Bab 16: Memori Sebenar

66 4 1
                                    

Kedua-dua mata Maniac terbuka luas sambil dia menoleh ke arah Shakila dan Azzmel yang sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. A700 yang terlutut di atas lantai bangkit dengan langkah yang agak longlai, lalu berdiri memandang Shakila dan Azzmel. Ada titisan air mata yang tiba-tiba mengalir dari kelopak matanya. Perlahan-lahan, dia mengatur langkah kakinya ke arah Shakila yang bingung melihat tingkahnya.

"Selama ni... awak... diamkan diri dari saya..." soal A700 sambil dia cuba arahkan tapak tangannya ke arah pipi Shakila. Namun, Shakila pantas menepis tangan itu lalu melangkah beberapa tapak ke belakang, cuba membina jarak antara dirinya dan A700.

"Tak faham..."

"Saya... saya rasa saya Helmi..."

"Ya... si Qisteena yang bagi kau nama tu..." A700 pantas menggeleng. Bukan itu maksudnya.

"Saya Helmi. Suami awak..."

"Jangan buat lawak! Kau bukan... dia!" Shakila kelihatan tidak keruan. Nada suaranya lebih tinggi daripada biasa.

"Ingat tak masa kat Akademi Hulubalang... saya dengan awak menari... awak ajak saya keluar..." tutur A700.

"Tak mungkin..." Riak wajah Shakila terus berubah.

"Anak saya... macam mana dengan dia?" Shakila terus menoleh ke arah Azzmel.

"Kau kata... suami aku... dah mati..." tutur Shakila sambil menoleh ke arah Azzmel.

"Dah mati... lepas battle 5 tahun lalu, aku sendiri yang jumpa mayat dia. Kita sama-sama uruskan jenazah arwah Helmi..." Azzmel di sebelah Shakila turut berkongsi rasa terkejut.

"Azzmel... pesanan aku kat kau masa badan aku... tertimpa runtuhan siling bangunan tu... aku suruh kau jaga isteri aku. Terima... kasih..."

Riak wajah Azzmel terus berubah. Terus dia menukar fokusnya ke arah Maniac. Tubuh Maniac ditolaknya lalu menghentam dinding Rumah Hantu itu.

"Kau tunjuk apa kat dia celaka.... macam mana dia boleh tahu semua benda pasal arwah Helmi!" teriak Azzmel, yang sedikit hilang akal. Namun, Maniac masih lagi tenang sambil tersenyum.

"Aku tak tahu... tapi dia sendiri... yang bawa aku selami memori silam dia. Dalam memori tu, perempuan yang ada parut kat muka macam kena cakar haiwan buas tu... isteri dia. Kononnya, perempuan tu mengandungkan anak dia. Dan dia buat keputusan untuk utamakan negara berbanding isteri dan anak dia..." balas Maniac sambil lengan Azzmel yang sasa itu sedang menekan lehernya, sambil sepucuk pistol sedang dikeluarkan oleh Azzmel, teracu pada kepala Maniac. Untuk seketika, Azzmel menoleh ke arah A700.

"Mustahil... aku sendiri yang mandikan mayat kau... aku sendiri yang gali kubur kau... macam mana.... kau boleh berdiri... depan aku..." tutur Azzmel tidak percaya lalu melepaskan Maniac.

"Aku... tak tahu..." balas A700.

Maniac kemudian melangkah ke arah Shakila.

"Anak perempuan Kapten Amir Wijaya... izinkan aku untuk selami memori kau?" tutur Maniac disebelah Shakila. Untuk seketika, gadis itu merenung wajah A700 dan Maniac silih berganti sebelum mengangguk berat. Dia kemudian dengan rela hatinya melutut manakala kedua-dua tapak tangan Maniac menyentuh kepalanya. Serentak itu, mereka berdua kini berada dalam latar baru.

Kelihatan Shakila yang lebih muda dalam uniform serba biru sedang berdiri tegak dalam sebuah dewan yang dalam memori A700, merupakan lokasi malam prom mereka bersama dengan ratusan manusia sepertinya yang lengkap beruniform. Namun, kali ini ia seperti sebuah tempat perhimpunan di mana masing-masing sedang berdiri dalam barisan lurus melintang.

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now