Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
๋࣭ ⭑⚝💜OFFICIQL✮⋆˙💿
Sebaik mereka bertentang mata, Hajoon terus memasang riak serius. Kepalanya terlentok ke kanan.
"Baik kau jujur dengan aku."
Arona menahan nafas.
"Dah kenapa kau tanya macam tu, memangnya selama ni aku tak jujur ke dengan kau?" debaran dalam dada berombak kencang. Jangan tanya please... Jangan tanya!!!!
"Tak adalah, aku cuma tertanya-tanya..."
"Tentang apa?"sedaya upaya Arona membuat muka poker face seakan dia tidak terjejas dengan riak yang dibuat Hajoon ketika itu. Walhal dia begitu gementar hinggakan dadanya rasa sebu.
"Sepanjang masa kita bersama, kau tak pernah sekali menolak atau mengatakan tidak pada perbuatan aku. Sama ada aku peluk, kiss, pegang tangan kau dan semuanya yang aku buat tak pernah sekali kau menolak...kan?"
"Apa masalahnya dengan tu?"
"Biasanya la kan, kalau ada orang buat macam tu pada seseorang tu, seseorang tu mesti akan menolaknya kerana dia tidak menyukainya atau tidak mempunyai perasaan pada orang tu. Betul tak?"Hajoon menopang bawah dagu dengan tangan kiri.
Terpaku kerana tatapan dalam yang diberikan kepadanya, Arona kejung di situ. "Jadi apa yang kau cuba nak tanya sebenarnya sekarang?"soalnya dengan susah payah.
" Adakah sebab utama kau menolak lamaran menjadi kekasih aku adalah kerana faktor pekerjaan aku? "tebak Hajoon begitu tepat. Hingga buatkan Arona membuntang mata kerana terkejut." Bukan sebab kau tak sukakan aku, tapi sebab kau risau sekiranya hubungan kita nanti akan jejaskan kerjaya dan imej aku sebab tu kau tak bersedia menerima confession aku tempoh hari? "
Gulp! Dengan kesat Arona menelan liur. Matanya berkedip gemuruh kerana tatapan dalam Hajoon. Mulut ikut terkatup buka beberapa kali kerana begitu terkedu. Hajoon tahu yang dia menyukai Hajoon! Pecah peluh gemuruhnya. Dada menjadi sesak tidak semena. Itu tak apa lagi, yang masalahnya bila kalau Hajoon tanya berapa lama dia sudah sukakan lelaki ini, nak jawab apa? Takkan la nak beritahu yang Hajoon sebenarnya crush dan cinta pertama dia sejak sekolah lagi. Malu la!!
Hujung bibir Hajoon pun tersungging kerana dia sudah mendapat jawapan hanya melalui reaksi Arona itu.
"Mana ada..."
"Heol!! Jadi betul la..."keningnya terjungkit.
Macam mana ni! Kening Arona mulai kemerahan. Dia mahu menangis di situ kerana berasa begitu terdedah saat ini. Seriously, kenapa tiba tiba aje perbualan mereka boleh sampai ke sini?
"Maknanya selama ni, kau memang dah sukakan aku?Sepanjang 9 tahun kita bersama?"
Begitu speechless, Arona hanya mampu memandang Hajoon. Hendak dia katakan apa lagi. Sesiapa akan tahu dia ada perasaan pada Hajoon hanya Hajoon aje yang terlalu obvlious mengenainya.
"Betul ke Sweetie?"tenung Hajoon dengan lama.
So what?Kalau dia memang sukakan Hajoon sejak mereka remaja lagi ada masalah ke? Tanya macam dia buat salah pulak."Ya...memang aku dah lama sukakan kau?Kenapa?Kau ada masalah tentang hal tu?Pernah ke lelaki dan perempuan berkawan tanpa ada rasa suka dalam perasaan mereka?Lagi-lagi kita dah lakukan semuanya bersama...mana mungkin la aku takkan jatuh cinta pada kau."beritahu Arona dengan berani.
