Ketika Qisteena sedang kusyuk mencuci dan membalut luka pada kepala Ben Mazalan menggunakan alatan daripada peti kecemasan cemas yang disimpannya di dalam bas sekolah yang menjadi rumah mereka, betapa Reen sedang berdiri sambil menggigit hujung ibu jarinya, resah melihat keadaan Ben Mazalan. Betapa darah yang datang dari kepalanya juga terkena pada t-shirt putih yang bersarung jaket kulit itu.
"Okey dah ke dia?" soal Reen apabila Qisteena menyimpan kembali segala peralatan yang digunakan untuk mencuci luka di kepala Ben Mazalan. Sebaik sahaja Qisteena meninggalkan Ben Mazalan, terus Reen mengambil tempat duduk di sebelah Ben Mazalan, memeriksa kepala Ben Mazalan yang sudah lengkap berbalut itu.
"Kan saya cakap saya okey... kena botol kaca jer..." tutur Ben Mazalan sambil tersenyum.
"Salah saya yang buat awak macam ni..." tutur Reen.
"Tak... awak tak mintak pun orang-orang dalam bar tu untuk kacau awak!" tutur Ben Mazalan sambil menggeleng. Reen tidak mengendahkan penafian yang dibuat oleh lelaki itu sebaliknya berterusan memeriksa kepala Ben Mazalan. Terkadang, dia akan meniup sedikit kepala lelaki itu membuatkan rambut lurus Ben Mazalan terangkat untuk beberapa ketika.
"Ada kaca..." tutur Reen.
"Diaorang tu bercinta ke... Rick?" soal A700 sambil menoleh ke arah Rick disebelahnya.
"Ben dengan Reen?" balas Rick.
"Tak... Ben Mazalan tu butler untuk si Reen. Dari Reen kecil, dia dah bekerja dengan dengan ayah Reen. Jadi, sebab tu diaorang dua rapat macam tu," kata Rick.
"Butler? Reen tu... anak orang kaya ke?" soal A700.
"Mayor Syazwan. Gabenor untuk Koloni Bukit Bintang. Orang kanan Perdana Menteri Khairy," balas Rick.
"Sebenarnya aku rasa Ben Mazalan tu dah lama jatuh cinta dekat si Reen," kata seseorang menyertai perbualan mereka di belakang. Aidi sedang melutut di atas tempat duduknya, semata-mata mahu menjulurkan kepala dan lengannya diantara ruang kosong antara A700 dan Rick.
"Cinta? Ada ke lagi wujud zaman ni?" balas Rick yang kelihatan agak skeptik dengan apa yang dituturkan oleh Aidi.
"Si Gulam yang dok kejar si Qisteena macam orang gila tu apa?" soal Aidi sambil menjuihkan bibirnya ke arah Gulam yang sedang berbincang dengan Azzmel di tempat duduk pemandu mengenai lokasi mereka yang seterusnya.
"Nafsu?" balas Rick.
"Tapi aku tak rasa perhatian, kesetiaan dan perasaan yang Ben Mazalan tunjukkan pada Reen bukan nafsu. Lebih daripada itu," kata Aidi. Mereka bertiga kemudian menoleh serentak ke arah Reen yang sedang termenung melontarkan pandangannya ke luar tingkap manakala Ben Mazalan masih setia disebelahnya kini sekadar mencuci belahan pisau yang berlumuran darah dengan sebuah kain yang diminta daripada Qisteena.
"Aku rasa aku dah jumpa penawar kepada amnesia kau ni A700," kata Aidi.
"Apa?" soal A700, penuh berminat.
"Ben! Sini jap!" panggil Aidi.
Ben Mazalan terus menoleh ke arah Aidi.
"Join kita orang sekejap!" panggil Aidi lagi.
Ben Mazalan menoleh seketika ke arah Reen, seolah-olah mendapatkan kebenaran gadis itu sebelum dibalas dengan angukkan membuatkan Ben Mazalan menghampiri mereka.
"Apa ertinya cinta pada kau Ben?" soal Aidi.
"Apa punya soalan kau tanya aku ni?" Ben Mazalan tidak menjawab sebaliknya melontarkan soalan lain kepada Aidi.
"Jawablah!" Aidi berkeras.
"Cinta itu adalah apabila kau sanggup melakukan apa sahaja, mengorbankan segala-galanya, demi orang yang kau sayang tanpa mengharapkan apa-apa balasan pun!" Kemudian, tanpa disuruh, Ben Mazalan kembali ke tempat duduknya manakala A700 dan Rick menoleh ke arah Aidi.
"Apa yang kau nak tunjukkan kat aku?" soal A700.
"Cuba kau fikirkan tentang cinta sekuat yang Ben bagitahu tu. Tentang apakah ada seseorang dalam hidup kau yang sanggup berkorban untuk kau setinggi tu? Manalah boleh trigger memori kau ke?" A700 terdiam. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu.
"Jujur... aku tak pernah terfikir tentang cinta sebab selama ini, aku tak pernah fikir pun aku manusia pun... sampailah aku dapat rasa kebebasan ni," tutur A700 sambil menoleh ke arah dua orang rakan barunya. Untuk seketika, mereka berdua turut terdiam mendengarkan balasan daripada A700 sehinggalah Azzmel berdehem.
"Aku, Gulam dengan Aidi akan bergilir-gilir pandu bas ni sampailah ke Genting," kata Azzmel.
"Apa ni komander? Saya? Saya penembak tepat bukan driver macam si Gulam!" teriak Aidi sambil bangkit tak puas hati namun Azzmel langsung tidak mengendahkannya.
"Gulam kata perjalanan untuk ke Genting mungkin ambil masa yang lama dengan salji tebal, kawasan pergunungan dan seumpama dengannya. Mungkin sampai malam ni. Tapi Gulam kata dia tak larat. Dia perlukan rehat. Jadi, aku dengan kau akan bergilir-gilir tukar pemanduan dengan Gulam sampailah kita kat atas puncak sana," sambung Azzmel membuatkan Aidi mempamerkan riak wajah tidak percayanya. Dia terus keluar dari barisan basnya, melangkah ke arah tempat duduk Gulam. Gulam yang sedang tidur sambil meletakkan topi koboi di atas wajahnya tergamam apabila Aidi terus menendang kakinya.
"Apa benda tu? Kau petik nama aku ke kat komander?" soal Aidi. Dengan perasaan mamai, Gulam mengangguk sambil mengelap air liur basinya lalu kembali tidur.
"Aidi, awak jadi first driver untuk hari ni. Kita bagi Gulam rehat dulu," arah Azzmel yang mengambil tempat duduk disebelah Shakila yang sedang kusyuk membaca sebuah buku, seolah-olah tiada apa yang berlaku disekitarnya.
YOU ARE READING
Malaysia Sesudah Kiamat
HorrorTamadun runtuh. Manusia tinggal dalam tembok batu dan besi yang sempat dibina, memisahkan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan kesejukan yang menggigit dan juga zombie yang meliar dalam pelbagai spesis yang menakutkan. Setiap koloni yang dibi...