Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
๋࣭ ⭑⚝💜 BOY GROUP XOS✮⋆˙💿
"Berikut ialah penama untuk tempat pertama pada K-Chart. 'Eleven' dari EVE dan 'Fatal Double' dari XOS. Siapa yang akan mendapat tempat pertama di K-Chart minggu ini?"
Suara pengacara dari skrin televisyen memenuhi ruang menunggu kumpulan idol lelaki XOS. Lima ahli kumpulan tersebut berkumpul di hadapan televisyen dengan reaksi masing-masing. Perasaan berdebar yang dirasai oleh mereka telah menghilangkan rasa bahang dan panas seusai membuat persembahan di atas pentas sebentar tadi.
Semakin rancak lagu background dimainkan,semakin rancak jantung berdebar menanti pengumuman.
Seorang berdiri sambil mencekak pinggang sebelah tangan sementara sebelah lagi memegang portable fan depan muka. Dua lagi duduk di kerusi sambil mengesat peluh dengan tisu. Ada yang sekadar duduk dengan nafas naik turun dan wajah kemerahan kerana lelah. Seorang lagi sedang diapit dengan dua orang staf kerana hendak menanggalkan peralatan yang terpasang di badan ketika itu. Ketika semua orang menunggu keputusan, hanya seorang sahaja yang kelihatan tidak berminat untuk mendengar pencalonan juara tersebut.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Bersama kening berkerut, Ha-joon tunduk memandang skrin telefon. Jarinya sudah berkali-kali refresh scroll akan bubble chat yang dihantar kepada Arona. Berderet pesanan telah dihantar kepada sahabat baiknya itu. Namun tidak satupun yang dibalas. Ianya mengundang gelisah pada Ha-joon.
"Pemenang pada minggu ini adalah XOS!Taniah diucapkan buat kumpulan hot comeback bulan ini kerana telah memenangi tiga kali tempat pertama berturut-turut!"suara pengacara waktu itu hanya di dengar tak dengar saja dengan Ha-joon.
Meledak meriah suasana di situ dengan suara hiruk pikuk sorakkan ahli kumpulan XOS sebaik pengumuman dibuat.
"Woohhoooo!Kita menang lagi!"
"Hahahah....!"
Tepukan tangan berselang seli kedengaran.
"Hah!Lega sikit...ingatkan kita takkan dapat pertahankan kedudukan tempat pertama minggu kali ni!"
"Ha-joon!Kumpulan kita menang!!"tubuh Ha-joon digoncang keterujaan.
Ahli kumpulan XOS dan staf yang ada di dalam ruangan menunggu itu bersorak gembira dengan berita itu. Namun ianya tidak cukup untuk menggembirakan hati Ha-joon yang tidak tenang sejak beberapa hari yang lalu. Sejak dia pulang dari Pulau Jeju ke Seoul. Ha-joon tidak dapat menghubungi Arona seperti biasa.
Gadis itu seakan memulaukan dirinya tanpa khabar berita.
"Ha...bagus la..."Ha-joon sekadar melambai kepada mereka dengan senyuman terpaksa sebelum kembali memandang skrin telefon dia. Hujung ibu jari kiri digigit resah. Mana Arona ni?Kenapa tak angkat call dia?Mesej dia pun tidak dibaca inikan lagi di balas!
"Manager Gyu, malam ni belanja makan dekat Samgyeopsal Samba!"minta Tae-hyun. Leader XOS, 26 tahun.
"Leader yang decide tempat makan, biar kami yang decide menu apa."Seo-joon, Rapper, 24 tahun.
"Nak makan Bulgogi boleh tak?"Daehyun, Maknae 19 tahun.
"Ha-joon nak makan sekali tak?Hari ni kau tak jamah apa-apa kan?"JiHo, Main Dancer, 25 tahun.
Semua di situ memandang tepat ke arah Ha-joon apabila tiada balasan dari lelaki itu. Terus senyap keadaan di situ.
"Kim Ha-joon."panggil Tae-hyun.
Kepala itupun tersentak ke depan. Bila Ha-joon melilau lihat sekelilingnya dia dapati semua orang sedang memandangnya. "Kenapa?"
"Kau dengar tak kita orang cakap apa tadi?"JiHo berdengus kecil tak percaya.
Ha-joon sekadar menjungkit kening tinggi. "Hah?"bingungnya lagi.
"Apa kena dengan Ha-joon hari ni?Masa dry practice tadi pun banyak buat silap. Belum lagi dengan terlupa liriknya. Sekarang tak dengar apa orang cakap pulak. Ha-joon okay tak?"Seo-joon membuat muka funny semasa berkata. Jarang sungguh dia melihat tingkah tidak keruan ahli kumpulannya yang seorang ini.
Manager Gyu yang mengetahui rahsia Ha-joon itupun terus menepuk tangan. "Dah. Dah...biarkan Ha-joon sendirian.Apakata mari kita wrap up dan berkemas sekarang. Kemudian gerak ke restoran."soraknya.
"Nice!!Let's go!!"
"YEAY!!!"terus hilang tumpuan mereka semua dari terus fokus pada Ha-joon.
Masih tenggelam dengan perasaan susah hatinya, Kim Ha-joon di kerusi itu menopang pipi kanan memandang skrin telefon. Kalau bukan kerana kesibukkan kerjanya, dia pasti sudah menemui Arona. Tapi sejak pulang sehingga sekarang, dia tidak sempat hendak keluar mana-mana. Apatah lagi berjumpa Arona.
"Ha-joon!"sergah Manager Gyu tiba-tiba di sebelah.
"Huh?"sentak Ha-joon mendongak ke tepi. "Ya. Ada apa?"
"Kamu nak ikut sekali?"
Kening Ha-joon mencerlung.Dalam keadaan begini, mana mungkin la dia ada mood untuk berparti. "Kalau saya tak pergi boleh tak?"bisiknya di depan muka Manager Gyu.
"Kamu pasti?"
Ha-joon mengangguk kepala. "Bayarkan makanan mereka guna kad saya aje sebagai tanda maaf."
"Kalau macam tu, kamu nak drive sendiri?"Manager Gyu bertanya lagi. Sebab dia tahu apa yang ada Ha-joon inginkan sekarang ini. Jadi untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan sebaiknya dia lepaskan artis dia yang seorang ini sendirian buat sementara waktu.
"Boleh ke?"
"Nanti saya beritahu mereka. Kamu boleh keluar sendiri."senyum Manager Gyu.
"Terima kasih Manager Gyu.."senyum Ha-joon dengan berterima kasih.
Beredar saja Manager Gyu dari situ, Ha-joon Dail nombor Arona. Cuba menghubungi gadis itu sekali lagi.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.