Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
๋࣭ ⭑⚝💜KAFE MALAM YANG TERPENCIL✮⋆˙💿
Beberapa minggu kemudian,
Setelah Kim Ha Joon memuat naik kenyataan di Instagramnya, keadaan media dan publisiti menjadi sedikit reda. Arona dan Kim Ha Joon memutuskan untuk meluangkan masa bersama memandangkan keadaan sudahpun tidak setegang sebelumnya. Hampir sebulan mereka berdua tidak bersua atas faktor keselamatan mereka berdua.
Di suatu malam yang tenang, sebuah kafe kecil terletak di sudut yang tersembunyi di tengah bandar. Kafe ini, bernama Luna Café, merupakan tempat yang dipilih Arona dan Kim Ha Joon untuk pertemuan tertutup mereka. Dengan cahaya lembut dari lampu-lampu meja yang berwarna kekuningan dan bunyi muzik jazz yang halus, suasana di sini benar-benar tenang dan intim.
Ketika Arona melangkah masuk ke dalam kafe, dia disambut oleh aroma kopi yang baru diseduh dan bau manisan yang menyelerakan. Ruang dalam kafe ini dihiasi dengan nuansa vintage: dinding berwarna coklat tua, gambar-gambar hitam-putih yang dipasang dalam bingkai kayu, dan perabot yang sederhana namun elegan. Setiap meja disertai dengan lilin kecil di tengahnya, menambah suasana romantis dan penuh kehangatan.
Kim Ha Joon sudah pun berada di sudut kafe yang paling terpencil, di mana cahaya lembut lampu meja melindungi identitinya dari pandangan luar. Dia duduk di kerusi berlengan yang empuk, matanya memandang ke arah pintu setiap kali seseorang masuk, menantikan kehadiran Arona. Di hadapannya, sebuah cawan kopi panas menambah kesan santai pada suasana malam itu.
Suasana dalam Luna Café menciptakan ruang yang selesa dan tenang untuk mereka berbincang, menyatukan kembali ikatan yang telah lama dirindui. Malam itu, di kafe yang sederhana ini, segala kebimbangan dan tekanan dari kehidupan luar terasa lenyap, memberi ruang kepada hubungan mereka untuk bernafas dan berkembang.
Mereka mengatur satu pertemuan di kafe yang sama, tempat mereka sebelumnya, untuk membincangkan tindakan susulan. Arona tiba lebih awal dan duduk di sudut meja yang sama,
Apabila Arona akhirnya tiba, dia disambut dengan senyuman yang lebar. Kedua-duanya memandang sekeliling, memastikan tiada sesiapa yang mengenali mereka di sini.
Kim Ha Joon kelihatan lebih tenang daripada sebelumnya. "Hai..."sapa ya sambil menepuk tempat kosong di sebelah.
Arona memeluk kejap tepi badan itu sambil ambil tempat di samping Kim Ha Joon. Berdebar sendiri kerana selepas sekian lama tidak bertemu, melihat Hajoon semula buatkan dia malu dan segan. "Hai."senyumnya kelegaan. Syukur la Hajoon tak apa-apa.
"Macam mana keadaan kau?Okay?"
"Okay. Macam biasa. Kau?"mata Arona berkedip satu kali saat menilik wajah suram Hajoon.
Lebih dari tu. Hajoon menarik senyuman nipis."Not okay, because I miss you.."senyum Hajoon dengan lembut sambil menggosok belakang badan Arona.Dia ingatkan dirinya ini tidak akan dapat menemui Arona lagi selepas ni. Siang dan malam dia merisaukan Arona. Lega bercampur sebak apabila melihat Arona depan-depan begini setelah sebulan tidak bertemu. "Terima kasih sebab tunggu dan sabar untuk semuanya Sweetie."
Arona tersenyum kecil. Sepatutnya dia yang berterima kasih pada Hajoon kerana selesaikan isu mereka dengan baik tanpa melibatkan identiti diri dia. "Kalau kau okay dengan semua ni, aku pun ikut okay."
Kim Ha Joon mengangguk. "So sekarang, apa yang kita perlu buat adalah, memastikan kita tidak terlalu banyak mendedahkan diri."
"Dia orang yang beritahu macam tu pada kau?"
"Management yang beritahu aku lepas aku buat kenyataan rasmi hari tu."
