๋࣭ ⭑⚝💜SUNBAE JINHYUK ✮⋆˙💿
"Rona..."suara lelaki memanggil dari belakang.
Arona yang sedang berdiri dihadapan mesin air pantas memalingkan kepala. Beberapa meter dari situ beraraknya seorang lelaki lampai menuju ke arahnya. "Ohh..Senior Jinhyuk. Hello..."sapanya memberi tundukkan kecil kepada lelaki beza satu semester dia walaupun mereka seusia.
Dengan ceria lelaki dari Jabatan Seni Model dan Creative itu berdiri di samping Arona. Kedua belah tangannya di dalam poket jaket varsiti universiti. Jelas tertera nama "Hari ni kamu sibuk ke Rona?"
Kening kanan Arona berjungkit sebelah kanan. "Kenapa?Senior perlukan bantuan saya ke?"
Lee Jinhyuk, 25 menggeleng kepala. "Bukan. Saya cuma nak tahu sekiranya kamu ada waktu lapang..."sengihnya menaikkan lagi seri wajah kacak itu.
Sambil tunduk mengambil tin minuman dari bawah laci di mesin air, Arona berkata. "Bergantung pada hari apa yang senior maksudkan. Sebab saya sendiri tak boleh nak beritahu dengan pasti..."
"Kalau begitu, kamu free pada petang ini?Saya ada tahu sebuah restoran malatang yang sedap."
Hah? "Senior nak ajak makan dengan saya ke?"Arona tersenyum nipis kerana segan dibuat tatapan Jinhyuk kepadanya. Lelaki ini sering menatapnya dengan dalam seakan boleh menembusi akal fikiran dia.
"Kenapa?Tak boleh ke?Kamu tak mahu?"
"Tak ada la. Saya tanya aje."
"Yalah...hari tu masa after class party kamu tak hadir. Saya belanja semua orang. Kecuali kamu."
Sambil menyelak anak rambut ke belakang telinga, Arona membetulkan pelukkan pada laptop di dadanya. "Saya tak apa-apa. Lagipun senior dah banyak kali belanja."
"Jadi kamu taknak?"
Arona tahu yang Jinhyuk meminati dirinya sejak awal. Dan Arona sudahpun menolak lelaki ini dengan cara baik. Tapi itu la. Lee Jinhyuk di hadapannya ini masih jugak nekad hendak mengejar cintanya. Sampaikan Arona tidak dapat mengatakan apa-apa lagi. Kening Arona berkerut serba salah sewaktu tersenyum kekok.
"Petang ni ke?"
"Ya. Sebab saya ada kelas sehingga jam 4 petang."naik tulang pipi Jinhyuk sewaktu teruja mendengar respon dari Arona.
Mahu tak mahu Arona pun mengangguk kepala. Kalau dia menolak semakin galak lelaki ini akan mendesak. Harap-harap selepas ini Jinhyuk berhenti mencari dirinya.
YOU ARE READING
54. My Celebrity Boyfriend
Roman d'amourArona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu. Tapi itula...