🎵.𖥔 ݁10. ˖🎶๋࣭ ⭑

390 40 4
                                    

⭑⚝💜NIAT NAK CONFESS✮⋆˙💿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⭑⚝💜NIAT NAK CONFESS✮⋆˙💿

"Apakah ini?"pandang Taehyun dengan curiga kerana tingkah Hajoon.

"Apa dia?"dengan muka bingung Hajoon pandang Taehyun.

"Dua hari lepas kau ibarat seperti orang ditinggalkan kekasih, sekarang berseri seperti orang hendak berkahwin?Apa yang berlaku dalam satu malam?"

Staf penggambaran musik video berlegar-legar di sekitar kawasan penggambaran dari latar belakang. Ada yang berjalan membawa stand lampu, ada yang membawa peralatan kamera, ada juga yang membawa prop untuk set penggambaran. Kawasan bangunan terbiar itu kedengaran hiruk pikuk dengan suara orang bekerja sewaktu Hajoon dan Taehyun berehat selepas selesai menukar pakaian.

"Aku taktahu apa kau cakapkan.."nafi Hajoon membelek skrin telefon. Jarinya laju menaip pesanan selepas menghantar beberapa gambar selfie kepada Arona.

Ketika itu muncul Daehyun dari treler persalinan dengan set pakaian yang baru dan solekan yang berbeza. "Mengantuknya..."nguapnya semasa berdiri di sebelah Taehyun lalu merangkul lengan itu untuk bersandar padanya.

Taehyun kembali bertanya. "Hey, better kau jujur. Kau ada kekasih ya?"pandangnya ke Hajoon. Rakannya itu sejak tadi asyik dengan telefonnya aje. Habis shooting telefon, sedang make up pun telefon, makan telefon, berehat telefon, sampai kesudahnya telefon. Sibuk sungguh~!

"Mana ada.."jawab Hajoon mendatar.

Barulah Daehyun membuka mata kerana mendengar soalan cepumas itu. "Siapa ada kekasih?"sampuknya ingin tahu. "Ha-joon?"

"Mana ada...kenapa asyik cakap pasal tu?"Hajoon mengeluh letih kepada mereka berdua. Kalau ada pun bukan urusan mereka untuk tahu.

"Kalau macam tu dengan siapa kau mesej sepanjang masa ni?"Taehyun bertanya lagi. "Kau dah lupa ke pasal skandal kau bersama idol group Winter dari ESPA tu?Gara-gara skandal tu kita terpaksa hold concert kita.."

Hajoon menghantar lagi pesanan kepada Arona mengenai rancangan radio dia tidak lama lagi. Dia beritahu yang di rancangan radio itu mereka akan wawancara tentang kehidupan sebelum dia menjadi idol. Dan Arona balas gadis itu tidak berminat untuk dengar kerana sudah tahu apa jawapannya nanti. "Ianya kebetulan aje la. Waktu tu aku dengan Winter ada schedule sama lepas broadcast. Disebabkan kereta manager dia rosak, aku tumpangkan dia. Peminat aje yang buat spekulasi sendiri dengan sebarkan gambar aku dengan dia satu kereta yang aku drive tu.."

"Memang la. itu kata kau. Bukan peminat kau.."balas Taehyun menggeleng kepala.

"Aku nak tahu la. Apa yang buatkan kau begitu obses nak lakukan semua pekerjaan ni?"tiba-tiba Daehyun bertanya. "Idol kau jadi, model kau jadi, pelakon kau jadi, pengacara kau jadi...senang cerita semuanya engkau yang jadi...kenapa?"

Selesai menghantar chat pada Arona, Hajoon pun menurunkan tangannya ke bawah. Dia pandang akan dua orang rakan kumpulannya dengan riak tidak terkata. Kenapa soalan itu kedengaran seperti dia orang yang tamak?

54. My Celebrity BoyfriendWhere stories live. Discover now