"Mm," balas Arona. "Kalau macam tu, mungkin kita boleh buat schedule yang bolehkan kita hanya muncul di khalayak umum pada waktu-waktu tertentu aje. Tak terlalu kerap. Sementara urusan lain kita buat secara tertutup. Untuk mengurangkan perhatian media."
Kim Ha Joon merenung sejenak sebelum mengangguk. Dia pun taknak expose Arona kepada umum sangat. Seeloknya identiti Arona kekal rahsia sampai bila-bila sebagai pasangan dia. Seeloknya begitu. "Tapi nanti kita akan jarang berjumpa. Tak apa ke untuk kau?"
"It's okay. Kita boleh jaga keselamatan dan privasi kita jugak kan. Apa yang penting dapat kurangkan sebarang kemungkinan paparazzi atau pengikut fanatik dari mengganggu kehidupan peribadi kita, terutama kau."angguk Arona sambil tersenyum.
Hajoon mencapai tangan Arona lalu digenggam kemas. Ketika ini dia merasakan begitu bersyukur kerana diberikan seseorang seperti Arona yang begitu memahami akan dirinya tanpa rungutan sedikitpun.
" Sweetie... "
" Mm? "
" Ada sesuatu yang aku nak sampaikan kepada kau, jadi aku minta kau untuk dengarkannya dengan baik, okay?"
Arona menahan nafas. Dia tersentak bila Hajoon tiba-tiba jadi serius dan bercakap dengan nada begitu. Kenapa? Apa yang Hajoon mahu beritahu kepada dia!?
" Oh-okay."angguk Arona teragak-agak.
"Aku tahu aku selalu sibuk, dan mungkin ada masa-masa tertentu aku abaikan kau. Jadi hari ni, aku nak ucapkan terima kasih dari hati aku yang dalam."
Arona menatap wajah Hajoon, seolah-olah dapat membaca setiap perkataan di dalam matanya.
"Selama ni, kau selalu ada untuk aku. Setiap kali aku sedih atau sunyi, kau orang pertama yang akan muncul. Masa aku sibuk dalam dunia hiburan, masa aku sibuk dengan dunia selebriti, kau tetap setia menunggu dan beri sokongan tanpa mengungkit apa yang terjadi."Hajoon mulai sebak. Matanya kemerahan.
"Dan aku tahu semua tu bukan mudah untuk kau. Lagi-lagi bila aku abaikan kau kerana kerja dan jadual aku yang padat sampai kau terasa hati dan makan hati banyak kali kerana aku. Sampaikan satu masa tu, aku rasa kan yang aku ni tak layak untuk kau...tapi kau sentiasa ada untuk aku tak kira apa yang berlaku. Yang mana amat aku hargai."
Arona tersentuh, dia menarik Hajoon ke dalam pelukan. Tiada kata dapat membalas ucapan Hajoon ini. Bukan apa, dia cuma risau aje, nanti kalau dia mula bersuara, belum sempat hendak buka mulut, air mata yang keluar dahulu bukan kata-katanya.
Hajoon mengusap rambut Arona dengan penuh kasih. Sebelah tangan lagi mendakap tubuh kurus Arona. Air matanya mengalir deras. "Aku nak kau tahu, setiap pengorbanan dan kesabaran kau selama ni berharga untuk aku. Tanpa kau, mungkin aku takkan ada dekat sini hari ni. Kau mengajar aku pelabagi perkara dalam hidup ni. Kehilangan kau adalah perkara terakhir yang aku nak dari terjadi. Untuk tu aku berjanji, aku akan hargai setiap masa kita bersama nanti.."ucapnya perlahan dibalik pelukan itu.
Ikut sebak mendengarnya, Arona tersenyum bersama linangan air mata turun dari tepi pipi. "Itu dah memadai untuk aku. Selagi kau gembira dan sihat, aku tak minta lebih Hajoon."
Hajoon tersenyum lebar, merasakan sesak di dalam dadanya selama ini akhirnya berkurang. "Terima kasih Arona. Aku taktahu apa yang akan aku lakukan tanpa kau disisi aku selama ni."wajahnya disembam ke ceruk leher itu. Pelukannya pada Arona di eratkan. Dia janji yang dia takkan lepaskan Arona sehingga akhir hayatnya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.