🎵.𖥔 ݁ ˖03.🎶๋࣭ ⭑

363 40 2
                                    

๋࣭ ⭑⚝💜INCHEON AIRPORT ✮⋆˙💿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

๋࣭ ⭑⚝💜INCHEON AIRPORT ✮⋆˙💿

Suara sibuk orang berkerumun memenuhi lapangan terbang Incheon pada tengah hari ahad. Para peminat mahupun paparazi ada dimana-mana sekitar Balai Ketibaan. Dari hujung koridor hingga ke belakang, sepanduk mahupun kamera berada di mana-mana. Wajah Kim Ha Joon di atas banner kelihatan di tangan setiap orang yang sedia menunggu dalam barisan.

Pengawal keselamatan juga sudah bersiap siaga di sepanjang laluan yang bakal digunakan oleh selebriti terkenal itu.

Berita mengenai kepulangan lelaki itu telah menyebabkan kekecohan di seluruh bandaraya Incheon itu. Gara-gara mahu melihat lelaki yang diidolakan oleh ramai orang.

"Ramainya orang?"keluh Ji-an Pengurus Artis Syarikat Diamond Agency. Cermin mata hitam yang terpasang pada wajah dinaikkan ke atas kepala kerana mahu melihat lebih jelas ke arah pintu ketibaan. "Macam mana ni?"

"Patut ke saya balik aje?"Arona di samping wanita itu mulai tidak betah berada lama dalam kepadatan para manusia yang berhimpit di situ.

Melotot bulat mata Ji-an mendengar Arona cakap begitu. "Eh...nak ke mana pulak."lengan Arona di pegang. "Kamu tahu tak kalau kamu pergi saya yang dalam masalah."

Kenapa pulak dalam masalah?Arona mengerling ke Ji-an sebelum pandang ke laluan ketibaan semula. Jantung dalam dadanya berdebar sendiri. Dia enggan menemui Ha-joon sekarang. Entah apa yang lelaki tu akan lakukan sekiranya mereka bertemu. Dah la seluruh tempat ini penuh dengan kamera dan paparazi.

"Saya tunggu dalam kereta kalau macam tu."mask diwajah dibetulkan. Risau kalau ada yang mengenali dirinya di situ.

"Jangan la begitu. Tunggu aje sekejap lagi. Tak lama pun. Mereka sudahpun mendarat."Ji-an tunduk menyentuh itu dan ini di skrin telefon.

Baru saja Ji-an beritahu tidak semena suara pekikan dan teriakan mulai menggemuruh suasana seluruh kawasan balai ketibaan itu. Dan orang mula berasak-asakan cuba hendak mendekat.

Arona yang tidak menjangka situasi itu terkebil-kebil bingung setelah tubuhnya ikut di dorong oleh para peminat di situ yang begitu histeris menjerit nama itu.

"KYAAAA!!!!KIM HA JOON!!!!"

"KIM HA JOON~!!!!"

"I love you Kim Ha Joon!"

"Kim Ha Joon tengok kamera sini!!!!"

"Joonie!"

Ji-an yang tersepit antara orang ramai di situ diselamatkan oleh pengawal keselamatan bertugas. Namun apabila wanita sedar itu yang Arona sudah terpisah darinya, dia dengan cemas memalingkan kepala ke arah teman baik artisnya itu.

"Cik Arona!!"panggil Ji-an cuba mendapatkan Arona. Habis la dia kalau Ha-joon tahu mengenai hal ni!

"Ke tepi!Ke tepi!"

"Argghhh!!!"

Arona di sebalik kesibukan itu cuba seimbangkan dirinya dari tumbang, tetapi setiap kali dia cuba dirinya malah didorong kanan dan kiri tidak tentu arah. Hendak putus nafas dia dibuatnya dengan peminat di situ.

"Hei!Ke tepi!Jalan tu tak boleh ke betul-betul!"sentap seorang peminat wanita kepada Arona apabila Arona tanpa sengaja melanggar dirinya.

"Ah-maafkan saya."tunduk Arona terkebil-kebil bingung cuba hendak mengelakkan dirinya berada jauh dalam asakan itu.

Dan di balik kesibukkan itu, berjalannya Kim Ha Joon.

Penampilan ringkas namun menawan hati sesiapa yang melihat itu tenang diiring dengan pengawal keselamatan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Penampilan ringkas namun menawan hati sesiapa yang melihat itu tenang diiring dengan pengawal keselamatan. Lelaki itu sempat melambai tangan dan berjabat tangan para peminat yang dia lewati. Ada juga beberapa surat dari peminat yang dihulurkan kepadanya dia capai.

"Ha-joon..ambil gambar dengan saya.."panggil seorang peminat di samping keramaian situ.

Ha-joon yang dengarpun terus menurut. Dia ambil telefon dari peminat itu lalu mengambil gambar dirinya bersama mereka. Setelah selesai dia lambai dengan senyuman di bibir.

"Mana mereka?"paling Ha-joon kepada Manager Gyu disebelah sewaktu kamera dan tangan berada di depan muka Ha-joon. Keningnya berkerut sedikit.

Manager Gyu menghadang tangan dan orang yang berpusu menghalang laluan mereka untuk keluar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Manager Gyu menghadang tangan dan orang yang berpusu menghalang laluan mereka untuk keluar. "Ji-an kata mereka sudahpun tiba di sini.."

"Ke tepi sedikit semua!Beri laluan!"suara lantang pengawal keselamatan kedengaran sebelum seorang wanita menyertai mereka di sisi.

"Ha-joon!"Ji-an dipimpin dengan pengawal di situ.

Terus berpaling kepala Ha-joon. "Kenapa seorang diri aje?Mana Sweetie?"soalnya kebingungan sambil melihat sekeliling.

"Ada masalah sikit. Kami terpisah. Tapi jangan risau. Saya dah arahkan guard untuk dapatkan Cik Arona nanti. Apa yang penting kamu kena selamat masuk ke kereta dulu."

"Apa yang Cik Ji-an katakan ni?Kan saya pesan awal jagakan dia untuk saya?"

Keadaan di situ mulai tidak terkawal apabila ada peminat yang berjaya melepasi hadangan pengawal keselamatan sebelum menerpa ke arah Ha-joon sebelum memeluknya.

Manager Gyu merangkul belakang bahu Kim Ha-joon sebelum menolak peminat itu dari jauh. "Ayuh lalu ke sini. Kereta sudah siap parkir di situ!"

"Tapi Sweetie dia-"kerut Ha-joon cuba hendak melihat sekeliling tetapi tidak dapat kerana keadaan begitu sibuk. Sehinggala dia selamat masuk ke dalam kenderaannya.

If you know you know

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

If you know you know.

54. My Celebrity BoyfriendWhere stories live. Discover now