"Kita dah sampai kat Bayu," tutur Azzmel sambil mendepakan tangannya, bangkit dari tempat duduk pemandu.
Reen terpisat-pisat membuka mata sambil mengangkat kepalanya dari bahu Ben Mazalan yang sebenarnya sudah bangkit lebih awal dari lenanya, tetapi membiarkan Reen terus terlentok di atas bahunya, mahu menikmati sisa-sisa waktu itu seorang diri. Ammar dan A700 terhantuk-hantuk beberapa kali di udara ketika mengapit Aisyah yang dipakaikan gari itu. Aidi pula yang sudah bangkit lebih awal, sekadar mengintai tembok batu setinggi 50 kaki yang sedang berdiri mengapit pekan yang terletak di tanah tinggi di atas banjaran Titiwangsa itu. Ketika Qisteena membuka matanya, betapa dia menjerit kecil melihat Gulam mengambil tempat tidur di sebelahnya.
"Hei, apa ni? Apa yang awak buat kat sebelah saya ni?" teriak Qisteena.
"Saya cari tempat tidur tadi. Manalah saya tahu awak tak suka saya tidur sebelah awak!" Qisteena terus menghadiahkan sepakannya mengenai peha Gulam berulang-ulang kali membuatkan Gulam terjatuh di koridor.
"Sakitlah... apa ni main sepak buah hati awak!" Gulam merungut sambil mengusap pehanya yang kesakitan.
"Nizam dan kau Aisyah... aku tahu betapa kau dan dia ada dendam tak terlunaskan. Aku harap dengan serahkan kau pada dia, akan membolehkan aku dibenarkan masuk ke dalam sana. Lepas tu aku boleh korek info yang lebih bagus tentang Naim," terang Azzmel.
"Hati kau memang dah lama mati untuk aku kan celaka?" tempik Aisyah tiba-tiba, hilang kawalan.
"Shakila dengan Qisteena, tolong aku bawakan dia," tutur Azzmel sambil turun dari bas itu. Shakila dan Qisteena terus gagah menghampiri Aisyah lalu mereka berdua memegang erat lengan Aisyah, setia membawa wanita itu menuruni tangga bas sebelum berhenti di belakang Azzmel yang sedang mengangkat kedua-dua tapak tangannya di udara.
"Aku dari mercenaries Patriots! Aku bawakan orang yang Nizam nak sangat! Aku bawakan Aisyah, ratu di Pekan Rimau menghadap Nizam!" teriak Azzmel.
"Aisyah? Ratu Rimau?" gumam beberapa orang tentera Nizam Gtz yang sedang berkawal di atas tembok batu yang mengelilingi Pekan Bayu. Untuk seketika, salah seorang daripada mereka menghilang untuk satu tempoh yang lama sebelum kembali muncul.
"Diaorang boleh masuk... bukakan pintu gerbang!" arah salah seorang tentera yang berkawal di atas tembok batu itu. Azzmel kemudian kembali menaiki bas bersama dengan Shakila dan Qisteena yang sedang mengawal Aisyah.
Sebaik sahaja bas sekolah itu memasuki perkarangan yang dikunjungi untuk memperbaiki bas mereka selepas semalaman bertempur dengan lautan zombie, betapa lagu yang menyambut hawa mereka adalah lagu propaganda Perdana Menteri Khairy melawan pemberontakan oleh Shafrizal Azmi dan Kill. Lagu yang dirakam oleh seorang penyanyi jelita 10 tahun yang lalu dan kumpulan koir para tentera loyalist yang masih setia pada Perdana Menteri Khairy.
"Selamat tinggal anak bangsaku..." gumam Reen sendirian.
"Ya?" soal Ben Mazalan.
"Oh. Tu tajuk lagu ni. Saya benci lagu ni. Ingatkan saya pada ayah saya yang kejam tu. Selalu dimainkan masa kat Koloni Bukit Bintang dulu," gumam Reen.
Detik itu telah tiba
Untuk khabar gembira
Untuk anak bangsa
Yang berjuang demi negara
"Art of propaganda at its best..." Aidi bersuara sambil tersenyum.
Selamat tinggal pemimpin kami
Selamat tinggal anak-anak kami
Selamat tinggal bangsa kami
YOU ARE READING
Malaysia Sesudah Kiamat
TerrorTamadun runtuh. Manusia tinggal dalam tembok batu dan besi yang sempat dibina, memisahkan mereka dengan dunia luar yang penuh dengan kesejukan yang menggigit dan juga zombie yang meliar dalam pelbagai spesis yang menakutkan. Setiap koloni yang dibi...