Bab 9: David VS Goliath

122 11 8
                                    

 Peluh menitik memenuhi wajah Reen. Dia sedang berdiri menghadap Badang yang turut kepenatan. Babak awal pertarungan adalah melibatkan Badang berusaha untuk menyerang Reen dari segala arah. Namun, pada setiap serangan berjaya dielak oleh Reen. Ada kalanya, hampir sahaja Reen terkena hayunan penumbuk Badang yang sebesar wajahnya itu, namun tubuh kecil molek yang dimiliki oleh Reen membantunya dalam pertarungan itu. Sekarang kelihatannya betapa stamina Badang benar-benar diratah dalam pertempuran itu. Dia sedang termengah-mengah sambal merenung tajam ke arah Reen.

"Reen... anak buah kau tak melawan. Asyik mengelak," gumam Nizam GTZ dari tingkat atas, memerhati sambil tangan kirinya mengusap manja kepala harimau bintang yang masih lagi setia di sisinya.

"Reen... tinggi dia 160 cm jer. Badang 200 cm. Berat Reen sekitar 50-60kg. Badang dalam 200Kg. Kau rasa agak bodoh untuk Reen terus bertempur secara berdepan dan terus dengan Badang? Bukan Reen jer yang akan terus mengelak dengan Badan, aku pun sama," kata Azzmel, mempertahankan anak buahnya.

Tidak semena-mena Badang terus menyerbu ke arah Reen, cuba menangkap tubuh Reen dengan kedua-dua lengan sasa berototnya. Reen kali ini melakukan lompatan akrobatik menuju ke arah kepala Badang sebelum menghadiahkan tendangan tepat mengenai kepala Badang membuatkan dia terhuyung-hayang berundur ke belakang, manakala Reen kembali mendarat di atas lantai sebelum kembali berdiri kukuh dalam kekudanya. Badang memegang kepalanya, sebelum darah mula mengalir dari hidungnya.

"Dia dah mula serang..." gumam A700 dari atas.

"Badang sedang kepenatan. Dia dah guna banyak tenaga nak serang Reen. Tapi Reen, dia sangat tangkas. Reen mula serang sebab respon Badang tak sepantas awal pertarungan. Kalau Reen serang seawal tadi, mungkin Badang dah tangkap badan dia lalu patahkan dua terus tulang belakang," gumam Shakila tiba-tiba, seolah-olah menjadi pengulas pada pertarungan dari dua kelas berat yang berbeza.

"Kau ajar... Reen semua benda tu?" soal A700.

"Tak. Tapi Reen fikir semua tu sendiri. Aku cuma mampu ajar dia berlawan jer," ungkap Shakila lagi.

Bunyi sorakan sekali lagi bergema apabila Reen buat kali kedua berjaya melayangkan sepakan tepat ke arah kepala Badang. Kali ini, ia datang dari belakang apabila Badang sekuat hatinya, menghayunkan kedua-dua lengannya dari atas Reen. Namun, Reen berguling pantas di bawah celahan kangkang Badang sebelum berdiri di belakang Badang, melakukan satu lagi lompatan akrobatik yang menghadiahkan sebuah lagi tendangan sebelum Reen mendarat kemas di atas lantai.

"Dia... ada taekwando yang Ben ajar. Dia juga ada ilmu silat yang aku ajarkan. Dia ada ilmu tempur tanpa senjata yang aku belajar dari SEAL dulu. Sebab tu kau silap orang pilih lawan kau kali ni Nizam," tutur Azzmel lagi bangga.

"Dah menyerah?" soal Reen sambil berdiri di belakang apabila Badang kini terlutut memegang hidungnya.

"Aku nampak kenapa Reen terus menyasarkan untuk serang kepala Badang jer sedari tadi," kata Ammar.

"Kau nampak tak otot-otot yang membalut tubuh Badang?" kata Ammar.

A700 mengangguk setia.

