Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
๋࣭ ⭑⚝💜 SAMBUTAN TAHUN BARU✮⋆˙💿
Sambutan Tahun Baru, December 2010,
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Cheers!Untuk tahun baru!"dua tin bir berlaga antara sama lain.
Dua remaja 18 tahun duduk saling berdampingan atas sebuah bangku di sebuah rooftop bangunan.
Arona meneguk sedikit minuman sejuk dari tin itu sebelum berkerut kening tidak suka sebaik saja cecair pahit itu menyentuh deria rasanya. "Ugh!Pahit."komennya.
"Hah!Lega rasanya. Sekejap aje kita dah habis belajar sekolah menengah tinggi kan?"Ha-joon di sebelah duduk melunjur ke depan menyelesakan diri. Memandang ke arah langit malam dari bumbung bangunan agensinya.
Sambil membuat muka kerana komen itu, Arona capai ceri merah dari bekas plastik yang mereka beli dari kedai serbaneka di hadapan bangunan tadi. "Lega apanya...kita masih kena struggle untuk CSAT nanti."kunyahnya semasa berkata.
Lantas Ha-joon pandang ke Arona. Wajah berona merah akibat suhu sejuk malam ditenung lama. "Kau dah tengok papan billboard yang ada iklan aku tu?Handsome tak aku?"tenungnya penuh nanti. Yalah, bukannya tiada orang yang memuji, Ada aje. Tapi antara ramai-ramai orang yang memuji dirinya, Arona adalah orang yang paling dia tertunggu-tunggukan pujiannya.
"Mm...biasa je. Maybe sebab aku dah biasa pandang kau depan-depan macam ni..."seloroh Arona sengaja mahu menyakat. Ya tak mungkin la dia akan berkata jujur pada Ha-joon. Malu la. Tapi jujur beritahu Ha-joon sentiasa kelihatan kacak tidak kira lelaki ini seorang model atau sahabatnya. Bagi dia Ha-joon tetap istimewa di dalam hati dia. Yang mana dia perlu simpan rahsia ini rapat-rapat.
"Hey....cuba ikhlas sikit kalau nak puji aku tu. Kau ingat senang ke jadi model ni.."
"Ya...ya..Kau Kim Ha Joon yang handsome lagikan segak. Prince of Hallyu Star. Puas hati sekarang?"dengan menyampah Arona beritahu.
" Hahaha...lagi tak ikhlas adalah... "
Enggan memberi komen mengenainya, Arona capai tin minumnya.