Arona Sweet 25 tahun, seorang siswazah sepenuh masa tahun akhir peringkat ijazah. Major Fashion Designer di Universiti Seoul. Kehidupan dia normal seperti orang lain. Cuma bezanya, dia ada rahsia yang kalau boleh taknak ada sesiapa tahu.
Tapi itula...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
๋࣭ ⭑⚝💜SECRET BIRTHDAY PARTY ✮⋆˙💿
Musim Luruh, Julai 30, 2012
Dikala orang lain menyambut ulang tahun kelahiran bersama ahli keluarga, rakan baik serta saudara mara dengan gembira. Ada yang terpaksa merahsiakan hari lahir sendiri kerana faktor pekerjaan dan perlu menyambutnya secara rahsia.
Arona mengerling ke jam dinding studionya itu dengan perasaan tidak sabar. Jam sudah menunjukkan jam 10 malam dan masa yang dinanti-nantikan semakin hampir. Selama beberapa minggu, Arona telah merancang setiap detail untuk sambutan ulang tahun kelahiran Hajoon dengan teliti.
Serius beritahu ianya bukan mudah untuk merancangnya tanpa pengetahuan Hajoon, apatah lagi kerana status lelaki itu sebagai idola K-pop yang menyebabkan Hajoon merahsiakan sambutannya dari pengetahuan umum.
Kenapa?Well....
Biasanya bila seorang itu menjadi kpop idol, mereka perlu mengikut aturan syarikat denganmenjadi karakter yang telah ditetapkan oleh management. Dari nama, tarikh lahir,karakter semuanya telah diaturkan untuk mereka. Termasuk Hajoon sendiri. Dia perlu berkelakuan sepertimana agensi mahukan, merekacipta hari lahir yang bukan sebenar. Pendek ceritanya,segalanya mengenai kpop idol adalah fake. Hanya artis itu sahaja yang tahu betapa sunyinya kehidupan disebalik takbir apabila menjadi selebriti ni.
Dengan pencahayaan lembut lampu studio, Arona telah menyediakan pelbagai hidangan di meja kecil di ruang tengah itu. Dan kebanyakannya makanan yang dihidangkan adalah makanan kegemaran Hajoon, tidak lupa juga Arona turut memberikan sentuhan peribadi yang membuatkan suasana lebih istimewa. Iaitu cupcake yang dihias dengan hiasan bintang dan note muzik, kek coklat yang dipenuhi dengan krim serta hidangan utama yang disediakan dengan penuh kasih. Semuanya tersusun rapi di atas meja.
Arona melihat sekeliling, memastikan bahawa suasana apartmen kelihatan sempurna. Setiap sudut apartmentdihiasi dengan lampu berkelip yang menambah suasana ceria dan sedikit sentuhan glamour. Dia berhati-hati dengan memilih warna-warna pastel yang lembut agar tidak terlalu mencolok.Setiap hiasan ditempatkan dengan kemas dan penuh rasa seni, menjadikan ruang itu kelihatan meriah kerananya.
Flex menjadi penuntut major seni.
Tiba-tiba, pintu studio terbuka dan Hajoon melangkah masuk dengan senyuman lebar. Dia kelihatan agak letih setelah sehari penuh dengan latihan dan temu janji, tetapi wajahnya berubah ceria apabila di sapa dengan pemandangan dimana Arona bersama topi birthday atas kepala serta suasana malap dalam ruangan itu. Arona, yang sudah bersedia dengan senyuman lebar di wajahnya, menyambut Hajoon dengan pelukan mesra.
"Happy birthday Kim Hajoon!" ucap Arona dengan penuh semangat, walaupun hatinya berdegup kencang. Dia menarik Hajoon ke meja makan yang dihias cantik, dan Hajoon terpegun dengan usaha yang telah dilakukan.
"Apa semua ni?Kau sediakan semua ni sendiri ke?"tanya Hajoon dengan riak tergamam namungembira, matanya bersinar penuh kegembiraan. Langsung tidak menyangka tujuan Arona menyuruhnya ke studio ini adalah untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.Perasaan tersentuh itu hanya dia aje yang tahu.