"Agak mustahil dengan kekuatan Reen, gadis kurus macam dia mampu bagi kesan. Otot tu seolah-olah jadi perisai untuk Badang. Tapi satu-satunya bahagian yang tak dibaluti oleh otot tu adalah kepala Badang. Sebab tu Reen dua kali menyasarkan kepala Badang jer," kata Ammar pula.

"Kurang ajar kau!" teriak Badang yang terprovok dengan soalan Reen itu lalu terus menyerang bertalu-talu tubuh Reen yang sedang berdiri di hadapannya. Reen berterusan mengelak setiap serangan yang sedang disasarkan padanya, dalam masa yang sama, mata gadis itu sedang tajam memerhati pada setiap kelemahan yang sedang dipamerkan oleh Badang.

"Dapat..." tutur Reen yang tiba-tiba ketika tumbukan Badang mahu mencecah wajahnya beberapa inci, dia tiba-tiba menangkap tumbukan itu dan menjadikan anjakan dia untuk melompat sebelum dia terus meluru ke arah kepala Badang di udara. Ketika tubuhnya beberapa inci daripada kepala Badang, Reen terus mengangkat lututnya yang disasarkan pada kepala Badang. Badang terundur beberapa tapak ke belakang, sebelum Reen terus menyerang dua biji mata Badang menggunakan dua jarinya membuatkan Badang menjerit kesakitan.

"Hebat... dia serang mata pulak." Ammar berterusan memuji Reen.

Badang sedang menjerit kesakitan sambil memegang kedua-dua matanya. Reen pula terus mengambil kesempatan itu dengan menyerang tubuh Badang bertubi-tubi. Lengan, dada, perut, bahu semuanya disasarkan. Badang yang baru kehilangan salah satu derianya cuba membalas dengan mata terpejam, tetapi pada setiap cubaan menyerang Reen, ia hanya mengenai angin, sekadar memakan ruang kosong disekitar Reen.

"Anak buah aku dah menang dah..." gumam Azzmel tatkala Reen berundur beberapa tapak ke belakang, cuba mencari jarak untuk melakukan lompatan terakhir. Nizam Gtz tidak mampu lagi untuk menatap sebaliknya dia berpaling. Serentak itu juga, tapak kaki Reen mengenai terus telinga Badang, menghasilkan bunyi hentaman yang sangat kuat yang datang daripada tubuh Badang tumbang. Untuk seketika, khalayak yang sedang menonton pertarungan itu terkesima, manakala Reen yang sedang bermandi peluh itu terduduk kepenatan.

"Sekarang... kau yakin pada mercenaries terbaik dunia depan mata kau?" tutur Reen. Dengan berat hati, Nizam Gtz mengangguk, seiring dengan bunyi letusan sorakan daripada penonton yang kini mencapai tubuh Reen beramai-ramai sebelum dijulang di udara.

"Jadi, boleh aku tahu apa dua task lagi yang kau nakkan daripada aku?" soal Azzmel.

"Aku nak kau jumpa dengan seorang lelaki ni. Aku panggil dia Maniac. Aku berhutang dengan dia. Sampai sekarang aku belum tunaikan lagi hutang dia. Tapi aku rasa lepas aku hantar kau ke Maniac, aku rasa hutang aku akan tertunai," kata Nizam Gtz.

"Maniac... dia bukan ke lelaki yang mencuri memori survivor untuk... novel dia?" soal Azzmel.

"Ya, Maniac. Aku rasa tentu dia nak tahu memori mercenaries paling hebat di dunia ni. Jual memori kalian untuk dia, dan dia sendiri akan dedahkan lokasi Naim. Dalam dunia ni, hanya aku dan dia sahaja yang tahu di manakah Naim bersembunyi," tambah Nizam Gtz lagi.

"Mana aku nak cari si Maniac ni?" soal Azzmel.

"Atas Genting Highland. Sana istana dia lepas taman tema tu runtuh." 

Malaysia Sesudah KiamatWhere stories live. Discover now