⭑⚝💜REQUEST✮⋆˙💿
Dengan riak tidak percaya dan perasaan dumbfounded, Arona pandang akan lelaki bertopi dan bertopeng mulut dihadapannya. Kalau bukan mereka berada di dalam kafe, memang sudah membebel jugak dia sekarang ni.
"Apa kau cakap tadi?"soalnya semula kerana apa yang didengarnya tadi.
"Aku nak kau jadi koordinator fesyen aku...apa saja kostum dan pakaian yang aku perlu kenakan, aku nak kau yang buat dan pelankannya untuk aku..."
Rasanya tadi dia tak silap makan ubat atau salah baring tapi kenapa telinga dia tiba-tiba aje bermasalah sampaikan dengar perkara yang tak masuk akal dari kawan baiknya ini. "Kenapa aku?Kau kan ada sponsorship dari pelbagai designer branded?Dan kau ada personal fashion advisor sendiri, kenapa aku?"
"Doesn't it the reason is obvious?Kau sendiri tahu yang aku lebih selesa dengan kau kan..dan kau faham aku lebih baik dari sesiapa."
"Hanya untuk sebab itu aje?"
"Yalah..."
"Untuk sebab itu aje kau nak menyusahkan hidup aku?Kau ingat sketching dan design tu perkara mudah ke?"macam nak siram aje orang depannya ini dengan frappe strawberi dia ni. Mata Arona naik turun tidak puas hati ke Hajoon.
"Aku dah beritahu tentang hal ni pada agensi. Dan mereka dah beri persetujuan. Jadi kau jangan risau, segala pembayaran akan diberikan pada kau selepas semua kostum yang kau hasilkan tu siap..."
"Ini bukan soal duit Hajoon...kau dengar tak apa aku cakap tadi?"sikap menjengkelkan Hajoon ni kan kadang-kadang buatkan dia persoalkan pilihan hidupnya untuk menyukai lelaki ini sehingga sekarang tau. Arona memejam mata seketika cuba hendak mengawal perasaan marah.
"Jadi kau kena ke agensi nanti untuk urusan rasmi."
Dengan laju Arona membuka mata semula. Aih!
"Dia ni kan-"Arona baru hendak membalas namun tidak jadi selepas sedar yang dia takkan menang bila berurusan dengan si bratty dihadapannya ini. Disebabkan Hajoon dilahirkan dalam keluarga silver spoon, maka Hajoon sudah biasa dengan konsep 'segala kehendak dipenuhi tidak kira apa sekalipun yang berlaku', jadi dia tahu apa akan berlaku sekiranya menidakkan keinginan Hajoon yang satu ini.
YOU ARE READING
54. My Celebrity Boyfriend
Roman d'amourArona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu. Tapi itula...