Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
๋࣭ ⭑⚝💜STUDIO✮⋆˙💿
Tiga pasang baju persembahan terpasang di badan mannequin dalam bilik kerjanya. Arona yang bersanggul malas itu tekun memotong kain di atas kaunter kerja sewaktu telefon yang di caj pada wireless port berdering sejak tadi.
Dari awal siang tadi hingga ke petang, Arona sibuk mengerjakan projeknya. Langsung tidak sempat hendak makan mahupun memegang telefon. Disebabkan dateline untuk costume persembahan Ha-joon berbaki empat hari saja lagi, hari-hari dia hanya diisi dengan kelas, bengkel dan studio tempat dia bekerja ini. Selain itu memang tidak bertemu matahari la jawabnya seharian tu.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Brit!
Brit!
Brit!
Sekali lagi deringan telefon memecah kesunyian studio tersebut.
Walaupun begitu ianya tidak membuatkan Arona terkutik apatah lagi berhenti dari meneruskan kerjanya. Tangan berjari kurus itu dengan cekap mengukur dan menanda kain sebelum memotongnya dengan gunting.
Brit!
Brit!
Brit!
"Haish!Seriously!"marah-marah dia angkat kepala. Gunting yang dipegang tadi ikut dihempas pada meja dek hilang sabar dengan bunyi deringan itu. "Memangnya ada apa?!"bebelnya sendiri semasa mendekat ke arah meja kecil sebelah suis plag.
Brit!
Brit!
Telefon itu masih bergetar sewaktu Arona mencapainya. Bila dilihat, jam di skrin menunjukkan waktu sudah masuk 10 malam. Dah lewat begini pun masih ada jugak yang menghubungi dia?Fikirnya semasa melihat log panggilan. Sekali tu berderet-deret contact beremoji 'purple heart' tersenarai.
Brit!
Brit!
Panggilan masuk.
Tidak berlengah, Arona menyentuh butang hijau. Menjawab panggilan itu.
"Kenapa?Ada apa?"sambutnya kembali mendekati mesin jahit. Arona mengambil tempat di kerusi.
"Di mana kau?"grumpy saja suara dalam panggilan itu.
Untuk seketika Arona diam termenung memandang kain yang perlu dijahitnya sebentar lagi. Kim Ha Joon lagi!Tak boleh ke lelaki ini biarkan dia seketika tanpa memikirkan soal lelaki ini dalam sehari tu?"Kenapa kau call aku?"
Bunyi orang menarik nafas dengan dalam kedengaran tidak lama kemudian. "Kenapa kau asyik mengelak setiap kali aku bertanya keberadaan kau?Memangnya susah sangat ke nak jawab?Aku bukan tanya nombor sekuriti kau atau akaun bank kau...beritahu aje pun susah."rungut Ha-joon.
Tahupun nak marah. Habis perasaan dia ni bila ditinggalkan lagikan diabaikan tiada siapa pula yang bertanya khabarnya? Dia pun marah. Sedih. Frust dan penat. Bawah bibir digigit. Arona berkira-kira samaada mahu memberitahu Ha-joon dimana dia berada ataupun tidak. Kalau dia beritahu, Ha-joon akan menemui dia. Dan kalau Ha-joon menemui dia, dia mahukan Ha-joon bersama dengannya dengan lama. Sementara kalau dia tidak memberitahu Ha-joon dimana dia sekarang, lelaki ini akan merajuk dan menangis pula. Dia yang susah kerana perlu memujuk Ha-joon.
"Sweetie...talk to me."rayu Ha-joon dalam panggilan.
"Studio.."
"Apa dia?"
Dengan erat Arona mencengkam telefon di dalam tangan. "Aku ada dekat studio Yeongdeungpo."berkerut kening dia kerana bergelut dengan perasaan sendiri tika ini.
Sambil membuat muka, Arona tenung skrin telefonnya sebelum dicampak dengan marah ke atas timbunan kain. Geram pulak dia menghadap Ha-joon ni. Bila perlu aje la di cari, kalau tak perlu, lelaki tu tenggelam dalam dunia selebritinya.Ingat dia ni apa?Tempat persinggahan sementara ke?
Bunyi mesin jahit mulai kedengaran tidak lama selepas itu. Hanya bertemankan lampu night stand di tepi mesin jahit, Arona sedikit demi sedikit membentuk pakaiannya. dari lengan baju, ke kolar sebelah memasang badan baju pula.
Tika jam sudah masuk 11 malam baru la bunyi passcode pintu di punch in pula yang berkumandang dalam keheningan studio itu.
Beep!
Beep!
Beep~~~
Click!
Pintu terbuka lalu diikuti dengan seseorang berhoodie tutup litup dan masked hitam berjalan masuk ke situ. Ha-joon menurunkan hood sweater ke bahu sebelum mengangkat kepalanya memandang ruang studio.
Tiada suara mahupun bunyi, tetapi cahaya lampu masih hidup.
Perlahan-lahan Ha-joon atur langkahnya sambil itu dia menjengah kepala ke balik dinding sebelah laluan masuk. Mana pulak Arona ni?Dah balik ke? Senyap aje...tiada suara.
Clank!
Tak disengajakan kaki Ha-joon terlanggar kotak berisi peralatan menjahit di tepi lantai itu. Tertunduk dia pandang ke bawah kerana terkejut. Bahaya betul!Kalau salah tengok ni mahunya tersungkur tadi. Omelnya di dalam hati tetapi kemudiannya dia membongkok lalu meletakkan kotak itu jauh dari menghadang laluan.
Sekali apabila Ha-joon kembali memandang ke depan, dia disapa dengan pemandangan dimana Arona sedang tertidur dalam keadaan duduk di bean bag. Bersebelahan dengan itu tersusun kemas tiga mannequin yang telah lengkap sempurna jahitan bajunya.
Seakan Arona tahu akan kehadiran Ha-joon di situ, dia terkutik dari lenanya ketika bergerak hendak mengubah kedudukan di bean beg.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.