Bab 5: Midnight Memories

134 10 8
                                    


Malam itu merupakan malam pertama yang dinikmati oleh A700 ketika dia benar-benar berada diluar makmal di mana dia dijadikan sebagai tikus makmal. Tetapi, dia sendiri tidak menjangkakan bahawa malam itu mungkin jadi malam yang paling panjang dalam hidupnya. Bila-bila masa sahaja, bas yang kini dilengkapi perisai besi yang boleh dikawal melalui butang merah yang terdapat di tempat pemanduan itu akan diserang oleh spesis zombie bernama Pacak, yang pada waktu siangnya sekadar berdiri merenung kosong ke arah dada langit, namun pada malamnya, mempunyai tenaga luar biasa, juga jauh lebih ngeri daripada biasa.

Dia hanya mampu mengintai dari balik ruang kosong pada tingkap besi yang kini bukan lagi kaca yang lebih rapuh. Cahaya bulan berjaya menyelinap masuk melalui ruang kosong yang ditinggalkan. A700 yang sedang memeluk selaras raifal jenis Sporterized Springfield M1903 yang berwarna coklat, seolah-olah ia adalah anak patung yang sangat comel.

"Pilihan senjata yang bagus. Selain daripada Remington 700 yang aku tengah pakai ni, aku suka pakai raifal yang kau pilih tu," kata Aidi dibelakangnya yang masih berkaca mata hitam. Di bibirnya masih bergayut sebatang cigar. Gulam di sebelah kanan Aidi pula seperti sudah berserah dengan tabiat menghisap cigar Aidi itu.

"Sekurang-kurangnya aku mati nanti... aku mati hisap cigar paling mahal dalam dunia yang dapat dari Saudagar Berkelubung masa kat Mersing hari tu," kata Aidi gembira.

"Dia sanggup tukarkan sebatang raifal yang dia ada dengan sekotak cigar tu." Gulam bersuara sendirian sambil bersandar pada kerusi empuk bas itu. Tiba-tiba Gulam bangkit sambil melontarkan pandangan ke arah Qisteena yang sendirian dengan AK-47 di tangannya, senjata yang sama yang sedang dipegang oleh Gulam.

"Sebelum kita mati malam ni, aku nak jumpa dengan Qisteena... nak luahkan perasaan aku!" ucap Gulam tekad. Dia bangkit lalu menghampiri Qisteena yang sedang mengelamun sendirian. Sebaik sahaja tempat duduk disebelah Qisteena diambil oleh Gulam, gadis itu tersentak daripada angan-angannya.

"Dengar sini... kita mungkin mati malam ni. Tapi kalau benda tu terjadi, saya nak awak tahu yang saya..."

"Cintakan awak!" sambung Qisteena bosan.

"Awak cintakan saya?" soal Gulam tidak percaya, sambil mengibas rambut panjang sehingga paras bahunya itu.

"Tak... saya dah tahu apa yang awak nak cakap. Benda yang sama awak cakap dekat saya setiap kali malam sebelum kita buat misi-misi berbahaya," kata Qisteena sambil tersenyum.

"Saya tak ingat..."

"Ya... awak cakap dekat saya masa malam sebelum kita buat misi selamatkan Saudagar Berkelubung dari kumpulan rider Tengkorak Emas," kata Qisteena.

"Aku..."

"Dan juga masa kita dapat misi daripada Kill, suruh kita selamatkan salah seorang orang kesayangan dia Yasmin yang dibawah tawanan orang-orang Khairy!" tambah Qisteena lagi.

"Saya tak sangka awak...

"Ada satu lagi! Masa malam sebelum kita selamatkan Helmi," kata Qisteena.

"Siapa Helmi?" soal Gulam.

"A700..."

"Ohh!"

"Saya tahu awak suka kat saya! Kalau tak, awak tak akan ingat semua benda pasal saya!" luah Gulam penuh rasa gembira.

"Mana ada..."

"Terima kasih Qisteena, sebab buat saya boleh mati dengan aman untuk hari ini!" kata Gulam gembira dengan senyuman yang melebar sehingga ke hujung telinga. Aidi tiba-tiba bangkit lalu melangkah ke arah tempat duduk pemandu.

"Aidi, kau buat apa kat situ?" soal Gulam.

"Jangan kacau aku! Aku tembak kau!" teriak Aidi ketika Gulam berkira-kira mahu bangkit.

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now