Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
🔮 ₊˚🪻URGENCY BECOMES EMERGENCY ✧˖°₊.🔮
Sambil berlari anak merentasi laluan pejalan kaki di kawasan tasik menghadap padang utama kawasan Dongdaemun Design Plaza,sambil itu Arona mengerling jam di tangan. Sebenarnya dia sudah lewat sejam dari waktu pertemuan mereka. Itu yang berlari bagai nak apa dalam keadaan berkasut tinggi begini. Kalau bukan kerana ada kerja yang dia perlu selesai di bengkel mungkin sempat untuk dia tiba ke situ dalam masa yang dijanjikan.
Semangat Arona juga berkobar-kobar. Sampaikan dia sanggup beli baju baru dan berdandan lebih dari kebiasaanya semata untuk Hajoon. Ini kerana dia benar-benar mahu meluangkan masa bersama cinta pertamanya itu. Sudah lama mereka tidak keluar bersama seperti ini. Jadi dia mahu gunakan peluang yang ada sebaik mungkin.
Biasanya Arona yang menunggu Hajoon. Namun kini giliran Hajoon pula yang terpaksa menunggu. Risau Arona sepanjang perjalanan itu kerana membiarkan Hajoon menunggu lama.
Huf!
Huf!
Huff!
Tidak berhenti berlari sejak keluar teksi hingga masuk ke kawasan itu, Arona meliar cari sekeliling kelibat Hajoon. Katanya, lelaki itu telah pun tiba di hadapan sebuah mercu tanda di hadapan plaza. Jadi tanpa membuang masa lekas-lekas dia hendak ke sana.
Sepanjang perjalanan tadi, Arona tidak henti-henti berdoa supaya Hajoon selamat dan tidak ditemui oleh para peminat lelaki itu. Bukan apa...peminat Hajoon ini saling tidak ubah seperti gladiator di dalam Colosseum. Risau aje Hajoon yang peramah itu diasak dengan para peminat.
Brit!
Brit!
Telefon dalam tangan tiba-tiba bergetar.
Sambil berlari, sambil tu Arona buka phone dan melihat skrin.
'Emoji Purple Heart' tertera di situ.
Perasaan teruja terus berombak di dalam dada. Arona sudah tersenyum sampai ke telinga.
"Hello?"
"Kau di mana?"Hajoon dalam panggil bertanya.
"Aku ada-"
"Jangan datang.."suara Hajoon menegah terus mematikan langkah Arona. Gadis itu berhenti dari berlari dengan mendadak.
"Apa dia?"
"Jangan datang sekarang..."
"Apa maks-"belum sempat Arona mahu menghabiskan kata-kata, Arona pandang terkejut ke suatu arah dimana terdapat sekumpulan manusia yang ramai sedang berkumpul mengelilingi sesuatu. Atau lebih tepat lagi SESEORANG.
Dengan sakit, jantung di dalam dadanya pun berdenyut kuat.
Takkan la...
Sekali lagi?
Wajah Arona bungkam.
No wonder la kenapa hati dia berasa tidak enak sepanjang masa tadi.
Lemah longlai dia berdiri. Nafasnya naik turun tiada tenaga.
Untuk kesekian kalinya. Bahu Arona jatuh hilang semangat. Bawah bibir di gigit sebak. Kening berkerut. Renungan mata terkilan. Telefon yang dipegangnya itu jatuh turun ke bawah.
Kenapa la dia lewat datang ke mari.
Dari jauh lagi Arona boleh mendengar suara teriakan teruja para peminat memanggil nama Kim Ha Joon. Sepertinya lelaki itu sudahpun ketahuan.
Hah~~
This is so unfair.
Masih berdiri kejung di situ, Arona perhatikan Kim Ha Joon yang ada dalam kerumunan manusia di tengah kawasan lapang itu.
Speechless.
Terkilan.
Kesal.
Fed up.
Itu perasaan yang dirasai.
Matanya berkaca. Dia begitu marah dan kecewa hingga buatkan dia hendak tertawa menyaksikan situasi ni. Dia bencikan diri sendiri sebab membiarkan hal ni terjadi.
Yalah...apa yang dia nak harapkan. Kim Ha Joon adalah Kim Ha Joon. Tak kira apa yang dia lakukan, keutamaan Hajoon adalah imejnya dulu.
Dalam-dalam Arona menarik nafas sebelum mengangkat telefon semula naik ke muka. Dia ke senarai contact.
Manager Gyu.
Toot!
Toot!
Toot!
Toot!
"Ya?"sapa lelaki itu dalam panggilan.
"Tolong Hajoon.."beritahu Arona. "Sepertinya dia terperangkap dengan para peminatnya semasa keluar.."sengih Arona sewaktu air mata mengalir turun ke pipi. Kenapa tak pernah sekali pelan mereka berjalan dengan normal?
"Hah?Bagaimana boleh berlaku?"cemas tidak semena Manager Gyu dalam panggilan tu.
"Kami sepatutnya berjumpa di Dongdaemun Design Plaza. Tapi saya terlewat...jadi Hajoon end up di temui dengan peminat dia di situ.."jelas Arona.
"Kamu ada bersama?"
"Tak...saya belum sempat bertemu Hajoon lagi. Tapi dia sepertinya betul-betul dalam masalah. Sebaiknya manager datang segera ke sini."
"Baiklah kalau begitu saya ke sana sekarang.."
Dan Arona pun memutuskan panggilan tidak lama kemudian. Tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Dia dapat melihat Hajoon seronok bertukar telefon semasa bergambar dengan para peminat di situ. Ada juga yang mahu mendapatkan tandangan lelaki itu sekali. Lelaki mahupun perempuan.
Cemburu.
Kalau dulu dia belum terbiasa, memang akan sentiasa merajuk tidak tentu hala. Lagi-lagi semasa Hajoon pertama kali debut menjadi idol. Populariti lelaki itu mencanak naik seperti barang limited edition.
Sampai di satu tahap Arona block Hajoon dari senarai contact. Ada masa tu dia tidak mahu menemui Hajoon lagi kerana berasa cemburu dan iri hati melihat Hajoon begitu hanyut dan sibuk dalam dunia selebriti lelaki itu.
Namun selepas seiring dengan waktu dan meningkatnya usia, Arona telah belajar. Bersama dengan seorang artis bukan hal yang mudah. Tiada yang normal lagi untuk dilakukan seperti biasa. Sejak itu Arona belajar untuk didik hati sendiri supaya sedar diri. Didik hati supaya mengundurkan diri tiga langkah ke belakang.
Yang dia...seperti ribuan peminat di luar sana. Ada namun tidak diperlukan.
Dengan perasaan kecewanya, Arona berpaling pergi dari situ. Berat kaki mengatur langkah. Kepala tertunduk ke bawah.
Rasanya boleh refund tak dress yang dia pakai ni?
Sayang pulak nak bersihkan make up yang dia ambil masa untuk dandankan ni.
Mungkin dia patut dating sendirian. Itu lebih baik kan?
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.