🎵.𖥔 ݁ 29.˖🎶๋࣭ ⭑

279 30 1
                                    

๋࣭ ⭑⚝💜SHUTTER LENSA✮⋆˙💿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

๋࣭ ⭑⚝💜SHUTTER LENSA✮⋆˙💿

Sepulangnya Hajoon dari agensi, dia balik ke apartment. Disebabkan esok dia tiada jadual untuk dihadiri pada awal pagi kecuali pada waktu petang, dia merancang untuk keluar makan bersama Arona. Jadi sampai saja di apartment, dia terus mandi dan menukar pakaian yang selesa. Sebelum itu, sempat dia hantar pesanan kepada Arona untuk bersiap awal semasa dia dalam perjalanan hendak ke hostel Arona.

Ringkas mengenakan t-shirt vacation dan snapback hitam, Hajoon memandu terus ke hostel Arona. Dan pada masa dia tiba di hadapan pintu masuk hostel, jam sudah masuk 9 malam. Arona pula sudah berdiri menunggu.

Bersama senyuman di wajah letihnya, Hajoon perhatikan Arona duduk di seat sebelahnya.

"Hai, Sweetie."

"Hei..."Sapa Arona sambil mengenakan seatbelt.

"Lama kau tunggu aku tadi? "senyum Hajoon memandu keluar dari kawasan hostel ke jalan raya.

" Ada la 2 ke 3 minit macam tu. "

" Masa aku call tadi, kau dah nak tidur ke? "

"Tak ada la..Tengah siapkan sketching tadi..."Arona beritahu semasa membongkok ke belakang seat. "Kita nak makan dekat mana?Aku tak bawa mask la.."dia capai beg Hajoon di seat belakang. Risau pulak.

"Tadi aku dah call restoran makanan Jepun kegemaran kau untuk reservation. Jadi kita boleh makan dekat situ memandangkan dia orang ada bilik persendirian. Boleh la kita makan dekat situ tanpa cover up."jelas Hajoon yang faham apa yang difikirkan oleh Arona ketika itu.

"Oh really...okay la kalau macam tu."tidak jadi hendak mengambil mask dari beg Hajoon, Arona kembali meletakkan beg tadi ke seat belakang. Lega dia bila dengar.

"Sorry Sweetie aku tak sempat belikan bunga. Aku rushing ke sini sebab takut kita lewat..."

"It's okay. Bunga dua hari semalam pun belum layu lagi...kalau kau berikan bunga baru, mana aku nak letak semua bunga-bunga tu nanti...lagipun kau pun busy hari ni kan?"Arona pandang tepi wajah Hajoon untuk seketika. "Kau call aku masa kau baru balik ke tadi?"kesian sebenarnya bila dia lihat Hajoon. Kepadatan jadual Hajoon buatkan Hajoon tiada ruang hendak berehat. Nak diselangkan lagi untuk meluangkan masa bersama dia pula tu. Lagi la penat jawabnya...

"Mm. Hari ni practice habis lambat sebab Taehyun nakkan hasil yang sempurna jadi kita orang end up berlatih sampai lewat." kereta yang dipandu Hajoon berhenti di lampu merah. Dia bersandar letih ke belakang. Betapa mengantuk dan lesu dirasakan, kalau ikutkan hati mahu aje dia rehat. Tapi mengenangkan dia tak dapat bertemu Arona untuk beberapa hari kerana konsertnya dia gagahkan jugak diri ini semata mahu meluangkan masa bersamanya.

Tidak mengatakan apa-apa Arona diam di sebelah. Sebenarnya semenjak Hajoon beritahu lelaki itu menyukainya, Arona perasan Hajoon kerap meluangkan masa bersama dia tidak kira la sesibuk mana jadual Hajoon. Malah Hajoon memberikan lebih effort sejak Hajoon mengatakan yang Hajoon akan cuba mengambil hatinya agar menerima permintaan Hajoon yang satu itu.