Arona hanya mengangguk sambil menjelaskan bahawa dia ingin membuat kejutan memandangkan Hajoon tiada peluang untuk menyambutnya dengan meriah.
Mereka duduk di meja, dan Arona mulakan malam itu dengan menghidangkan makanan kegemaran Hajoon. Sambil makan, mereka berbual tentang pelbagai perkara, dari kenangan lama hingga rancangan masa depan. Membuatkan suasana di antara mereka menjadi lebih intim dan selesa walaupun hanya mereka berdua sahaja di situ.
Seusai makan malam, barulah Arona mengeluarkan kek ulang tahun yang dibuat sendiri. Kek itu dihias dengan sprinkle warna warni dan lilin bernombor '21' merujuk usia Hajoon. Arona memandang Hajoon apabila dia selesai menyalakan lilin.
"Kau betul-betul tahu bagaimana untuk membuat seseorang merasa istimewa, Sweetie." kata Hajoon sambil meniup lilin di atas kek. "Terima kasih banyak-banyak."ini yang buatkan dia betul-betul mahukan Arona menjadi kekasihnya.
Arona tersenyum bangga kerana usahanya telah berjaya buatkan Hajoon gembira. Mereka kemudiannya menikmati kek sambil berbual dan tertawa. Hajoon sepanjang masa itu banyak ketawa dan kelihatan begitu bahagia, jauh dari tekanan dunia luar, lensa kamera atau renungan mereka yang mahukan Hajoon kelihatan sempurna di hadapan media. Arona lega kerana dia dapat memberikan sedikit kebahagiaan kepada lelaki yang sangat dia cintai itu.
Dan apabila malam semakin larut, suasana studio juga menjadi lebih tenang. Mereka duduk di sofa, menikmati secawan teh dan bercerita tentang Arona menyediakan kek dan makanan kegemaran Hajoon sendiri sedangkan Arona tidak pandai masak. Demi itu, Arona mengambil kelas masak selama tiga minggu semata mahu memasak sendiri untuk Hajoon. Sepanjang masa itu, Arona menghujani Hajoon dengan renungan penuh kasih sayangnya, merasa bangga kerana telah memberikan hari istimewa yang sukar dilupakan untuk Hajoon.
"Mesti kau penat seharian sediakan semua ni untuk aku?"Hajoon bermain dengan rambut Arona sewaktu menghadapkan badannya ke Arona atas sofa itu. Dia kagum dengan Arona. Tidak kira berapa lama dan berapa sibuknya jadualnya, Arona sekalipun tak pernah gagal dari menunggu dia. Yang mana membuatkan dirinya semakin mahu memiliki Arona
"Biasa aje..."
"Ada apa-apa yang kau mahukan sebagai ganjaran untuk hasil kerja keras kau hari ni?"
Arona menggeleng."Kau happy pun dah memadai..."
Arona dan Hajoon berpandangan dengan senyuman yang tidak dapat disembunyikan. Mereka tahu bahawa walaupun sambutan ini hanya diadakan secara rahsia, ia tetap bermakna dan menjadi kenangan yang akan mereka hargai selama-lamanya.
Dan kenangan yang membuatkan perasaan Hajoon terhadap Arona semakin menebal.
Hanyut dibuai suasana, Hajoon perlahan-lahan mengangkat tangan lalu menekap tepi wajah Arona, menarik kepala itu merapat kepadanya.
"Apa kau nak buat?" soal Arona kehadiranan.
Bibirnya tersengih meleret."Terima kasih untuk semuanya Han Ji Eun."bisik Hajoon dengan gemersik sebelum memagut lembut akan bibir Arona bersama perasaan bergebu sayang pada gadis itu. Saat itu Hajoon yakin dia memang jatuh cinta pada sahabat baiknya ini.
END OF FLASHBACK
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.