🎵.𖥔36.݁ ˖🎶๋࣭ ⭑

262 31 0
                                    

๋࣭ ⭑⚝💜GOSSIP ✮⋆˙💿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

๋࣭ ⭑⚝💜GOSSIP ✮⋆˙💿

Bengkel Kerja Pelajar Jurusan Fashion Designer

Bengkel ini adalah ruang yang luas dan cerah dengan pencahayaan alami dari tingkap besar di sebelah kiri. Dinding bengkel dipenuhi dengan papan pengumuman, poster tentang fesyen, dan beberapa karya seni berbingkai yang dipamerkan. Lantai diperbuat daripada kayu dan diletakkan dengan beberapa karpet berbulu untuk keselesaan semasa duduk di atas lantai.

Meja kerja yang besar terletak di tengah-tengah bengkel, dilapisi dengan kain putih dan dilengkapi dengan pelbagai alat jahitan, seperti mesin jahit, gunting, dan jarum. Terdapat beberapa pemotong fabrik dan pelbagai jenis benang yang disusun rapi di atas meja. Meja ini juga dipenuhi dengan kertas pola, sketsa rekaan, dan beberapa buku rujukan fesyen.

Di sudut ruangan, terdapat rak penyimpanan tinggi yang penuh dengan pelbagai jenis fabrik-dari kain satin berkilat hingga denim kasar. Beberapa rekaan pakaian dan aksesori yang belum siap dipamerkan di atas mannequins yang diletakkan di sekitar ruang.

Arona dan Seoyung berada di meja kerja utama, sibuk dengan rekaan mereka. Arona, dengan rambut digulung dalam bun yang kemas, sedang memotong kain dengan berhati-hati menggunakan gunting besar. Di hadapannya terdapat beberapa pola rekaan dan sketsa yang direka awal sebelumnya. Seoyung, di sisi Arona, sedang mengatur benang dan memeriksa mesin jahit, dengan fokus.

Sambil Seoyung memasang benang pada mesin jahit dia bersuara. "Arona, kau dah siap dengan sketching tu? Aku rasa warna yang kau pilih untuk baju tu memang sesuai dengan tema musim kali ni."

Arona membalas tanpa mengangkat kepala, masih fokus memotong kain. "Belum lagi. Aku baru nak mulakan bahagian depan baju. Tapi, aku setuju dengan kau, warna ni memang betul-betul matching dengan mood yang aku nak."

Kawasan sekitar meja Arona dan Seoyung penuh dengan suasana sibuk dan kreativiti. Di sudut meja, terdapat beberapa cawan kopi dan bekas makanan ringan, tanda-tanda kesibukan dan kekurangan waktu. Di dinding sebelah kanan, ada beberapa papan ilham (mood boards) yang menampilkan kombinasi warna, tekstur, dan gaya fesyen yang menjadi trend sebagai rujukan. .

Di hujung ruangan, terdapat ruang rehat kecil dengan beberapa kerusi empuk dan meja kopi. Ruang ini jarang digunakan tetapi menjadi tempat yang selesa bagi pelajar untuk berehat atau berbincang tentang projek mereka.

Suasana bengkel pada tengah hari itu sibuk tetapi produktif, dengan bunyi mesin jahit yang berselang-seli dengan perbualan pelajar. Aroma kain dan bahan jahitan memenuhi udara. Kadang-kadang, pelajar lain akan melintas membawa fabrik atau bertanya pendapat tentang rekaan mereka. Keceriaan dan semangat fesyen jelas terasa di seluruh ruang, walaupun sesekali terganggu dengan gosip atau berita terkini dari dunia luar.

Ketika Arona dan Seoyung berbincang mengenai rekaan, Seoyung secara tiba-tiba menyebut tentang gosip terbaru mengenai Kim Ha Joon, yang menyebabkan Arona terkejut dan kelihatan sedikit terganggu. Seoyung, yang langsung tidak menyedari reaksi Arona, terus berbicara tentang berita gosip tersebut.

Seoyung sendiri berada di tengah-tengah kumpulan, tangannya sibuk merapikan nota-nota kursus sambil telinganya peka dengan setiap percakapan di sekelilingnya.

"Tak sangka Kim Ha Joon boleh terjebak lagi dalam skandal dating kan."

"Apa yang nak dihairankan?"

"Memang la sebelum ni ada aje skandal dia dengan artis lain, tapi kes kali ni agak serius." kata Sumi, salah seorang rakan kuliah Seoyung, sambil melontarkan pandangannya ke arah skrin telefon pintar. "Sebelum ni sasaeng yang buat spekulasi dan media cuma buat artikel tanpa gambar. Tapi kali ni, gambar-gambar tu jelas menunjukkan Hajoon berpelukan. Kita sendiri boleh tengok gambar berpelukan tu nampak real dan bukan edit."

Kumpulan itu kelihatan begitu teruja dengan berita tersebut. Beberapa orang sedang membelek gambar-gambar dari pelbagai sudut, membincangkan kemungkinan punca skandal tersebut.

Arona yang terlibat dalam perbualan, merasa tidak selesa di dalam hatinya sejak perbualan itu bermula. Masakan tidak dia rasa tidak selesa, dah orang yang mereka gosip kan sekarang adalah mengenai dirinya.

"Aku pun terkejut jugak. First time aku tengok muka Hajoon dengan jelas. Biasanya blur aje dalam gambar kan...apa yang pasti dia orang memang ada something." kata Minho dengan nada bersahaja. "Dan sekarang, Kim Ha Joon terpaksa menangguhkan semua jadual kerjanya, termasuk konsert bersama XOS. For sure peminat mereka tak puas hati."

Seoyung mengangguk perlahan.

Di sudut bilik, Arona duduk dengan wajah yang suram,biasanya dia akan ikut serta tetapi hari ini dia tidak menyertai perbualan yang penuh dengan gosip mengenai Hajoon. Serba salah dia memikirkannya.

Seoyung melihat Arona dan dapat merasakan Arona seakan sedang terganggu melalui kerutan di kening itu.

"Kenapa Arona? Kau nampak macam tak okay je," Seoyung bertanya sambil mendekati Arona.

Arona menghela nafas panjang. "Tak ada apa-apa. Aku cuma tengah fikir tentang projek aku ni aje.."Mana dia nak okay kalau Kim Ha Joon yang terpaksa tanggung semuanya sendirian. Gara-gara gambar mereka berdua berpelukan, urusan Hajoon tergendala. Yang hairannya identiti dia langsung tidak terdedah. Dia ingatkan dirinya yang akan ditimpa masalah selepas skandal ini terdedah pada umum pada awalnya. Sekali tu, bukan. Sebaliknya Hajoon yang dalam masalah bukannya dia.

Seoyung terdiam sejenak. "Kau sure?"

"Mm."

Arona tunduk memandang kertas sketching dengan kening berkerut. Dia mahu menemui Hajoon, tapi khuatir pula sekiranya dia memburukkan lagi keadaan. Itu yang ditahan-tahan aje keinginannya ini.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
54. My Celebrity BoyfriendWhere stories live. Discover now