Dan Arona fikirkan Hajoon akan berputus asa tidak lama selepas itu.

Rupanya tidak.

Entah kenapa, nekad Hajoon hendak mendengar jawapan 'YA' dari dia telah membuatkan Hajoon terus menerus melakukan hal yang sama.

Sehari dua itu masih boleh diterima lagi.

Ini tidak hampir setiap minggu Hajoon melakukan hal sama. Iaitu menjemput dan menghantar Arona ke kampus. Bukan setakat itu sahaja, Hajoon turut memberikan jambangan bunga dan hadiah.

Semuanya kerana hanya ingin dia bersetuju menjadi teman wanita Hajoon.

Kalau la Hajoon nak tahu...

Tanpa semua ni....bukan setakat jadi teman wanita aje dia terima, jadi isteri Hajoon terus pun dia sanggup.

Tapi itulah, dia takut. Itu yang susah sikit nak terima lamaran Hajoon. Nanti kalau ditegur murung sebulan, kalau tidak ditegur dia pula yang rasa terbeban.

Kereta itu berhenti di hadapan lampu merah tidak lama kemudian.

"Stop doing this..."keluh Arona." Dari kau luangkan sisa waktu yang ada bersama aku, kau patut gunakannya untuk berehat Hajoon. "

"Kalau macam tu jadi teman wanita aku..."sengih Hajoon dengan comel. Dia capai tangan Arona lalu disandarkan ke pipi dengan manja sewaktu menghadap Arona." Kau tahu, hati aku hanya akan tenang selepas kau terima perasaan aku."

Bibir Arona terketap-ketap. Dia dalam dilemma saat ini. Lama-lama begini mahunya dia cair dek pujukan Hajoon ini. "Kenapa aku jugak?"

"Sebab kau adalah Han Ji Eun."

"Jangan bergurau boleh tak. Aku serius ni Hajoon."

"Kenapa bukan kau?Apa kurangnya aku sampai tak boleh jadi pasangan kau?"

Hah!Arona begitu tidak terkata. Hajoon ni lama-lama boleh buatkan dia naik gila tau dengan sikap persistent lelaki ni!"Aku belum sedia lagi untuk hal tu Hajoon."

"Okay...kalau macam tu next time aku akan tanya kepada kau semula. ."Hajoon mengangguk tidak peduli.

"Serius aku tak faham, apa yang buatkan kau begitu tekad nak jadikan aku teman wanita kau?"

"Sebab aku nak commit pada kau la memandangkan dah banyak perkara kau lakukan untuk aku."

"Aku tak minta kau balas apa-apapun di atas apa yang aku lakukan untuk kau selama ni."

"Aku tahu. Sebab itu aku yang akan ambil langkah pertama dahulu."

Hah~~~

Berasa tegang di belakang tengkuknya, Arona bersandar ke seat sambil mengurutnya. Susah betul bercakap dengan lelaki keras kepala yang seorang ini. .

Tidak lama kemudian, pemanduan Hajoon berhenti di hadapan restoran makanan Jepun. Siap kereta diparkir, Hajoon keluar terlebih dahulu lalu menyambut Arona keluar dari seat sebelah pemandu pula.

Pada masa Arona keluar dari kereta, ketika itulah cermin tinted sebuah SUV bergerak turun lalu diikuti dengan hujung lensa sebuah kamera keluar dari celah cermin tersebut.

SHUTTER!SHUTTER!SHUTTER!SHUTTER!SHUTTER!

Setiap pergerakkan Hajoon ketika berdiri membelakangkan kamera itu diambil pada masa yang sama sewaktu Arona gerak keluar dari kereta tersebut.

Setiap pergerakkan Hajoon ketika berdiri membelakangkan kamera itu diambil pada masa yang sama sewaktu Arona gerak keluar dari kereta tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
54. My Celebrity BoyfriendWhere stories live. Discover now