🎵.𖥔 ݁ ˖02.🎶๋࣭ ⭑

411 38 0
                                    

๋࣭ ⭑⚝💜PARTY AFTER CLASS ✮⋆˙💿

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

๋࣭ ⭑⚝💜PARTY AFTER CLASS ✮⋆˙💿


Merah mata Arona dibuat soalan itu. Sekuat hati dia mengetap gigi menahan rasa yang bertandang. For sure la dia rindu. Separuh gila dia merindu. Tapi Arona tahu dia tak dapat lakukan apa-apa untuk ubati rindunya bila orang yang dirindui ini bukan miliknya seorang.

"Kau dah bosan sangat ke dekat situ sampai tanya soalan merapu macam tu?"

"Jawab aje la dulu Sweetie...rindu aku atau tak?"

"Kalau aku jawab kau nak buat apa?"naik flight ke sini temui dia ke?Arona menggigit hujung ibu jari tangan kanan kegelisahan.

Untuk seketika panggilan itu senyap.

"Hello?"aik?Dah kenapa senyap pulak. Arona pandang skrin telefon. Nak pastikan yang dia tidak memutuskan panggilan lagi. Yang mana memang masih bersambung lagi. "Jangan main-main boleh t-"

"Kalau kau jawab, aku pergi jumpa kau sekarang jugak."baru la suara itu kembali kedengaran. Dan kali ini tiada lagi nada manja atau gurau lagi, tapi sebaliknya.

Tersenyum lebar Arona bila dengar. Hatinya berbunga-bunga. Gembira tapi sementara. "Tak. Aku tak rindu kau. Jadi jangan jumpa aku."

"You so mean do you know that?"

"Baru tahu ke?"

"Ingatkan aku semula kenapa aku masih berkawan dengan kau Arona Sweetie?"

"Sebab aku awesome la.Sebab apa lagi."

Dengusan tawa kedengaran dari dalam panggilan itu. "Hahaha...yeah. Sebab kau awesome. Awesome sangat sampai buat aku frust. Tau tak tu?"

Arona ikut ketawa.

"Aku akan balik ke Seoul , Ahad esok. Aku call kau lepas aku landed nanti."

Taknak berharap banyak,Arona cuma mengangguk saja. "Okay."Ini bukan kali pertama sekiranya dirinya dilupakan atau janji dia dimungkiri gara-gara kesibukan lelaki ini.

"Jangan lupa makan dijaga. Jangan sibuk melakar aje."

"Tahu la."

"Okay. Bye Sweetie."

"Mm."

"Jaga hati kau untuk aku tau."

Panggilan pun diputuskan oleh si pemanggil sesaat kemudian.

Sambil termenung memandang buku sketchdi bawah tangan Arona berbisik kecil."Take care Joon-ah."

"HAH!"Seoyung menyergah dari tepi tidak semena. Gadis berambut toncang kanan kiri itu merangkul bahu Arona sambil berkata."Kau on call dengan siapa hah?Boyfriend ya?"

Sebu bagai nak apa dada dia rasakan tika ini. Arona membutang mata terkejut sewaktu bertemu muka dengan Seoyung. Dengar ke apa dia bualkan tadi?

"Sejak bila kau ada dekat sini?"

"Hahaha..baru aje tadi. Yang kau ni menggelabah macam pencuri kena tangkap kenapa?Memangnya kau on call dengan boyfriend kau ke?"

Arona sekadar berdengus kecil. "Mana ada."Inilah rahsia dia. Rahsia dimana dia adalah sahabat rapat kepada selebriti terkenal hallyu Korea sekarang iaitu Kim Ha-joon.

"Hm. Yalah tu...."Seoyung saja-saja membelek barang yang bersepah di atas meja Arona. "So kau join tak party after class dengan senior lain?katanya dia orang nak makan samgyeopsal. Dekat restoran Palca Makjang."

Pantas Arona menggeleng kepala. "Aku tak dapat nak join. Say sorry dekat Senior Jinhyuk nanti."

"Haih...kau ni. Masih jugak reject Senior Jinhyuk tu. Kau tahu student perempuan dari jabatan lain try hard nak ngurat senior tu, sementara kau dekat sini mati-matian reject dia."

"Apa masalahnya...at least kurang sikit pesaing dia orang."dengus Arona.

"Tak ada la. Nak kata kau ada boyfriend memang tak ada...nak kata berkawan dengan lelaki ,lelaki baru dekat aje kau lari. Tapi bila ada yang try nak kenal dengan kau, kau mengelat."

Memang la. Dah dia ada orang yang dia sukai. Jelas-jelas la dia akan mengelak. "Dah la kau. Keluar sana. Jangan kacau aku."Cepat-cepat Arona bangun dari situ. Enggan meneruskan perbualan itu. Makin takut dia dibuatnya kalau ada yang ketahuan rahsia dia.

"Alah....join la. Please Arona....please..."

"Taknak. Kenapa kau ni degil sangat ni."

"Sebab kalau kau tak ada Senior Jinhyuk pun takkan pergi. Yang mana parti tu akan boring."

"Bukan masalah aku!"Arona menarik kain ela dari gulungan enggan menghiraukan rengekkan Seoyung. 

 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
54. My Celebrity BoyfriendWhere stories live. Discover now