๋࣭ ⭑⚝💜COUPLE PROPOSAL✮⋆˙💿
Sebuah gambar berbingkai besar dengan wajah Kim Ha Joon berada di dinding utama ruang tamu. Di hadapannya sebuah tv plasma bersaiz gergasi menayangkan siaran Single Inferno musim 3. Dari kanan kabinet, terdapat sebuah almari dimana piala dan plak penghargaan berderet tersusun kemas di dalamnya. Bawah rak almari itu tersusun lagi naskah drama dan movie yang pernah di lakon oleh Kim Ha Joon.
Sementara di dinding sebelah kiri pula terdapatnya almari berkaca dimana gambar sewaktu Kim Ha Joon kecil hingga dewasa. Dari gambar keluarga, ibu bapa, rakan sekolah rendah dan sekolah menengah, gambar graduasi sekolah menengah dan universiti, momen ketika keluar melancong dan beberapa bingkai gambar dimana Kim Ha Joon dan Arona luangkan masa berdua dari usia 16 tahun sehingga la gambar terbaru mereka iaitu ketika Hajoon menyambut hari lahirnya bersama Arona di apartment baru Hajoon.
Jam di dinding masuk 9 malam selepas Kim Ha Joon dan Arona Sweet selesai dengan makan malam mereka.
Sambil duduk menikmati potongan tembikai, Arona melihat skrin televisyen sementara Kim Ha Joon sedang melunjur kaki di sebelah dengan cermin mata di muka. Naskah skrip drama lakonan terbuka atas riba lelaki itu.
Sedang dia mendengar perbualan peserta siaran tv Arona tergerak hati hendak melirik ke sebelahnya. Sekali bila dia kerling, Hajoon masih sedang tekun terkumat-kamit menghafal skrip. Lelaki itu sedang memandang ke satu arah dengan tangan bersilang di dada. Melihat betapa seriusnya Hajoon, Arona terkutik hendak menopang kepala dengan tangan yang disikukan atas sofa itu. Menghadapkan badannya ke Hajoon.
Kalau side profile saja sudah kelihatan kacak, inikan lagi berhadapan. Kalau suara sudah sedap di dengar inikan lagi kalau dengar Hajoon bercakap.
Tapi sayang, walaupun dekat namun jauh.
"Hey, boleh kita bercakap sekejap?"tegur Arona.
Hajoon mengangkat kepala dari bacaan skripnya. "Tentang apa?"
"Aku cuma nak jelaskan sesuatu."
Hajoon mengangguk. "Okay, apa dia tu?"
"Tak ada la...siang tadi. Masa kau call...kenapa kau putuskan panggilan macam tu aje?Kau marah ke?"
Buku skripnya di tutup. "Oh ya...pasal tu. Kau rasa kenapa?"sambil itu Hajoon menanggalkan cermin mata dari muka.
"Sebab aku keluar dengan senior kampus aku?"duga Arona.
Terus Hajoon capai potongan tembikai dari mangkuk atas riba Arona lalu disuap ke mulut. "Kau dah tahu kenapa masih ditanya lagi.."
"Kenapa kau marah?Sebab jelous?"
"Kalau bukan jealous sebab apa?Suka,macam tu?"Hajoon berdengus tak percaya. Kalau dia tak cemburu takkan la dia gembira pulak bila Arona bersama dengan lelaki lain!
YOU ARE READING
54. My Celebrity Boyfriend
RomanceArona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu. Tapi itula...