๋࣭
⭑⚝💜DINNER DATE✮⋆˙💿
Suasana kedai makan Shabu Hapjeong sibuk pada petang itu. Ramai pelanggan memenuhi meja untuk menikmati daging shabu-shabu yang terkenal di kawasan Universiti Seoul. Kebanyakannya adalah pelajar universiti sendiri. Ada yang datang secara berkumpulan atau jabatan kuliah masing-masing, ada juga yang datang secara berpasangan.
Tidak jauh dari booth meja makan di situ, kelihatan Jinhyuk bersama Arona duduk saling menghadap antara satu sama lain. Asap berkepul naik dari bekas yang mendidihkan kuah di dalamnya di tengah meja mereka.
"Kamu makan pedas ke?"Jinhyuk meletakkan sayuran ke dalam kuah yang sedang mendidih dengan cermat.
"Tak sangat...mild tu kira okay."Arona beritahu sambil perhatikan tangan Jinhyuk bekerja. Setiap kali lelaki itu bergerak, urat di lengan itu timbul nyata. Buatkan Arona teringat. Hajoon bukan seorang yang berotot tapi lelaki itu boleh tahan jugak kuat orangnya.
"Kalau macam tu, kamu makan di bahagian sup sayur ni, yang pedas ni biar saya yang makan."Jinhyuk tunjuk mangkuk berisi kuah yang mendidih pada Arona. Di mangkuk itu terbahagi kepada dua bahagian. Section yang dipisahkan itu pula terisi dengan dua kuah berlainan.
"Terima kasih senior."
Jinhyuk tersenyum. Hatinya berbunga senang kerana Arona memanggil namanya. "Makan yang banyak ya.."pesan dia sambil tu.
"Baik.."Arona capai chopstick dari bekas sebelum mencapai hirisan daging nipis dari pinggan kaca sebelah jag air. Namun belum sempat dia mahu merendam daging ke dalam sup, telefonnya pula berdering.
Dengan hairan Arona meletakkan kembali chopstick ke pinggan sebelum capai telefonnya.
"Kamu nak makan ni?"soal Jinhyuk.
"Mm.."angguk Arona sambil memegang telefonnya.
"Saya rendamkannya..."aju Jinhyuk.
Sambil sentuh skrin telefon untuk menjawab panggilan, sambil tu Arona mengerling akan Jinhyuk. "Thank you.."ujarnya sewaktu menekap telefon ke telinga. "Hello?"
"Di mana kau sekarang?"Hajoon di dalam panggilan.
"Shabu shabu...."
"Hapjeong?"
Masa ini Jinhyuk meletakkan daging yang telah masak ke mangkuk Arona bersertakan dengan beberapa jenis sayur. "Mm...Hapjeong." jawabnya sambil memberi anggukan terima kasih kepada lelaki itu sebelum capai chopstick untuk makan. "Kenapa?"
"Kau tengah makan la sekarang ni?"
"Ya la..."suap Arona daging dan sayur ke dalam mulut. Sedap. Kalau ajak Hajoon buat dekat apartment seronok juga ni. Kalau nak makan dekat luar memang tidak menyempat la.
"Nak minum sekali ke?Saya ambilkan?"aju Jinhyuk ketika bangun mahu mengisi air di dalam bekas minuman mereka.
"Ice lemon tea ya..."beritahu Arona sambil tu.
"Okay."Jinhyuk pun berlalu pergi ke kaunter air.
Sementara di dalam panggilan itu Hajoon mendengarkan semuanya.
"Siapa tu?Kau keluar makan bersama orang lain ke?Bukan Seoyung?"
"Senior aku...dia selalu bantu jabatan aku menjadi model kami.."jujur Arona bercerita. "Dia jugak yang selalu keluar belanja makan budak-budak jabatan fashion designer.."
"Senior lelaki?Berdua??"
Dengusan kecil lepas dari Arona. Kenapa bertanya seakan tidak percaya?Hairan sangat ke sekiranya dia keluar bersama dengan lelaki? "Ya..berdua. Sebab aku tak keluar makan beberapa hari yang lepas masa dia ajak. Jadi gantinya hari ni....kenapa kau tanya?"
"Aku baru aje nak makan dengan kau..."jelas dalam panggilan itu Hajoon merajuk.
"Bila kau selesai kerja?"curi-curi Arona lihat ke jam tangan. Baru masuk 5 petang. Kalau nak makan malam bersama, masih sempat.
"Tak perlu la. Kalau kau dah makan ya tak apa-apa."
"Apa salahnya, makan ni nanti lapar kemudian, boleh je makan lagi. Jadi tak?"balas Arona menyuap lagi makanan ke dalam mulut.
Diam seketika panggilan itu sehinggalah Jinhyuk datang semula dengan minuman. Lelaki itu dengan senang hati tersenyum kepada Arona saat mengambil tempat semula di hadapan Arona.
"Nah...minum.."tuangnya ke dalam cawan Arona.
"Thank you senior..."angguk Arona masih memegang telefon di telinga. Dia menunggu Ha-joon bersuara dalam panggilan tu.
"Fine. Makan la kau situ. Aku takkan ganggu."tidak semena panggilan itu diputuskan.
Kebingungan sendiri Arona pandang skrin telefon dengan kening berkerut. Dah kenapa pulak ni?Tadi kata nak ajak makan sama?Bolehnya putuskan panggilan macam tu aje?
"Siapa?"Jinhyuk bertanya.
"Tak ada siapa-siapa. Kawan aje."balas Arona meletakkan semula telefon di atas meja. Kenapa Ha-joon hendak mengungkit sekiranya mereka berdua keluar makan?Selama ini dia tidak pernah mengungkit sekiranya Ha-joon gagal ke temu janji mereka setiap kali hendak keluar makan. Lagipun Ha-joon itu selebriti. Maka setiap mata tertuju pada lelaki itu. Kalau mereka keluar makan dengan mudah, pasti akan timbul skandal tidak menyenangkan yang boleh mempengaruhi nama baik Ha-joon. Memangnya lelaki tu masih tak faham lagi kenapa dia menolak ajakan lelaki itu?
"Kawan?Siapa?Seoyung?"
Sambil buat muka berserah mengalahnya Arona sekadar mengangguk. Dia enggan menceritakan lebih lanjut mengenai hubungan dia bersama Ha-joon kepada orang lain. "Ya. Seoyung."
"Ohh...okay. Makan la lagi. Jangan risau kalau kamu makan banyak."ujar Jinhyuk meletakkan daging yang siap direndam dalam sup sayur tadi ke dalam mangkuk Arona.
"Baik..."balas Arona perlahan. Namun matanya sempat mengerling ke telefon. Merajuk ke Ha-joon tu? Jangan sampai lelaki tu taknak makan sudah.
YOU ARE READING
54. My Celebrity Boyfriend
RomanceArona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu. Tapi itula...