Begitu gembira mendengarnya, Hajoon terus bangun dari kerusi untuk mengambil tempat di samping Arona. "Really?Sejak awal lagi?Sejak kita remaja?"bersemangat dia ingin mengetahuinya.
Sambil membuat muka, Arona naik turun memandang Hajoon disebelahnya. Dah kenapa tiba-tiba dekat sebelah dia?Memangnya kenapa! "Yang kau pulak...sejak bila sukakan aku?Sibuk nak tanya sejak bila aku sukakan kau...."
Sambil ketawa dengan manja, Hajoon melingkar tangan ke pinggang Arona menarik tubuh itu merapat kepadanya. "Kenapa?Kau tertanya-tanya ke sejak bila aku mula jatuh cinta pada kau?"
"Apa kau buat ni, kita dekat public tau tak?"bisik Arona cuba menolak Hajoon menjauh. Wajahnya waktu itu berasa begitu berbahang. Kalau Hajoon dekat macam ni, lelaki ini mungkin boleh dengar betapa kuatnya jantung dia berdegup.
"Tiada sesiapa pun dekat sini selain kita.."
"Stop it Hajoon!"
"Kau tak tahu betapa bahagianya aku lepas dengarkannya. Aku fikirkan selama ni kau hanya anggap aku teman tapi mesra kau aje. Sebab itu aku tak berani beritahu yang aku cintakan kau dari awal, sebab aku taknak kau menjauhkan diri dari aku..."bicaranya dihadapan wajah itu.
"Segembira tu kau dapat tahu aku sukakan kau?"kerut Arona begitu tidak percaya dengan apa yang baru saja berlaku. Siapa sangka perasaan cinta rahsia ketahuan begitu saja dengan Hajoon.
"Kau taktahu apa yang aku nak lakukan sekarang ni untuk tunjuk betapa gembiranya aku."tanpa amaran Hajoon mengucup sekilas akan bibir Arona. "Jadi teman wanita aku okay?"pandangnya ke wajah Arona selepas itu.
Bersama mata berkaca sebak, Arona pegang tangan yang berada di kedua belah pipinya lalu berkata. "Macam mana kalau kau dalam masalah sekiranya kita mula bercinta."
"Bukan tu masalah untuk aku uruskannya. Kau tak perlu risau mengenai apa-apa bila bersama aku Sweetie. Kau tahu tu?"
Masih berbelah bahagi hendak membuat keputusan, Arona membalas tatapan Hajoon dengan kening mencerlung kerisauan. "Aku takut Hajoon..."
"Aku akan lindungi kau...no matter what. Aku janji mengenai hal tu. Be mine please?"minta Hajoon lagi begitu terdesak.
"Serius ni aku tanya, tak apa ke buat kau?Macam mana dengan XOS nanti?"
"Tak apa Sweetie. Bukannya kita buat kesalahan yang melanggar undang-undang pun. Kita cuma nak bercinta aje...jadi kekasih aku ya?"
"Itu aje la jawapan kau, tak apa... Tak apa..."
"Hahha.. Dah memang tak apa. Kau nak aku jawab macam mana. Kita official okay?"
Dalam ragunya, Arona akhirnya mengangguk. "Fine...kita couple."lafaznya mengalah kerana tidak dapat menolak Hajoon lebih lama lagi. "Tapi janji dengan aku, tiada siapa boleh tahu mengenai aku..."
Begitu bersyukur dan berasa secure dengan jawapan itu, Hajoon tersenyum lebar hingga memejam mata."I'm promise. I love you Sweetie."ucapnya sebelum mengucup tengah dahi itu kelegaan.
Entah kenapa Arona berasa tidak sedap hati dengan keputusannya ini. Dia benar-benar takut mengenai hubungan mereka. Dia enggan apa-apa terjadi pada Hajoon sekiranya mereka bersama. Bersama perasaan tidak tenangnya, Arona membenamkan wajahnya ke ceruk leher Hajoon dan memeluk sekeliling tulang rusuk itu dengan erat.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.