Kediaman Keluarga Kim. 2009
⭑⚝💜BERAPA BANYAK✮⋆˙💿
Pintu gerbang rumah agam terbuka ke dalam ketika pembantu rumah bertugas menyambut kepulangan tuan muda mereka pada petang itu. Mereka memberi tundukkan kecil sebaik sahaja remaja lampai beruniform sekolah itu berjalan masuk.
"Selamat pulang tuan muda, selamat datang Cik Ji Eun..."
"Hai Makcik SangHee."sapa Arona semasa berjalan sama di sisi Hajoon ke dalam rumah itu. "Maaf kerana mengganggu."
"Ibu dan ayah dah balik ke?"tanya Hajoon ketika pembantu di situ mula mengambil bekas makanan dan blazer darinya.
"Belum tuan muda. Menurut Tuan Hyung Joon, beliau mungkin akan pulang lewat kerana urusan kerja, sementara Puan Besar baru sahaja keluar jam 2 petang tadi."beritahu Makcik SangHee.
"Kalau macam tu sediakan makan malam seperti biasa ya. Jangan pedas untuk Ji Eun."arah Hajoon bersahaja.
Arona di sebelah membuat muka kerana nada yang dikenakan Hajoon itu. Tidak kira la berapa lama dia berteman dengan Hajoon, dia tetap belum terbiasa dengan sisi Hajoon yang ini. Bukan main lagi lagak Hajoon sebagai tuan muda ya. Mujur la lelaki ini tidak menggunakan intonasi yang sama kepada dia setiap kali mereka luangkan masa. Kalau tidak memang tidak hingin dia berkawan dengan Hajoon ni.
"Terima kasih untuk kerja kerasnya."ucapnya awal-awal.
"Sama-sama Cik Ji Eun.."
Setelah itu mereka berdua menuju ke arah anak tangga untuk ke tingkat atas. Sambil jalan tu, Arona pandang-pandang sekeliling. Ini sudah kali keenam dia menjejak kaki ke rumah singahsana keluarga Kim Hajoon. Ya...si braty ini adalah anak orang berada yang berpengaruh. Bukan setakat ada ibu bapa yang berada, malah datuk nenek serta saudara mara lain juga bukan sebarangan latar belakangnya. Cuma disebabkan Hajoon tidak menunjuk sangat, maka orang lain beranggapan Hajoon ini dari keluarga biasa-biasa. Termasuk la Arona sendiri, dia sendiri tidak tahu Hajoon anak orang kaya sehinggalah Hajoon sendiri yang mengakuinya.
"Kau tak sunyi ke duduk rumah sebesar-besar alam ni sensorang?"borak Arona ketika Hajoon membawanya ke bilik belajar lelaki itu. Awalnya mereka ke situ untuk membuat kerja sekolah bersama. Disebabkan Hajoon enggan pergi ke bilik belajar tempat pelajar lain biasanya study prep, Hajoon mengajak untuk ke rumahnya aje.
"Sebab itu aku ada kau.."beritahu Hajoon semasa membuka pintu.
"Kau ingat aku tak ada kerja lain?Nak menghadap kau 24/7 seharian?Aku pun ada kerja part time yang kena pergi.."ujar Arona sambil menanggalkan beg dari badan lalu ambil tempat atas kerusi meja belajar sebesar meja makan di tengah ruang tersebut.
"Berapa kau-"
"Ah-ah...stop right there. Aku tahu apa kau nak cakap."tegah Arona dengan tegas pada Hajoon.
"Aku belum cakap apa-apa lagi."dengan muka tidak bersalahnya, Hajoon ambil tempat di kerusi bertentangan dengan Arona.
"Kau ingat aku taktahu."cemik Arona menyampah.
"Memangnya apa aku nak tanya pada kau?"
"Kau mesti tanya berapa banyak aku hasilkan dalam jam untuk kerja part time aku tu kan? Kenapa?Kau nak bayarkannya sebagai ganti aku luangkan masa dengan kau?"naik turun mata Arona semasa memandang Hajoon.
"Kenapa?Tak boleh ke?"
"Memang tak boleh la jawabnya. Kau ingat aku ni apa?Suka hati aje. Lagipun duit yang ada dekat kau ni datang dari siapa?"
"Ayah dan ibu aku..."
"Jadi duit tu duit siapa?"
"Ayah dan ibu aku tapi dah jadi milik aku lepas mereka berikannya kepada aku."
"Yalah...tapi duit tu hasil dari siapa?"
"Ibu dan ayah aku..."
"See...kau sendiri tahu mengenai hal tu. Dan sewenangnya kau mahu gunakan duit orang lain untuk kesenangan kau.."tegur Arona menunding jari ke permukaan meja itu tegas-tegas.
"Tak boleh ke?"masih tidak mengerti, Hajoon bertanya dengan riak suci tidak bersalahnya.
"Of course. Ni dengar apa aku cakap. Kita ni kaya ke miskin ke kalau bila mahukan sesuatu perlu usaha sendiri dan gunakan hasil kerja keras sendiri.Bukan menggunakan pengaruh atau kemampuan orang lain. Termasuk la kau...."
Untuk seketika Hajoon terdiam di situ. Memandang Arona dengan renungan dalam dan tidak berkedipnya. "Jadi maksud kau, kalau aku nak beli sesuatu atau dapatkan sesuatu kena dari hasil kerja aku sendiri?Macam kau?Kerja part time untuk bayar tuisyen dan kelas tambahan di akademi walaupun ibu bapa kau mampu bayarkannya untuk kau?"
"Of course. Itu kita namakan sebagai self dependent. Lebih kurang seperti independent, tapi lebih kepada bergantung pada kemampuan diri untuk survive. Belum bebas buat keputusan lagi tapi tidak bergantung harap pada sesiapa. Faham tu?"tambah Arona.
Lantas Hajoon pun tersenyum. "Mm. Aku faham."angguk dia memandang kagum pada Arona. Buatkan dia semakin mahu berkawan lebih lagi dengan gadis ini. Itu bermakna, kalau dia gunakan wang sendiri dan effort sendiri, Arona akan bersama dengan dia lebih lama.
"Bagus. Jom mula belajar. Aku kena masuk kerja jam 5 nanti. Kita ada masa dua jam setengah lagi."beritahu Arona setelah mengeluarkan beberapa buah buku dari begnya.
END OF FLASHBACK
YOU ARE READING
54. My Celebrity Boyfriend
RomanceArona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu. Tapi itula...