"Sabar... aku cuma nak melihat memori dia. Ini kali pertama aku berjumpa dengan orang Amnesia," tutur Maniac sambil mengangkat kedua-dua tapak tangannya di udara.
"Tolong... aku sendiri... nak tahu apa memori aku," tutur A700 membuatkan ahli kumpulannya yang lain menoleh ke arahnya. Untuk seketika, mereka saling memandang sebelum memberi ruang untuk A700 menghampiri Maniac. Tanpa disuruh, A700 tunduk, menyerahkan kepalanya untuk disentuh oleh kedua-dua tapak tangan Maniac.
"Berikan aku keizinan. Aku janji kau tak akan rasa apa-apa. Aku nak minta izin masuk ke dalam memori kau," tutur Maniac yang sekadar dibalas anggukan oleh A700. Serentak itu, kedua-dua pupil mata A700 hilang bertukar keputihan manakala A700 pula terpejam rapat matanya, seperti menghayati sesuatu.
Serentak itu, kedua-dua mereka tercampak menghentam dinding dan ahli kumpulan masing-masing. Bunyi hentaman yang begitu kuat, seiring dengan tubuh mereka tercampak tadi. Lalu mereka berdua kembali berdiri serentak sebelum A700 dan Maniac sedang berada di dalam sebuah dewan di mana terdapat ratusan manusia dalam pakaian uniform tentera yang sangat lengkap.
Kumpulan manusia berunform serba biru yang persis seorang tentera itu seperti dalam sebuah keraian kerana di atas sebuah pentas, terdapat sebuah band yang sedang bermain alat muzik, juga terdapat belasan pasangan sedang menari di tengah-tengah dewan. Di tepian dewan pula, terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman. Siling yang memayungi dewan itu pula lutsinar, mungkin diperbuat daripada kaca, lalu menampakkan ribuan bintang yang sedang berkelip.
"Malam prom?" soal Maniac sambil menoleh ke arah A700.
"Aku tak... ingat..." balas A700 sebelum mata mereka melekat pada seorang lelaki yang berambut pendek, yang kemas diikat tepi, sedang melangkah ke arah kumpulan gadis yang sedang kusyuk berbincang antara mereka.
"Lelaki tu... muka dia macam kau..." kata Maniac, memberikan ulasan.
Mereka berdua sekadar memerhati lelaki tadi melangkah penuh berhati-hati. Namun, entah kenapa A700 dapat merasakan perasaan cemas dan gelisah sedang kuat menghempas dada lelaki yang seiras wajahnya. Cuma beza antara mereka ialah rambut si lelaki tadi lebih pendek dan kemas, serta mempunyai raut wajah yang lebih mudah dikecam. Bahkan, tubuhnya jauh lebih kekar daripada A700.
"Er... Cik.. Shakila..." panggil lelaki tadi yang berhenti di belakang kumpulan gadis yang sedang kusyuk berbual.. Ketawa yang baru sahaja meletus sebelum seorang gadis dalam skirt labuh dalam pakaian uniform dan rambut yang diikat sanggul menoleh belakang. Untuk seketika, Shakila menoleh ke arah kumpulan gadis itu, tersenyum sendirian sebelum berpaling buat kali kedua. Sempat dia menyerahkan gelas yang mengandungi jus oren tadi kepada sahabatnya.
"Ya, encik Helmi?" Shakila memancing.
"Menari?" ajak lelaki itu sambil menunjukkan isyarat menari dengan tangannya membuatkan Shakila ketawa kecil.
"Lepas tiga tahun... kita kenal... malam graduation baru nak ajak saya?" soal Shakila sambil berpeluk tubuh menghadap Helmi. Lelaki yang seiras wajah dengan A700 itu sudah kelihatan menggelabah. Dia menggaru kepalanya berulang kali, cuba mencari alasan kepada soalan yang dilontarkan oleh Shakila. Sekali lagi ketawa Shakila meletus.
"Jom..." ajak Shakila tiba-tiba lalu menarik pergelangan tangan Helmi ke tengah-tengah dewan membuatkan beberapa orang yang sedang menari sedang menoleh tepat ke arah mereka berdua.
"Kau dulu... popular..." gumam Maniac manakala A700 pula sedang berkerut dahi memerhatikan babak itu. Sepertinya, lelaki yang bernama Helmi dan gadis jelita bernama Shakila itu sangat dikenali, sehinggakan kemunculan mereka di lantai tari sahaja cukup untuk mencuri perhatian seluruh dewan.
"Pandai menari?" soal Shakila.
"Saya ada belajar dengan Azzmel... tapi..."
Tanpa dipinta, Shakila terus meletakkan tapak tangan Helmi di atas paras pinggangnya, sambil tangan Helmi sambil tangan Helmi yang sebelah lagi pula diarahkan untuk diangkat sama tinggi di udara dengan tangannya. Kemudian, mengikuti lenggok lagu romantis yang sedang dimainkan, dua pasangan itu mula menari bersama. Helmi menampakkan kesukaran dirinya untuk mengikuti langkah tari yang dipamerkan oleh Shakila. Tersengok-sengok dia cuba untuk senada langkah kaki Shakila.
YOU ARE READING
Malaysia Sesudah Kiamat
HorrorTamadun runtuh. Manusia tinggal dalam tembok batu dan besi yang sempat dibina, memisahkan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan kesejukan yang menggigit dan juga zombie yang meliar dalam pelbagai spesis yang menakutkan. Setiap koloni yang dibi...