleh zombie. Lepas habis seluruh organ dan daging mereka diratah, nanti akan tinggal rangka. Kubur terbuka ini kononnya akan menarik beratus-ratus makhluk ghaib dari segala arah. Mungkin kau kena usik dengan benda-benda ni," tutur Qisteena.

"Dah agak dah perempuan tadi hantu!" tutur Aidi.

"Nasib baik Gulam dengan Shakila tadi ikut jejak kau. Kalau tak, aku rasa ada benda lain yang akan berlaku pada kau kat dalam sana," tutur Azzmel sambil menepuk belakang Aidi.

"Benda apa komander? Ada sesuatu yang buruk pernah berlaku ke kat kubur terbuka rangka manusia tu?" soal Aidi yang tadi berbangga apabila diberikan peluang sedemikian untuk tersempak dengan jelmaan alam ghaib itu.

"Zaff Si Pengembara pernah menceritakan pengalaman-pengalaman manusia yang terperangkap di sana. Mereka disorok oleh pelbagai entiti yang menakutkan. Masa disangka 24 jam, tapi hilang dalam lebih bertahun-tahun. Zaff Si Pengembara kononnya mengatakan isteri dan anak lelakinya, Ummu dan Afiq hilang di kubur terbuka tu. Zaff cuba menyiasat mengenai kubur tu, dan kebanyakan manusia yang terselemat daripada sana mengatakan masa di kubur terbuka adalah jauh berbeza dengan masa realiti. Sama macam kisah budak-budak kena sorok dengan hantu," tutur Rick membuatkan bulu roma Aidi terus meremang.

"Aidi, pergi berehat kat belakang. Aku rasa Gulam boleh ambil alih tugas kau," kata Azzmel. Dengan langkah kaki yang lemah-gemalai selepas menyedari dia hampir sahaja ghaib di alam mistik.

"Aidi... sebab kau terselamat dari bala yang sangat besar hari ini, aku pasang lagu One Direction kau. Lagu tu, hantu pun lari tak berani dekat dengan bas kita," teriak Gulam dari tempat duduk pemandu. Rick dan A700 ketawa besar, tetapi Aidi masih lagi kepucatan. Seriau memikirkan tanpa Gulam dan Shakila yang dapat menjejakinya, mungkin dia akan hilang untuk satu tempoh yang lama sebelum ditemui oleh sahabat-sahabatnya.

Namun, ternyata kubur terbuka yang dijumpai oleh Aidi bukanlah satu-satunya yang bakal ditemui oleh mereka. Ketika bas sekolah itu hampir sampai ke puncak Genting Highland, kiri dan kanan mereka disambut oleh longokkan rangka-rangka manusia. Ada yang sudah kering, meninggalkan warna putih dan retak-retak reput pada tulangnya, ada pula yang masih bersisa daging-daging yang sedang dilapah oleh burung-burung gagak dan helang yang begitu berkampung di kiri dan kanan jalan raya yang sedang memasuki kawasan bekas teman tema paling popular di Malaysia itu. Selebihnya, tenggelam dalam salji, kecuali pada bahagian teratasnya yang menjulur keluar dari timbunan putih yang merupakan pemandangan biasa dunia akhir zaman itu.

"Nampaknya.... bukan hutan tu jer kubur terbuka... tapi saya rasa seluruh Genting Highland ni..." gumam Qisteena sambil mengintai keadaan jalan raya menuju ke arah Genting Highland.

"Berapa banyak sebenarnya... yang mati diratah zombie masa kat atas ni?" soal A700, menoleh ke arah Ammar.

"Qisteena... telinga kau... berdarah!" tutur Rick sambil menundingkan jarinya ke arah darah yang sedang mengalir keluar dari lubang telinga Qisteena.

"Darah?" soal Qisteena sambil menyentuh lubang telinganya.

"Ohh..." balasnya pendek.

"Awak..." panggil Gulam yang menoleh ke belakang sambil memandu. Namun, Shakila di sebelahnya terus menolak kepala Gulam untuk focus pada jalanraya di hadapan mereka.

"Apa yang awak tengah dengar... suara-suara penghuni kubur terbuka ni ke?" soal Gulam.

"Banyak sangat... kuat sangat... diaorang... mintak tolong kita! Diaorang terperangkap selama-lamanya. Ada seseorang perangkapkan roh diaorang kat sini!"

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now