Bab 18: Kasih Seorang Ayah

96 4 1
                                    


"Memori korang dua... sangat tally," gumam Maniac tergamam. Berkali-kali tangannya berubah memegang dahi orang yang berbeza. Begitu jugalah hampir serupa gambaran yang terpapar dalam layar minda Ben Mazalan dan juga Reen. Kedua-dua pasangan itu saling tersenyum tatkala melihatkan reaksi yang dipamerkan oleh Maniac.

"Memori saya bermula dengan adanya Ben kat sisi saya. Jadi, memang tak lari mana," balas Reen.

"Dan saya merasakan hidup saya ada nilai dia bila Reen lahir. Mungkin sebab tu memori saya bermula dengan adanya Reen," kata pula Ben Mazalan. Untuk seketika, Maniac pula tersenyum sebelum tepukan berkali-kali dihadiahkan olehnya.

"Aku tak pernah tengok lovebird macam korang dua... syabas," ucap Maniac lalu dia bertepuk sendirian. Kali ini, riak wajah Reen pula berubah manakala Ben Mazalan kelihatan gelabah.

"Lovebird? Saya anggap Ben macam abang saya..." kata Reen. Namun, Maniac menggeleng tanpa senyuman sinis lari dari wajahnya. Dia menghampiri Ben Mazalan yang wajahnya terus berubah sebaik sahaja ucapan itu terluah dari mulut Reen.

"Dalam memori, aku tengok betapa cara kau pandang dia, tu cara pandang cinta," bisik Maniac ketika dia melintasi Ben Mazalan untuk menghampiri Aidi dan Gulam yang sedang berdiri paling jauh dengannya. Gulam dalam pakaian topi koboinya manakala Aidi pula yang sekadar berpeluk tubuh, membetulkan kaca matanya.

"Stylo walaupun dalam keadaan dunia lepas kiamat. Nama kau?" soal Maniac yang memerhati sahaja pemakaian Gulam yang persis bintang rock dari zaman 80-an.

"Gulam," balasnya pendek.

"Memori mana yang kau nak hadiahkan untuk aku?" soal Maniac.

"Aku tak banyak sangat benda menarik jadi dalam hidup aku. Tapi aku akan tunjukkan kat kau kenapa aku sertai Mercenaries," kata Gulam.

"Cerita yang sama lagi tu ke?" soal Aidi.

"Ya... benda yang sama..." Aidi sekadar mengangguk, lalu membiarkan Gulam menghampiri Maniac.

"Dah bersedia?" soal Maniac sebelum tapak tangan Maniac sekadar menyentuh bahu Gulam yang tinggi lampai itu.

***

Seorang lelaki berkulit gelap, kulit kusam, wajah penuh dengan kesan kotoran seperti lumpur, sedang melangkah longlai di tengah lebuhraya tiga lorong yang ditinggalkan kosong. Rambutnya kelihatan kusut menyentuh sehingga pinggangnya. Jambangnya juga tak terurus, dibiarkan kembang menyentuh dadanya. Kuku tangannya penuh kehitaman, tidak dipotong. Bibirnya juga kehitaman, penuh dengan kesan kotor. Sebaik sahaja dia membuka mulut, terpampang gigi kuningnya.

Tetapi lelaki itu tidak keseorangan. Dibelakangnya terdapat seorang budak kecil, yang diikat dengan kaun. Kalau sekali imbas, orang pasti mengingati lelaki berambut panjang itu, dan budak kecil dibelakangnya ialah zombie. Namun, perbezaan ketara yang membezakan mereka berdua ialah lelaki itu masih mampu berbicara. Dia sedang berkomunikasi dengan budak kecil yang dibawa cekal dibelakang tubuhnya.

"Rentaka anak ayah... kita dah nak sampai dah ke Johor Bharu... ayah minta maaf sebab asyik lupa nak bawa Taka pergi Legoland," tutur Gulam sendirian.

Tetapi budak kecil dibelakang Gulam sekadar meraung, sambil tangan terkapai-kapai diudara. Air liurnya meleleh membasahi dagunya. Matanya kekuningan, manakala kulit wajahnya pucat semacam seperti sudah sekian lama, darah tidak mengalir padanya. Nampaknya, perubahan pada budak kecil itu tidak disedari oleh Gulam yang seperti sedang berbicara seorang diri.

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now