Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
๋࣭ ⭑⚝💜PILIHAN DI TANGAN EDITOR✮⋆˙💿
Beberapa hari kemudian....
Di tengah kesibukan pejabat Dispatch Korea, suasana tegang melanda bilik berita mereka. Di satu sudut bilik, seorang reporter muda, Jin Soo, duduk di hadapan ketua editornya, Mr. Park.
Di atas meja, terhampar gambar-gambar yang baru diterima, menunjukkan Kim Hajoon, seorang selebriti terkenal, sedang berpelukan dengan Arona di sebuah restoran makanan Jepun. Gambar-gambar itu diambil secara rahsia dan memaparkan momen intim yang jelas menunjukkan hubungan mesra antara mereka.
Jin Soo, yang baru beberapa bulan bergelar reporter, sudah seperti ayam tersepit pintu. Berkerut dan dalam dilemma. Dia ingatkan dirinya dipanggil ke pejabat ketua editor adalah kerana lelaki itu ingin memberikan tugasan yang mudah aje, sekali bila sudah diberitahu kecut perut dia pulak.
Terdesak macam mana sekalipun dia, dia takkan berani ambil projek yang berisiko tinggi seperti ini.
Kim Ha Joon.
Nama itu sudah cukup buatkan dia menelan air liur beberapa kali.
"Encik Park, saya tahu berita ini pasti akan menjadi tumpuan ramai, tapi adakah kita benar-benar perlu menerbitkannya? Lagipun gambar-gambar yang di ambil ini pun ditangkap tanpa pengetahuan mereka. Bukan ke kita patut siasat lebih lagi mengenai hal ni sebelum exposed kepada public?"beritahu Jinsoo dengan serius. Yalah, kalau maklumat itu salah, nama dia boleh menjadi cagaran untuk scandal ini. Dia enggan imejnya terjejas sedangkan baru beberapa bulan dia bekerja menjadi reporter.
Mr. Park, seorang lelaki berusia pertengahan lima puluhan dengan rambut yang sudah mulai beruban, memandang Jin Soo dengan renungan sinis.
"Sebab itu kita panggil ianya sebagai scandal. Jinsoo, ini adalah berita hangat. Kim Hajoon adalah seorang selebriti terkenal di negara ini, dan setiap gerak gerinya pasti akan menarik perhatian publis."
"Tapi Encik Park-"
"Jinsoo...kamu kena ingat satu perkara. Kita ni adalah Dispatch Korea. Tugas kita adalah menyampaikan berita penting kepada orang ramai mengenai hal-hal semasa dan isu terkini. walaupun kadang-kadang berita tersebut mungkin tidak menyenangkan untuk individu yang terlibat."jelas Encik Park memintas kata Jinsoo.
Jin Soo menghela nafas berat. "Tapi Encik Park, bagaimana kalau berita ini menyebabkan masalah kepada kita?Kim Ha Joon pasti tidak akan membiarkan isu ini berlanjutan. Dia pasti akan ambil tindakan mengenai artikel ini sekiranya kita terbitkannya. "
Mr. Park mengangkat kening. "Jin Soo, kita mesti ingat bahawa dunia hiburan adalah dunia yang penuh dengan perhatian dan spotlight. Apabila seseorang memilih untuk berada di tengah-tengah pentas awam, mereka juga harus bersedia menghadapi risiko-risiko ni. Lagipun, ini adalah peluang bagi kita untuk mendapatkan publisiti dan keuntungan. Kamu tahu tak betapa banyak pembaca yang akan tertarik dengan artikel ini?"
Jin Soo tidak dapat menahan rasa tidak puas hatinya. "Saya faham mengenai kepentingan publisiti dan keuntungan, tapi adakah tidak ada cara lain untuk mencapai matlamat tersebut tanpa melanggar privasi seseorang? Kita perlu ada integriti dalam kerja kita."
Mr. Park tersenyum sinis. "Integriti? Ini adalah dunia yang kejam, Jin Soo. Kita perlu membuat keputusan berdasarkan realiti, bukan idealisme. Jika kita tidak menerbitkan artikel ini, orang lain akan melakukannya. Dan kita pasti akan kehilangan peluang untuk mengaut keuntungan daripadanya. Dalam industri media ini, perkara-perkara seperti ini adalah perkara biasa."
Jin Soo berfikir sejenak. "Tapi macam mana kalau kita buat pertimbangan berdasarkan perasaan mereka dan cuba cari pendekatan yang lebih beretika? Mungkin kita boleh cuba mendapatkan reaksi mereka secara langsung sebelum memutuskan apa-apa?"
Mr. Park menggelengkan kepala. "Itu mungkin ideal, tetapi kita tidak mempunyai masa untuk pendekatan sedemikian. Berita seperti ini mesti disiarkan segera sebelum pesaing kita melakukannya. Kita sudah mempunyai bahan, dan itulah yang paling penting.Lagipun ini bukan scandal buat Kim Hajoon. Dan sepanjang tempoh tu, dia takpernah kisah apa-apa pun artikel mengenai dia bersama dengan wanita lain. Dan ini adalah salah satu daripada scandal dia yang lain.Jadi Kim Hajoon pasti buat tidak endah mengenai isu terbarunya ini."
Jin Soo berasa tertekan, tetapi dia tahu dia tidak mempunyai banyak pilihan. Dia harus mematuhi arahan dan keputusan yang dibuat oleh ketua editornya. "Baiklah, Encik Park. Jika itu keputusan akhir, saya akan melakukan apa yang diperlukan."
Mr. Park mengangguk kepuasan. "Bagus. Pastikan artikel itu ditulis dengan baik dan disiarkan pada masa yang tepat. Ini adalah peluang besar untuk kita, dan kita tidak boleh melepaskannya begitu sahaja."
Jin Soo keluar dari bilik dengan hati yang berat. Dia memikirkan mengenai Kim Hajoon dan wanita di dalam gambar itu, dan bagaimana berita ini mungkin mempengaruhi kehidupan mereka. Namun, dalam dunia kewartawanan, terutama dalam industri hiburan, sering kali keputusan sukar perlu diambil untuk memajukan karier dan organisasi.
Sambil dia kembali ke mejanya, Jinsoo bertekad untuk menyelesaikan tugasnya sebaik mungkin. Dia tahu bahawa dunia media sering kali berhadapan dengan dilema moral, dan kali ini adalah ujian besar untuknya. Sekalipun dia tidak sepenuhnya bersetuju dengan keputusan tersebut, dia sedar bahawa dia harus terus melangkah ke depan dengan profesionalisme, meskipun hati kecilnya terus berdebat mengenai betapa pentingnya melindungi privasi individu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.